Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label penyusuan susu ibu. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Tips elak puting luka

Menyusukan bayi memang tugas yang paling menyeronokkan bagi seorang ibu. Terasa lengkap tanggungjawab bergelar ibu apabila mampu menyaksikan si comel menghisap susu ibu. Namun pengalaman pertama menyusukan bayi kadang kala mengundang rasa tidak selesa dan sakit.

Masalah puting payu dara ibu terluka selepas menyusukan bayi bukanlah perkara luar biasa. Namun kesakitan yang ditanggung sukar digambarkan. Sebahagian besar ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi mengalami masalah ini.

Pakar laktasi menyatakan antara punca utama berlaku masalah puting luka adalah kerana kedudukan menyusukan bayi tidak betul. Posisi bayi yang tidak betul menyebabkan aerola ibu tidak masuk ke dalam mulut bayi sehingga dia hanya menghisap puting dan susu ibu tidak keluar.  Akibatnya bayi yang tidak dapat susu akan berasa marah membuatkan dia menggigit puting ibu lalu membuatkan ia luka.


Oleh itu ibu mesti belajar kaedah penyusuan yang betul supaya dapat mengelakkan daripada berlaku masalah tersebut. Di harap tip berikut memberikan informasi berguna kepada ibu.

Membersihkan puting
Sebelum memulakan penyusuan, bersihkan puting payu dara ibu menggunakan kain yang direndam dalam air suam. Susukan bayi dengan kerap antara lapan hingga 12 kali sehari.

Lepaskan perlahan
Proses penyusuan ibu kadang kala memerlukan kreativiti sendiri. Misalnya apabila bayi anda mula menggigit puting, jangan serta merta menarik ia dari mulutnya. Sebaiknya lepaskan puting dengan lembut dan perlahan iaitu dengan cara memasukkan jari kelingking anda ke dalam mulut bayi dan keluarkan puting perlahan-lahan atau tekan dagunya secara perlahan. Sebelum itu pastikan jari anda dalam keadaan bersih.

Sapu susu pada puting
Selepas selesai tugas menyusukan bayi, sapukan sedikit air susu ibu pada puting. Kemudian biarkan seketika hingga kering sendiri. Ini dapat membantu menyembuhkan luka kerana susu ibu mengandungi zat penyembuh luka. Tetapi sekiranya anda mendapati luka puting semakin teruk akibat sudah berlaku jangkitan kuman, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.



Tuesday, October 1, 2013

Cergas dengan set pantang Shaklee

Assalammualaikum semua...

Hari ni saya nak kongsikan kegembiraan dan rasa syukur saya kerana beberapa kawan saya yang telah mengambil set berpantang Shaklee memberikan respon yang positif.



Dan lagi seorang kawan ofis suami saya juga kata dia rasa bertenaga dan sihat sepanjang berpantang sejak mengambil set berpantang Shaklee tidak seperti semasa anak pertamanya sebelum ini.

Apa yang ada dalam set berpantang Shaklee ni?


Vitalea
Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B-Complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Selain itu, ibu-ibu digalakkan juga untuk mengambil ESP untuk kecergasan dan pemulihan stretch mark serta menambah susu ibu dan Ostematrix untuk menambah kalsium dalam badan ibu yang telah banyak hilang semasa mengandung dan melahirkan bayi sebagai nilai tambah untuk set ini. Bukan sahaja ibu yang gembira, bayi juga membesar dengan sihat dan ceria!


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsapp/line: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Monday, September 2, 2013

Testimoni pelbagai produk Shaklee

Assalammualaikum semua...hari ini saya nak kongsikan pelbagai kisah kejayaan pelanggan-pelanggan Shaklee yang Alhamdulillah telah berjaya mencapai impian dan target masing-masing. Kadang-kadang dalam mengamalkan satu-satu produk, ada orang yang berjaya mendapat hasilnya dalam masa yang singkat, ada yang mengambil masa. Ini bergantung kepada bagaimana badan kita bertindak terhadap supplemen yang kita ambil itu. Yang penting kita kena yakin, dan bertawakal pada Allah. Supplemen yang diambil adalah sebagai medium, yang mengizinkannya hanyalah Allah.

