Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Cergas dengan set pantang Shaklee

Assalammualaikum semua...

Hari ni saya nak kongsikan kegembiraan dan rasa syukur saya kerana beberapa kawan saya yang telah mengambil set berpantang Shaklee memberikan respon yang positif.



Dan lagi seorang kawan ofis suami saya juga kata dia rasa bertenaga dan sihat sepanjang berpantang sejak mengambil set berpantang Shaklee tidak seperti semasa anak pertamanya sebelum ini.

Apa yang ada dalam set berpantang Shaklee ni?


Vitalea
Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Selain itu, ibu-ibu digalakkan juga untuk mengambil ESP untuk kecergasan dan pemulihan stretch mark serta menambah susu ibu dan Ostematrix untuk menambah kalsium dalam badan ibu yang telah banyak hilang semasa mengandung dan melahirkan bayi sebagai nilai tambah untuk set ini. Bukan sahaja ibu yang gembira, bayi juga membesar dengan sihat dan ceria!


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsapp/line: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Thursday, August 15, 2013

Mengatasi sembelit ketika hamil

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Kemungkinan besar ia boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?
Salah satu puncanya ialah peningkatan dalam hormon progesteron, yang melegakan otot licin (smooth muscle) seluruh badan, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna bahawa makanan melalui usus lebih perlahan. Masalah itu boleh diperhatikan di akhir kehamilan kerana tekanan rahim yang sedang membesar pada rektum anda.

Faktor lain ialah pemakanan dan supplemen. Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplemen yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplemen yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate. Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah. Namun, disebalik kebaikan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Apa yang boleh anda lakukan?
Berikut adalah beberapa tips untuk mencegah dan mengurangkan sembelit:


Makan makanan tinggi serat seperti bijirin gandum dan roti, beras perang, kacang, dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
Minum banyak air - sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Segelas jus buah-buahan setiap hari, terutama prun jus, juga boleh membantu.
Bersenam, berjalan, berenang, menunggang basikal pegun, dan yoga - kesemua ini boleh membantu sembelit mudah dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.
Jika multivitamin pranatal anda mengandungi dos besar zat besi (dan anda tidak anemia), minta pembekal penjagaan kesihatan anda unutk beralih kepada makanan tambahan yang mengandungi kurang zat besi.



Sumber: babycenter.com dan hamil.mustaffa.org

Monday, May 27, 2013

Tips tingkatkan susu ibu daripada Shaklee

Dipetik daripada majalah iSihat keluaran Mei 2013

Klik gambar untuk baca artikel ini

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi saya di

sms/Whatsapp/Line: 012-2923994
email: adzah.adam@gmail.com
Fanpage: Let's Be Beautiful Together


Tuesday, May 21, 2013

Soal jawab kehamilan


Dipetik daripada Pa&Ma September 2012


Sebaik sahaja disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr. Mohamad Rafi daripada Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?

Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambah tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hemoglobin tetap rendah?

Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hemoglobin tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?

Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean bergantung kepada sebab mengapa ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?

Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?

Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?

Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?

Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?

Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99%). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?

Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?

Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?

Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.

Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?

Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?

Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.

Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?

Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?

Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100% tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?

Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?

Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia.

Shaklee mencadangkan ibu-ibu mengandung mengambil suplemen berikut untuk membantu kecergasan, kesihatan dan keceriaan di sepanjang kehamilan.


Thursday, March 7, 2013

Keperluan suplemen bagi ibu mengandung

Berikut ialah petikan status FB Dr. Hamid Arshat, Pakar Bidan dan Sakit Puan yang terkenal di Malaysia:

Kredit gambar: mamailoveu.blogspot.com

Wah, ini nasihat daripada seorang pakar yang telah berkhidmat di dalam bidang ini selama 19 tahun di hospital kerajaan dan sekarang membuka klinik beliau sendiri di Damansara (klinikdrhamidarshat.blogspot.com).

Jadi, ibu-ibu hamil di luar sana, jangan ragu-ragu dan risau bilamana ada antara nasihat-nasihat daripada kawan-kawan atau saudara-mara yang mengatakan kalau makan obimin, anak yang keluar akan besar. Ada sebab mengapa doktor memberikan suplemen-suplemen tersebut kepada kita.

Suplemen daripada Shaklee adalah suplemen yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang bebas daripada bahan-bahan sintetik (boleh rujuk di sini).

