Thursday, August 15, 2013

Mengatasi sembelit ketika hamil

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Kemungkinan besar ia boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?
Salah satu puncanya ialah peningkatan dalam hormon progesteron, yang melegakan otot licin (smooth muscle) seluruh badan, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna bahawa makanan melalui usus lebih perlahan. Masalah itu boleh diperhatikan di akhir kehamilan kerana tekanan rahim yang sedang membesar pada rektum anda.

Faktor lain ialah pemakanan dan supplemen. Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis ‘fast-food’. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Selain daripada pemakanan, terdapat juga supplemen yang diambil ibu mengandung boleh menyebabkan sembelit. Contoh supplemen yang menyebabkan sembelit adalah ferrous fumarate. Ferrous fumarate ini sebenarnya bertindak sebagai zat besi bagi mengatasi ibu yang mengandung mengalami kekurangan sel darah merah. Namun, disebalik kebaikan yang diberikan oleh ferrous fumarate terdapat juga kesan sampingan yang tidak diingini. Sembelit adalah punca atau kesan daripada pengambilan ferrous fumarate ini.

Apa yang boleh anda lakukan?
Berikut adalah beberapa tips untuk mencegah dan mengurangkan sembelit:


Makan makanan tinggi serat seperti bijirin gandum dan roti, beras perang, kacang, dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
Minum banyak air - sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Segelas jus buah-buahan setiap hari, terutama prun jus, juga boleh membantu.
Bersenam, berjalan, berenang, menunggang basikal pegun, dan yoga - kesemua ini boleh membantu sembelit mudah dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.
Jika multivitamin pranatal anda mengandungi dos besar zat besi (dan anda tidak anemia), minta pembekal penjagaan kesihatan anda unutk beralih kepada makanan tambahan yang mengandungi kurang zat besi.



Sumber: babycenter.com dan hamil.mustaffa.org

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...