Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Monday, February 25, 2013

B-Complex - faedah dan maanfaatnya

B-complex daripada Shaklee merupakan asik folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran bersifat sintetik. B-complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.

Vitamin B adalah vitamin larut air, bermakna sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.


Manfaat utama B-complex daripada Shaklee:

1. Menukar makanan kepada tenaga - Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2. Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4. Baik untuk kulit kepala dan rambut - Membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.

6. Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang perjalanan darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perlcche - Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9. Detoksifikasi - Meredakan alahan.

Bagaimana memilih B kompleks yang baik?

- Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6,12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
- Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
- Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
- Elakkan pengambilan B kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustained release).

Cadangan pemakanan

Untuk kesihatan berpanjangan : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan : 2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)

* B-complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu, pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.


Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Wednesday, February 13, 2013

Set kanak-kanak


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah lama tak menulis di blog ni. Maaflah ye. OK, hari ni saya nak perkenalkan set untuk kanak-kanak. Peringkat kanak-kanak adalah masa yang penting dan genting untuk kita sebagai ibu bapa membekalkan nutrien yang secukupnya dan selengkapnya kepada mereka. 

Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008).

Secara ringkas, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seperti berikut:

Peringkat bayi (0-2 tahun)
Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan

Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun)
Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial

Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun)
Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan

Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
Sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik

Peringkat remaja
Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari

- dipetik daripada rujuknota

Shaklee memperkenalkan 4 makanan kesihatan yang boleh diberi kepada anak-anak anda:

Chewable Vita-Lea for Children
Fungsi: Sumber multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk perkembangan IQ dan kesihatan kanak-kanak

Chewable Vita C
Fungsi: Mengukuhkan dan menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan badan) kanak-kanak yang sering terdedah kepada kuman, membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan turut penting untuk gusi dan gigi.

Omegaguard
Fungsi: Membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina (mata)

Mealshake
Fungsi: Multivitamin dalam bentuk serbuk bagi kanak-kanak yang tidak gemar kepada tablet. Ia merupakan makanan pelengkap kanak-kanak yang susah makan dan tiada selera makan. Rasa vanillanya menjadi penarik untuk kanak-kanak menggemarinya.


Berikan yang terbaik kepada anak-anak kita!



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Monday, February 4, 2013

OmegaGuard - Minyak ikan terbaik di dunia


Omega Guard daripada Shaklee diperbuat daripada Minyak ikan terbaik di dunia. Ia diekstrak daripada ikan air laut sejuk iaitu sardin, mackerek, herring dan anchovies di peraiaran negara Jepun.

Ia bukan daripada hati minyak ikan malah Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan DHA.



Mari kita tengok apa manfaat utama Omega Guard Shaklee:

1. Asid lemak: Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya daripada makanan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, membuatkan kulit licin dan kemerah-merahan.

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok: DHA dan EPA boleh menentang thrombosis (formation of a blood clot inside a blood vessel), tekanan darah tinggi dan peredaran darah yang lebih lancar. Oleh sebab itu, ia amat efektif untuk mengekalkan tekanan darah normal, pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis (hardening of the arteries), myocardial infarction (heart attack) dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis (a common skin condition that causes skin redness and irritation), demam hay (symptoms affecting the nose. These symptoms occur when you breathe in something you are allergic to, such as dust, dander, insect venom, or pollen), bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5. Menentang kanser - kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. la juga boleh meningkatkan enterogastritis (inflammation of the small intestine and stomach), merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia (a psychological disorder characterized by chronic fatigue and weakness, loss of memory, and generalized aches and pains), insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia (mental disorder characterized by a breakdown of thought processes and by poor emotional responsiveness).




American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega-3. la membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.







Kenapa ikan air laut dalam


Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.


Orang Eskimo yang hidup di Greenland,Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapai masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang berkerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenal ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus (blood clot), merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Tuesday, January 29, 2013

Multivitamin - VitaLea Iron Formula

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya daripada Shaklee!.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA (Recommended Dietary Allowance, garis panduan pemakanan untuk pengambilan nutrien).

Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin terpantas di dunia terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih sebagai THE BEST MULTIVITAMIN oleh Center for Science di Amerika Syarikat di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Vita-Lea mengandungi vitamin-vitamin dan mineral-mineral berikut:

Vitamin A - Kesihatan mata, rambut
Vitamin D - Mencegah tulang rapuh
Vitamin E - Kesihatan kulit, baik untuk sistem produktif lelaki
Vitamin C - Mempercepat penyembuhan luka, cegah selsema
Asid folik - Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan
Vitamin B1 - Menukar makanan kepada tenaga, kecerdasan mental
Vitamin B2 - Elak kekejangan, katarak dan jangkitan lidah dan mulut
Vitamin B3 - Merangsang peredaran darah, baik untuk perut dan usus
Vitamin B6 - Membaiki otot, senggugut, elak anemia dan kebas-kebas
Vitamin B12 - Bantu selera makan, baik untuk kecerdasan otak, elak keletihan
Biotin - Membantu B kompleks berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur
Vitamin B5 - Meredakan tekanan, anti-stress
Kalsium - Perkasakan tulang dan gigi
Fosforus - Meningkatkan kepadatan tulang
Iodin - Tingkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen, otot dan kesinambungan tisu-tisu
Zat besi - Membentuk hemaglobin, mengelakkan keletihan
Magnesium - Kesihatan tulang dan gigi
Copper - Membantu menukarkan zat besi kepada hemaglobin, kesihatan rambut
Zink - Perkasakan sistem imunisasi, keupayaan seksual lelaki, ketajaman minda


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Friday, January 18, 2013

Set kesuburan/fertiliti


Comelnya baby kat atas ni kan...Anugerah anak kepada pasangan suami isteri adalah satu anugerah yang tiada tolok bandingnya. Melihat wajahnya saja tak kisahlah semasa dia sedang tidur ke, gelak ke malahan mungkin semasa dia menangis hendakkan belaian kita...cukup menenangkan.

Tiada pasangan suami isteri yang tak mahukan anak kan. Saya sendiri selepas empat tahun baru dapat merasa nikmat mengandung dan melahirkan seterusnya membesarkan anak. Melihat proses pembesaran seorang anak daripada dari dalam perut sehingga dilahirkan, daripada hanya berbaring seterusnya bergolek, meniarap, merangkak sehingga berjalan, daripada tiada daya untuk bergerak sehingga boleh bergerak bebas mencapai apa sahaja....amatlah mengujakan saya. Sungguh seronok!

Selain berdoa kepadaNya, usaha demi usaha mesti telah anda lakukan. Mungkin salah satu daripada usaha itu bolehlah anda pertimbangkan set kesuburan daripada Shaklee ini. Jangan bimbang, item-item di dalam set ini adalah saranan daripada kami sahaja untuk anda dapatkan hasil yang optimum. Jika anda merasakan ianya tak perlu anda ambil atau kurang berkemampuan, anda boleh pilih supplemen yang anda mahu sahaja.

Mari kita cek satu-satu fungsi setiap supplemen:

Untuk wanita:

  1. B-complex: Penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
  2. Vita-C: Penting untuk pembinaan dan pemulihan sel
  3. Vita-E Complex: Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
  4. GLA Complex: Wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.
Untuk lelaki:

  1. Zinc Complex: Sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.
  2. Vita-E Complex: Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Beberapa testimoni daripada mereka yang telah mencuba set ini:




Bolehlah anda suami isteri mencuba rangkaian supplemen ini. Kita mencuba dan merancang, Allah jua yang menentukanNya.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Tuesday, January 15, 2013

Set kecantikan kulit

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Produk yang disarankan di dalam set ini ialah:

1. B-Complex
Fungsi: membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam


2. Vita-E Complex
Fungsi: membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu

Juga disarankan untuk mengambil Vita-C yang berfungsi membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit. Tetapi buat masa ini stok Vita-C tiada.

Perkara utama lain ialah kena banyakkan minum air masak setiap hari mengikut keperluan badan kita sekurang-kurangnya 3liter setiap hari.


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Monday, January 14, 2013

Pengedar Sah Shaklee Balakong, Serdang, Bangi dan Kajang

Assalamualaikum,

Dalam mencari-cari produk yang sesuai untuk menambah kuantiti susu badan yang saya niatkan untuk saya beri pada anak pertama saya selama mana yang boleh, saya tertarik dengan produk Shaklee. Ini kerana bagi saya produk ini terbukti status HALAL nya disamping harga yang berpatutan.

Alhamdulillah, cubaan saya tidak sia-sia, susu badan saya bertambah kuantiti dan saya berjaya menyimpan stok susu ibu untuk saya bekalkan pada anak saya bila dia ke nurseri. Satu lagi perkara yang menggembirakan saya ialah kualiti susu badan saya juga saya dapati lebih baik iaitu lebih pekat bila saya bandingkan dengan stok susu ibu-ibu lain (ini saya perasan bila saya simpan sendiri stok susu bekalan anak saya di peti ais nurseri). Alhamdulillah sekali lagi, tidak sia-sia duit yang saya laburkan. Bukan saja saya yang mendapat khasiat vitaminnya, anak saya tumpang sekaki juga. Sekarang anak saya sudah berumur setahun 2 bulan, Alhamdulillah, susu badan saya ini masih dapat lagi saya beri padanya.