Ibu-ibu, mari dapatkan:

Vita-lea (Multivitamin) - mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting, baca lanjut di sini

Ostematrix - diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron, baca lanjut di sini

B-Complex - merupakan asik folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti, baca lanjut di sini

OmegaGuard - merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi, baca lanjut di sini


Mari dapatkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita dan juga anak yang dikandung sekarang. Jika kita boleh menyediakan keperluan fizikal kepada anak kita, mengapa tidak untuk kesihatan mereka seterusnya untuk kesihatan dan kecergasan diri kita juga.

Seperti yang disarankan oleh Dr. Hamid Arshat, suplemen-suplemen ini penting untuk ibu yang mengandung, seterusnya berpantang selepas melahirkan dan yang menyusukan malah untuk sepanjang hayat seorang wanita. Ayuh! Hubungi saya segera!



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149


Wednesday, March 6, 2013

Kekejangan kaki di waktu malam


Kekejangan kaki adalah sakit yang berasal dari otot di kaki. Ia biasanya berlaku samada di otot betis, di bawah dan di belakang lutut, tetapi kekejangan yang menyakitkan boleh berlaku di pergelangan kaki, tulang kering, dan otot besar paha.

Langkah-langkah ini boleh membantu meringankan keadaan ini:

Fikirkan tentang keadaan anda. Adakah anda mempunyai keadaan seperti, fibromyalgia (kesakitan jangka panjang di seluruh badan, sendi, otot, tendon, dan lain-lain tisu lembut. Juga dikaitkan dengan keletihan, masalah tidur, sakit kepala, kemurungan, dan kebimbangan) atau neuropati yang boleh membuatkan anda lebih terdedah kepada kekejangan? Atau adakah anda menghidap diabetes? Tekanan darah tinggi?


Adakah anda mengambil sebarang ubat-ubatan? Sesetengah ubatan boleh menyebabkan kekejangan.

Cuba senaman regangan. Regangkan hamstrings anda, otot paha dalaman, dan quadriceps, tetapi secara lembut dan tidak keterlaluan. Terdapat banyak panduan bergambar di internet untuk setiap senaman.

Kekal hangat. Otot dingin adalah lebih cenderung untuk kejang. Walaupun cuaca malam mungkin hangat, apabila anda tidur, anda menjadi lebih sensitif kepada kesejukan. Selimut dapat membantu memantulkan haba badan anda kepada anda, dan otot lebih kurang berkemungkinan untuk kejang.

Ambil Potassium, Kalsium dan/atau tambahan Magnesium. Kekurangan mana-mana mineral ini boleh menyebabkan kekejangan kaki.

Oleh itu, tunggu apa lagi! Ostematrix daripada Shaklee diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama untuk penyerapan yang lebih baik oleh tubuh.

Selain daripada membantu melegakan kekejangan kaki dan kebas-kebas, Ostematrix juga bermanfaat untuk:

Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Meringankan stres - ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur dengan lebih selesa, membaiki jantung berdebar, sakit kepala dan pitam.

Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti semasa tua. Kalsium juga membantu penyerapan nutrien dengan lebh baik dan merangsang detoksifikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Selain kasium, Ostematrix juga mengandungi:

Vitamin D: ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka. Vegetarian, individu melebihi 55 tahun, ibu hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D.

Magnesium: adalah ion positif nombor 2 penting di dalam tubuh kita. Ia membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan jantung pesakit jantung, memudahkan rembesan sisa dari perut dan usus, melarut dan mengurangkan formasi batu karang.

Zink, boron, manganes dan kuprum: memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis. 


Testimoni daripada pengguna (Kredit: mommyiskandar.com)





** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Wednesday, February 27, 2013

Nutrisi bagi ibu mengandung dan bayi dalam kandungan

Kehamilan adalah waktu bermakna dan pengambilan nutrien tambahan yang seimbang adalah penting untuk tumbesaran dan kesihatan anda dan bayi. Mengambil makanan yang sihat dan seimbang sepatutnya bermula awal sebelum anda mengandung. Ia membantu anda dan bayi memulakan perjalanan kehamilan dengan nutrien yang diperlukan. Apakah nutrien-nutrien tambahan itu? Mari kita semak.

Asid folik (Vitamin B9)
Kira-kira 1 dalam setiap 1000 kehamilan terjejas oleh kecacatan tiub neural (neural tube defects: NTDs) dengan kebanyakan kes berlaku tanpa sebarang insiden sebelumnya dalam sejarah peribadi atau keluarga. Ibu yang kekurangan folat berkemungkinan melahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat. Fetus juga berkemungkinan menghadapi risiko NTDs seperti spina bifida dan anencephaly (keadaan yang tidak mempunyai otak). Menurut garis panduan FAO/WHO (Food and Agriculture Organisation of the United Nations/World Health Organisation), wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil 0.4-0.8mg folat setiap hari. Wanita yang menghadapi NTDs dalam kehamilannya sebelum ini perlu mengambil 5mg folat setiap hari. 

