Status Halal



Assalamualaikum,

Untuk anda yang ragu-ragu tentang status 'Halal' produk Shaklee, di sini saya kongsikan artikel yang diambil dari blog Ibu Hebat/Hanis Amin:

Beberapa produk Shaklee berbentuk kapsul iaitu CarotoMax (Vit-A), Vitamin E & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Lalu, bagaimanakah status kehalalannya?
Alhamdulillah, saya telah diyakinkan oleh upline dan kawan-kawan saya bahawa gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapa upline saya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Alhamdulillah.
Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…

Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM
Oh, ada juga yang dah bertanya directly dengan Shaklee dan diberikan senarai barangan yang diperbuat daripada sayur seperti di bawah.

Kalau dilihat ada senarai makanan dalam sijil Halal tu tak termasuk dalam sijil vegetarian. Ini mungkin kerana mengandungi lemak ikan dan lain-lain daging yang halal. Oh, ada vegetarian yang tak makan telur pun.
Tapi kalau dilihat pada sijil halal tersebut, kesemua produk yang ada di Malaysia ada tertulis dalam tu. Alhamdulillah. Jadi, gunakan tanpa was-was ya. Jika masih ragu-ragu silakan hubungi pihak yang berkenaan dan berkaitan. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas penghasilan untuk negara Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Jadi, untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Malaysia tanyalah Shaklee Malaysia, bukan Shaklee Jepun(sebagai contoh) pula ye. Untuk rakan-rakan di luar negara, Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Jadi, sila check dengan Distributor di sana untuk kepastian ya.
Sumber: HanisAmin
Saya harap dengan ini tiada lagi rasa ragu-ragu tentang status halal Shaklee yang dipasarkan di Malaysia. Memang akan ada pihak-pihak tertentu yang akan mencetuskan kontroversi dari semasa ke semasa. Adatlah tu. Yang pasti, dapatkan maklumat dari sumber yang betul, ok ;)

Adzah Adam
emel : adzah.adam[at]gmail.com
h/p: 012-2923994
COD : UPM Serdang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...