Showing posts with label esp. Show all posts
Showing posts with label esp. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Testimoni pelbagai produk Shaklee

Assalammualaikum semua...hari ini saya nak kongsikan pelbagai kisah kejayaan pelanggan-pelanggan Shaklee yang Alhamdulillah telah berjaya mencapai impian dan target masing-masing. Kadang-kadang dalam mengamalkan satu-satu produk, ada orang yang berjaya mendapat hasilnya dalam masa yang singkat, ada yang mengambil masa. Ini bergantung kepada bagaimana badan kita bertindak terhadap supplemen yang kita ambil itu. Yang penting kita kena yakin, dan bertawakal pada Allah. Supplemen yang diambil adalah sebagai medium, yang mengizinkannya hanyalah Allah.

InsyaAllah, berkat usaha, doa dan tawakal, kita pasti akan beroleh kejayaan yang diimpikan.


   

GLA Complex dan set subur


Mealshake dan OmegaGuard

 Set berpantang

Zinc Complex



 ESP


Mealshakes

Thursday, August 1, 2013

Kurangkan berat badan dengan Shaklee

Sebelum apa-apa, cuba baca testimoni salah seorang pengguna Shaklee di bawah ini:


Puan Diana, mengamalkan 3 supplemen terbaik Shaklee iaitu ESP, Lecithin dan Alfalfa dalam usaha beliau untuk mengurangkan berat badan.

Apakah fungsi ketiga-tiga supplemen ini?


Apa yang menariknya, daripada manfaat utama ketiga-tiga supplemen ini, ia bukan sahaja fokus untuk proses pengurusan berat badan malah ia mempunyai manfaat yang lain juga!

Harga bagi satu set pengurusan berat badan ini kurang daripada RM250.00 sahaja. Hubungi saya untuk mendapatkan harga yang betul-betul istimewa!

Hubungi saya dengan:

SMS/WhatsApp/Line: 012-2923 994
Email: adzah.adam@gmail.com

Monday, May 27, 2013

Tips tingkatkan susu ibu daripada Shaklee

Dipetik daripada majalah iSihat keluaran Mei 2013

Klik gambar untuk baca artikel ini

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi saya di

sms/Whatsapp/Line: 012-2923994
email: adzah.adam@gmail.com
Fanpage: Let's Be Beautiful Together


Tuesday, May 21, 2013

Soal jawab kehamilan


Dipetik daripada Pa&Ma September 2012


Sebaik sahaja disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr. Mohamad Rafi daripada Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?

Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambah tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hemoglobin tetap rendah?

Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hemoglobin tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean bergantung kepada sebab mengapa ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?

Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?

Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?

Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?

Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99%). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?

Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?

Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?

Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.

Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?

Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?

Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.

Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?

Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?

Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100% tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?

Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?

Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia.

Shaklee mencadangkan ibu-ibu mengandung mengambil suplemen berikut untuk membantu kecergasan, kesihatan dan keceriaan di sepanjang kehamilan.


Thursday, March 7, 2013

Petua tampil berseri

Lisa Surihani bagi saya adalah contoh wajah wanita Malaysia yang asli dan cantik.

Nak tampil cantik berseri macam beliau? Jom kita amalkan petua-petua di bawah:

Wajah semakin berseri
Ambil satu mangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya. Kemudian, goreng tanpa minyak sampai hangus dan tumbuk atau kisar kering sehingga menjadi serbuk. Simpan di dalam bekas. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, barulah dicuci muka.

Lebatkan bulu kening
Bakar dua biji buah keras sehingga hitam. Kemudian tumbuk halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Bersihkan dengan air pada keesokan harinya. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik.


Bibir merekah
Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.

Tegangkan kulit muka
Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air. Kacau rata tetapi jangan terlalu cair. Sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci.

Rawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan. Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Gaul sebati bancuhan tersebut. Sapukan  pada kulit sekali sehari.

Kredit: Pa&Ma, November 2012  

Macam mana? Senang tak kita nak sediakan bahan-bahan di atas dan amalkan? Alternatif lain yang boleh anda amalkan untuk tampil berseri ialah dengan mengamalkan pengambilan suplemen setiap hari.






ESP (Energizing Soy Protein) - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

B-Complex - membaiki masalah kulit kepala, kelumumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut

Vitamin E - mengurangkan kedutan, memulihkan kulit rosak, jeragat, memulihkan kesan parut sedia ada

Jom! Dapatkan yang terbaik daripada Shaklee. Pilihan di tangan anda


Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149



Tuesday, February 26, 2013

6 ancaman buat janin


Perkara yang paling menggembirakan pasangan suami isteri adalah apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata. Bermula dari saat itu bermacam-macam cara akan diamalkan oleh mereka bagi mendapatkan bayi yang sihat dan comel.

Sungguhpun demikian, terdapat juga beberapa ancaman yang boleh mengganggu keselamatan janin di dalam kandungan. Ketahui jenis ancaman berbahaya itu.




1. Kanser
Pencemaran udara semakin buruk di kota-kota besar. Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa kota besar di luar negara seperti Manhattan dan New York membuktikan asap kenderaan bermotor yang disedut ibu boleh mendorong bayi lahir dengan berat badan yang rendah dan berlakunya malformasi organ jantung (pembentukan jantung yang kurang sempurna).

Kandungan pencemaran yang ditemui oleh penyelidik di ibu kota itu tadi mendapati terdapatnya Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAHs) iaitu bahan tercemar yang diperoleh dari asap kenderaan bermotor, rokok dan asap.