Pengambilan supplemen ini perlu bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.

Di mana folat?
Sayur berdaun yang berwarna hijau gelap, buah-buahan dan kekacang yang dikeringkan (dried legumes) adalah sumber folat yang baik.

Peningkatan keperluan folat
Beberapa masalah kesihatan seperti penyakit hati atau buah pinggang, penyalahgunaan alkohol, sawan dan pesakit anemia yang kurang-folat memerlukan pengambilan folat yang lebih tinggi. Ibu menyusu juga memerlukan pengambilan folat yang lebih tinggi iaitu 0.5mg setiap hari kerana folat hilang dalam susu yang diberi/susu yang diperah.

Terlebih folat?
Terlebih pengambilan folat didapati tidak memudaratkan kesihatan kerana folat adalah larut-air, oleh itu, apa-apa lebihan akan dikumuhkan melalui air kencing.

Kalsium
Seperti folat, kalsium perlu diambil sebelum kehamilan. Bagi kebanyakan dewasa, 1200mg kalsium diperlukan setiap hari untuk pembekuan darah yang normal, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, fungsi otot dan saraf serta perkembangan rangka janin bayi anda. Tulang bayi mula membentuk seawal minggu ke 7 kehamilan. Semasa kehamilan, pengambilan kalsium dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan komplikasi praeklampsia. Tulang dan gigi janin mula membangun pada minggu ke 8. Jika ibu tidak mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium dalam diet harian, kalsium daripada tulang ibu akan disalurkan kepada janin untuk perkembangannya. Ini akan menyebabkan risiko yang tinggi untuk ibu menghidapi osteoporosis (kerapuhan tulang) bila meningkat usia.

Di mana kalsium?
Dalam produk tenusu, ikan, tauhu, kekacang, sayuran berdaun dan gandum.









Zat besi
Zat besi adalah mineral penting dalam pembentukan hemoglobin, mencegah anemia dan keletihan dan membantu tubuh menentang jangkitan. Tidak seperti kalsium yang kebanyakannya ditemui dalam tulang, zat besi disimpan di dalam tubuh badan. Vitamin C membantu tubuh ibu menyerap zat besi dalam makanan. Iron Deficiency Anemia (IDA) adalah kes paling utama dalam kekurangan nutrien.

Tanda-tanda kekurangan zat besi

  • Merasa sangat letih walaupun telah mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam
  • Kelihatan pucat dengan lengkungan hitam di bawah mata
  • Susah untuk menumpukan perhatian
  • Berdebar-debar
  • Pening
  • Sakit kepala

Zink
Zink adalah mineral yang diperlukan dalam penghasilan insulin dan enzim-enzim tertentu yang merupakan bahan yang menggalakkan tindak balas biokimia dalam badan ibu. Zink menyokong sistem imunisasi dan diperlukan untuk menyembuhkan luka. Beberapa bukti menunjukkan ibu yang kekurangan zink mempunyai waktu bersalin yang panjang.

Di mana zink?
Makanan tinggi fiber, daging, ayam, makanan laut dan hati.

Iodin
Ibubapa pada hari ini bukan sahaja mahukan bayi yang sihat tetapi juga bayi yang pintar! Iodin adalah nutrien yang penting untuk perkembangan otak janin. Kekurangan iodin menyebabkan cretinism (penyakit kerdil kongenital akibat kekurangan hormon pertumbuhan yang mengakibatkan kelembapan mental, kelambatan gigi dan eksfoliasi gigi desidus, pembesaran lidah, dan pengecilan mandibel) manakala terlebih iodin akan menyebabkan masalah tiroid kepada ibu dan janin. 150mcg (mikrogram) iodin sudah cukup untuk keperluan harian.

Di mana iodin?
Ikan, daging, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acids - EPA)
EFA adalah penting untuk kesihatan otak, yang boleh ditemui dalam minyak ikan. Contohnya, DHA adalah sangat penting untuk perkembangan mata dan otak, manakala EPA diperlukan untuk fungsi otak yang berterusan dan rangsangan saraf. Kedua-dua DHA dan EPA adalah penting terutamanya pada trimester yang terakhir.