InsyaAllah, berkat usaha, doa dan tawakal, kita pasti akan beroleh kejayaan yang diimpikan.


   

GLA Complex dan set subur


Mealshake dan OmegaGuard

 Set berpantang

Zinc Complex



 ESP


Mealshakes

Tuesday, August 20, 2013

Set penyusuan Shaklee


Set penyusuan daripada Shaklee membantu ibu-ibu menyusu yang mempunyai masalah penyusuan disamping memberi nutrisi yang lengkap dan seimbang kepada bayi yang disusukan. Terdapat 4 set penyusuan daripada Shaklee yang boleh anda pertimbangkan bergantung kepada bajet dan masalah yang dihadapi.

SET 1
Alfalfa Complex, Vita-lea, B-Complex dan Chewable Vita-C

1. Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
2. Tujuan utama pengambilan set ini ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
3. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
4. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
5. Juga sesuai membantu bayi yang mempunyai masalah ekzema
6. Kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan/dalam pantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi kurang daripada 3 bulan mengalami masalah cirit dengan alfalfa

SET 2
Ostematrix, Vita-lea, B-Complex dan Chewable Vita-C

1. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid
2. Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
3. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana Ostematrix (pil kalsium) mengandungi kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
4. Membantu ibu kekal cergas, bertenaga dan diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat dan sihat

SET 3
Ostematrix, Alfalfa Complex, Vita-lea, B-Complex dan Chewable Vita-C

1. Set ini adalah gabungan set 1 dan 2 dan memberi kesan yang lebih cepat berbanding set 1 dan 2 kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk booster

SET 4
Ostematrix, Alfalfa Complex, Vita-lea, B-Complex, Chewable Vita-C dan Energizing Soy Protein

1. Sangat dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan
2. Masalah penyusuan bermaksud: Ibu menghadapi masalah penghasilan kuantiti susu walau telah melakukan perahan setiap 3 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari. Oleh itu set ini dapat membantu menambah dan membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh tubuh badan ibu agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik.

Kejayaan penyusuan amat berkait rapat dengan tahap kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan yang perlu difahami adalah LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN - Demand and Supply

Pengambilan supplemen akan memberi kesan sekiranya ibu dengan penuh disiplin dan secara konsisten melakukan:

1. Kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam (apabila ibu telah mula bekerja semula) sehingga payudara benar-benar kosong

2. Memastikan pengambilan air yang secukupnya; iaitu tidak kurang daripada 3liter setiap hari

3. Tidak berdiet sepanjang tempoh penyusuan

4. Amalkan zikir dan doa sebagai amalan rutin sepanjang tempoh penyusuan atau perahan.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan konsultansi

sms/Whatsapp/Line: 012-2923 994
email: adzah.adam@gmail.com

Susu ibu halang obesiti

Dipetik daripada PAMA Ogos 2013

Khasiat susu ibu sudah diketahui sangat baik untuk bayi dan ibu. Meningkatkan imunisasi bayi sejak kecil, membantu perkembangan tubuh dan berat anak serta mengekalkan berat badan ideal ibu antara kelebihan yang diakui ramai.

Sebuah kajian yang dilakukan di Okyama University Graduate School of Medicine di Jepun, menyatakan bahawa menyusukan bayi mengurangkan risiko anak mengalami obesiti pada usia lapan tahun sehingga 50 peratus.

Sekiranya bayi disusukan secara eksklusif selama enam bulan, risiko kegemukan berkurangan lagi 15 peratus, dibandingkan dengan bayi yang minum susu formula.

Menyusukan bayi mempunyai kaitan erat dengan berat badan untuk jangka masa panjang. Ia membantu membentuk pola makan sihat di kalangan kanak-kanak. Pemberian susu formula dalam jangka panjang akan meningkatkan produksi sel lemak yang meningkatkan kenaikan berat badan.

UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN SUSU IBU:

1. Amalkan pemakanan yang sihat dan cukup zat
2. Kekerapan 'direct feeding'/mengepam adalah faktor utama penghasilan susu
3. Minum air sekurang-kurangnya 3.5L setiap hari
4. Fahami konsep 'demand & supply'

Friday, August 2, 2013

Ketahui hak anda sebagai seorang ibu yang bijak

Dipetik daripada poster keluaran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

TAHNIAH di atas kelahiran bayi anda. Si comel anda pasti akan membesar sebagai bayi yang SIHAT dan PINTAR hanya dengan meneguk susu anda sahaja selama 6 bulan. 