Pendedahan terhadap PAHs sepanjang kehamilan boleh menyebabkan kerosakan DNA dan meningkatkan risiko kanser. Ia juga mungkin boleh menyebabkan bayi besar dua kali ganda dan mengalami perkembangan kecerdasan yang lambat di usia tiga tahun.

2. Penyakit Jantung
Hasil kajian yang dijalankan di luar negara, pengambilan makanan yang tidak seimbang oleh wanita hamil membuatkan janin mengalihkan nutrisi yang diperoleh lalu diserapkan ke bahagian organ yang paling penting iaitu otak.

Sementara itu, perkembangan organ-organ lain sedikit diabaikan antaranya jantung hingga akhirnya tugas jantung menjadi lemah. Apabila ibu kurang mengambil makanan seimbang, janin boleh lahir dengan berat badan berkurangan. Ini kerana pengambilan makanan seimbang yang berkurangan boleh mengganggu perkembangan jantung.

3. Obesiti
Kajian dilakukan oleh penyelidik dari luar negara juga menyatakan semakin banyak pertambahan berat badan bakal ibu sepanjang kehamilan, semakin besar risiko anaknya untuk mengalami obesiti selepas dilahirkan yakni pada usia tiga tahun.

4. Diabetes
Kehamilan turut berhadapan dengan ancaman diabetes. Ia juga berkaitan masalah berat badan bayi yang berkurangan sewaktu dilahirkan. Begitu juga dengan diabetes ketika dewasa yang didorong oleh keperluan gizi yang berkurangan.

Pertambahan berat badan secara berlebihan oleh wanita hamil juga boleh mendorong terjadinya gangguan metabolisme pada janin hingga berisiko mengidap diabetes.

5. Skizofrenia
Kehamilan boleh mempengaruhi seseorang wanita mengawal tahap kemarahan dan kecerdasan ibu. Kajian juga menyatakan wanita hamil yang membiarkan dirinya kelaparan atau berada dalam keadaan tertekan berisiko tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami skizofrenia (gangguan mental yang kompleks) kerana nutrisi yang kurang dan menyebabkan gangguan perkembangan saraf.

6. Tekanan
Kajian mendapati tekanan memberi risiko yang besar terhadap kelahiran pramatang dan bayi kurang berat badan semasa dilahirkan. Para pengkaji juga menyatakan perkaitan kemungkinan mood ibu dengan sensitiviti janin terhadap tekanan dan seterusnya membentuk sikap buruk setelah janin dilahirkan.

Tangani Janin Kurang Berat
Perkembangan janin dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya nutrisi ibu, hormon pertumbuhan janin, penyakit metabolik ibu, faktor genetik dan sistem perpindahan nutrisi daripada ibu ke janin.

Pertumbuhan berat badan janin pada usia kehamilan 36 minggu adalah 2622 gram. Sekiranya berat badan janin rendah, pastikan dahulu beratnya bersesuaian dengan usia perkembangan janin atau disebabkan usia kehamilan masih muda. Komplikasi janin kurang berat mengancam kesejahteraan janin.

Justeru, ibu perlu perbaiki pengambilan nutrisi dengan menambah pengambilan protein dan kalori. Perhatikan juga jika terdapatnya gangguan pada perkembangan janin seperti obesiti atau diabetes.

Sumber: Editorial Pa&Ma, Disember 2012


ESP (Energizing Soy Protein) daripada Shaklee adalah sumber protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik untuk perkembangan janin (sel terbentuk daripada protein) selain untuk tenaga berterusan bagi ibu yang mengandungkan.

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.


sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149






Testimoni:
Nur Na ye betul Umi Adawiyah.. lagi 1 saya nak share, esp sgt best la.. selain beri tenaga, ia juga baik utk kulit ibu dan baby.. mcm saya, mmg jelas kulit saya x berminyak, jerawat xde, cuma parut jela takleh hlg kat muka, pastu saya xde gatal2 kat celah peha mcm masa anak sulung.. pastu anak kedua saya lahir dgn kulit putih bersih.. sgt2 bersih la, xde ngelupas ke pape.. sampaai skrg ramai geram dgn kulit dia.. dah la debab


Testimonial set penyusuan susu ibu

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari produk yang boleh membantu menambah susu badan atau kurang yakin dengan keberkesanan produk ini dalam membantu masalah kurang susu ibu-ibu, mari kita baca testimoni-testimoni daripada ibu-ibu yang telah mendapatkan dan mencuba produk daripada set penyusuan susu ibu daripada Shaklee.






Testimonial 1:

Testimonial 2:

Testimonial 3:

Testimonial 4:

Testimonial 5:

Testimonial 6:

Ibu-ibu, belum cuba, belum tahu. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Wednesday, January 9, 2013

ESP - Kekal bertenaga

Energing Soy Protein dari Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur - dari muda hinggalah ke tua. ESP juga sangat sesuai untuk penghidap kencing manis kerana ia mengandungi Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39.


Indeks glisemik (GI) adalah ukuran berapa cepat tahap gula dalam darah (iaitu tahap glukosa dalam darah) meningkat selepas memakan jenis makanan tertentu.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan.






Manfaat utama ESP daripada Shaklee:

Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis (tulang rapuh) dan sakit jantung.

Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan stres.

Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...