Makanan yang perlu dielakkan
Sepanjang kehamilan, adalah dinasihatkan untuk ibu-ibu tidak mengambil makanan seperti produk tenusu, daging, ayam, ikan dan telur mentah, makanan diproses (makanan dalam tin dan sebagainya), susu yang tidak dipasturkan, sayuran dan buahan yang tidak dibasuh, kafein, hati dan merkuri yang selalunya ditemui dalam ikan jerung, ikan tuna dan makerel.

Sumber: Dr. Loo Suat Chin, Pakar O&G

Tuesday, February 26, 2013

Testimonial set penyusuan susu ibu

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari produk yang boleh membantu menambah susu badan atau kurang yakin dengan keberkesanan produk ini dalam membantu masalah kurang susu ibu-ibu, mari kita baca testimoni-testimoni daripada ibu-ibu yang telah mendapatkan dan mencuba produk daripada set penyusuan susu ibu daripada Shaklee.






Testimonial 1:

Testimonial 2:

Testimonial 3:

Testimonial 4:

Testimonial 5:

Testimonial 6:

Ibu-ibu, belum cuba, belum tahu. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Thursday, February 21, 2013

Migrain dan alternatif rawatan

Siapa dapat migrain?
Wanita adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk mengalami migrain berbanding lelaki. Jika anda mempunyai saudara yang rapat dengan migrain, anda juga cenderung untuk mempunyai migrain. Pakar percaya migrain mungkin berkaitan dengan mutasi dalam gen yang mempengaruhi kawasan-kawasan tertentu otak. Migrain juga lebih biasa di kalangan orang-orang yang mempunyai epilepsi, kemurungan, asma, keresahan, strok, dan gangguan sistem saraf dan keturunan.



Apakah migrain?
Migrain adalah sakit kepala dengan sakit berdenyut yang biasanya lebih teruk pada sebelah kepala. Sakit yang dirasakan sering teruk hingga menjejaskan aktiviti harian dan berterusan dari empat jam hingga tiga hari jika tidak dirawat. Dikatakan seorang dalam 6 wanita mempunyai migrain, tetapi ramai telah disalah tafsir bahawa mereka mempunyai sinus atau sakit kepala kerana tekanan. Makanan, tekanan, dan hormon boleh menjadi pencetus migrain.

Gejala migrain
Denyutan biasanya berlaku pada sebelah kepala berhampiran pelipis, dahi, dan mata. Migrain menjadikan anda sangat sensitif kepada cahaya, bunyi, atau penggunaan tenaga yang ringan, seperti menaiki tangga. Kebanyakan orang mengalami loya, muntah, atau masalah penglihatan. Sakit tersebut boleh menyebabkan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja yang sedang atau mahu anda lakukan tergendala.

Aura migrain
Kira-kira 20% daripada orang yang mengalami migrain akan mempunyai aura kira-kira 20 minit hingga satu jam sebelum sakit. Mereka mungkin melihat kerlipan cahaya, garisan berombak, atau titik, atau penglihatan yang kabur atau bintik buta. Ini dipanggil "migrain klasik."

Tanda-tanda amaran migrain
Sesetengah orang mungkin mempunyai perubahan dalam mood sebelum migrain bermula. Mereka mungkin menjadi lebih teruja, cepat marah atau tertekan. Sesetengahnya boleh mengesan sensasi deria, seperti bau atau rasa pelik. Mereka mungkin berasa lebih penatkerap menguap, atau mengalami ketegangan otot. Kira-kira 1 dalam 4 orang mengalami fasa ini, yang boleh berlaku seawal 24 jam sebelum mana-mana sakit kepala.
  
























 
Apa yang menyebabkan migrain?
Punca sebenar migrain masih tidak difahami dengan baik, tetapi masalah ini dianggap sebagai neurologi (berkaitan dengan sistem saraf). Adalah dipercayai bahawa ia melibatkan bahan kimia otak, saluran darah dan saraf otak.
Saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

- Kekurangan zat dan nutrisi (pengidap migrain perlu makan mengikut masa, jangan langkau waktu makan)
- Kurang waktu tidur (sekurang-kurangnya perlu tidur 6 ke 8 jam setiap malam)
- Faktor keturunan
- Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
- Wanita yang mengalami haid atau pra-haid (kerana paras estrogen menurun pada waktu ini)
- Terlalu banyak mengambil kafein
- Mengambil makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Rawatan migrain
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplemen semulajadi adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplemen lebih baik daripada ubat?
Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Alternatif rawatan untuk migrain

B Complex 
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah jaga makan. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti kurang rehat, tekanan kerja dan sebagainya. Timbangkan tentang mengambil supplemen sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik daripada makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Kredit: WebMD, MyChibiBox dan VitaminSemulajadi

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...