Kini, saya suka berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua, sepertimana yang telah saya rasakan. Saya percaya kita adalah apa yang kita makan. Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee, jangan segan-silu untuk hubungi saya. Saya sudi membantu.

Saya menyediakan perkhidmatan COD di kawasan BALAKONG, SERDANG, BANGI dan KAJANG. Namun, penghantaran melalui pos juga disediakan ke seluruh Malaysia ;)





If there is a will, there is a way!


ADZAH ADAM
Shaklee Independent Distributor
ID: 888149
sms/call: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com

Wednesday, January 9, 2013

Set menyusu

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Produk yang disarankan di dalam set ini ialah:

1. Energising Soy Protein
Fungsi: menambah dan mengekalkan milk supply; menambah berat badan bayi secara sihat. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.

2. Vita-Lea
Fungsi: sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

3. B-Complex
Fungsi: sebagai anti stress (penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu supaya sentiasa berfikiran positif. Bila kurangnya stress dan ibu ceria, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.  
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
4. Ostematrix
Fungsi: mengatasi masalah sembelit, memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur, mengekalkan tekanan darah normal, mengelakkan kemurungan, mengatasi masalah "water retention", mengatasi masalah pra-haid, mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang, membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi, mengatasi masalah pereputan tulang, memastikan tulang padat bagi mengampu tubuh yang berat (jika ada masalah berat berlebihan).

5. Alfalfa Complex
Fungsi: sebagai milk booster, membantu mempercepatkan penghasilan susu.

6. Vitamin C
Fungsi: sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. Bagi ibu-ibu yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insyaAllah akan mudah sembuh. Satu lagi kesannya kulit makin bersih, cerah dan cantik. Membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Nota: Set ini adalah saranan sahaja, anda boleh pilih supplemen yang mana yang anda mahu ambil berdasarkan kepada fungsi masing-masing.


Testimoni:


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

ESP - Kekal bertenaga

Energing Soy Protein dari Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur - dari muda hinggalah ke tua. ESP juga sangat sesuai untuk penghidap kencing manis kerana ia mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.


Indeks glisemik (GI) adalah ukuran berapa cepat tahap gula dalam darah (iaitu tahap glukosa dalam darah) meningkat selepas memakan jenis makanan tertentu.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.






Manfaat utama ESP daripada Shaklee:

Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis (tulang rapuh) dan sakit jantung.

Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan stres.

Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Monday, December 31, 2012

Set mengandung trimester kedua dan ketiga

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Produk yang disarankan di dalam set ini ialah:

1. B-Complex
Fungsi: Memberi tenaga. Suplemen ini lengkap dengan Acid Folic. Vitamin B6 dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness. Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antobodi.

2. Ostematrix

Fungsi: Sebagai sumber kalsium, memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas seterusnya membolehkan ibu mengandung mendapat tidur yang aman dan cukup.

3. Vita-C
Fungsi: Sumber kolagen untuk kulit, merawat selsema ringan, merawat gusi bengkak sepanjang mengandung.

4. Vita-Lea

Fungsi: Pelengkap nutrisi harian ibu. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Membantu membentuk hemaglobin dan mengelakkan keletihan.

5. OmegaGuard

Fungsi:  Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. Mengandungi DHA yang merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.  

Testimoni:


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Thursday, November 1, 2012

Vivix - Satu penemuan revolusionari


Vivix™ contains a unique botanical blend of Polygonum Cuspidatum, Muscadine grape, European Elderberry and Purple Carrot which are rich in polyphenols. Polyphenols are a group of phytochemicals that are plant-derived compounds with antioxidant and cellular aging benefits.
Vivix adalah satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap selular. Tahap selular bermaksud pada tahap sel di dalam badan kita. Lebih satu juta botol Vivix telahpun dijual selepas diperkenalkan oleh Shaklee setahun yang lalu.
Vivix merupakan makanan tambahan (supplement) anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selular iaitu:
1. Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan daripada yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan kepanjajangan umur manusia. - Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.
2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.
3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. - Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baharu) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
4. Penimbunan protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (Advanced Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan kepanjangan umur. - Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dalam anggur 'muscadine') untuk melambatkan pembentukan protein AGE.


* PERHATIAN:
Vivix tidak disarankan kepada ibu mengandung dan menyusukan anak.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...