Awas! Jangan terpengaruh dengan promosi susu formula yang sangat menarik. Yakinlah bahawa susu anda adalah yang terbaik dan mengandungi segala nutrien penting untuk perkembangan si manja. Susu anda adalah seumpama titisan emas kepada bayi anda. Berilah yang terbaik kerana bayi anda sangat berharga. Percayalah!


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Semua Ibu Digalakkan Menyusui Anaknya Dengan Susu Ibu Sahaja Dari Lahir Sehingga Berumur 6 Bulan Dan Meneruskannya Sehingga Berumur 2 Tahun. Makanan Pelengkap Perlu Diberikan Mulai Umur 6 Bulan.

Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:

  • Diberi susu ibu SAHAJA
  • Tidak perlu air atau susu tambahan
  • Tidak perlu makanan pelengkap

Monday, May 27, 2013

Tips tingkatkan susu ibu daripada Shaklee

Dipetik daripada majalah iSihat keluaran Mei 2013

Klik gambar untuk baca artikel ini

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi saya di

sms/Whatsapp/Line: 012-2923994
email: adzah.adam@gmail.com
Fanpage: Let's Be Beautiful Together


Tuesday, March 26, 2013

Menyusukan anak ketika hamil. Boleh atau tidak?

Jawapan oleh Heidi Eisenberg Murkoff, pengarang buku bersiri kehamilan dan keibubapaan yang terkenal dan 'best selling', What to Expect.



Soalan: "Saya baru mendapat tahu bahawa saya hamil lapan minggu bayi kedua. Tetapi saya masih menyusukan bayi pertama saya. Adakah ia OK untuk meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan saya, atau adakah saya perlu bercerai susu (weaning)? Jika saya teruskan, adakah keperluan nutrisi salah seorang bayi saya akan terganggu atau berisiko?




Jawapan: Jika anda bimbang anda perlu memberhentikan penyusuan si manja, tak usah risau. Selagi anda merasakan mahu menyusukan si manja, teruskan! walaupun anda sedang hamil anak kedua.

Tetapi anda perlu ingat bahawa menyusukan anak ketika hamil tidaklah semudah itu. Satu perkara yang anda semestinya masih ingat, semasa hamil (terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga), adalah waktu yang sukar. Tambahan pula dengan penghasilan susu dan tahap tenaga anda, mungkin anda akan keletihan. Puting anda juga akan lebih sensitif di awal kehamilan dan menyusukan si manja yang kelaparan mungkin akan menyebabkan puting anda berasa sakit. Selain itu, penyusuan akan merangsang hormon oksitoksin (hormon yang menyebabkan rasa untuk bersalin - contraction), jadi jangan terkejut jika anda merasa Braxton Hicks yang lebih kuat daripada kebiasaannya di akhir-akhir kehamilan nanti. Jika anda rasa menyusukan dan hamil adalah amat berat untuk diri anda dan bercerai susu adalah penyelesaiannya, janganlah rasa bersalah mengenainya.  

Satu perkara yang perlu anda perhatikan jika menyusukan si manja ketika anda hamil ialah pengurangan dalam penghasilan susu. Pada mulanya, anda perlu perhatikan pengeluaran susu anda dan seterusnya berat si manja anda - untuk memastikan jika anda masih menghasilkan susu yang mencukupi atau perlu ditambah dengan susu formula. Jika si manja anda telah mula makan, ia mungkin tidak menjadi isu. Untuk menghasilkan kuantiti susu yang berkekalan tidaklah susah selagi anda pastikan anda mendapatkan kalori tambahan. Dapatkan jumlah kalori tambahan sebanyak 500 ke 800 (300 untuk anak yang dikandung dan 200 ke 500 untuk penghasilan susu), empat hidangan protein dan enam hidangan kalsium setiap hari. Dan jangan lupa untuk minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

Untuk lebih keyakinan, dapatkan nasihat daripada pakar penyusuan anda dan pakar kanak-kanak sepanjang progres kehamilan anda.  


P/S: Dr. Halina (isteri angkasawan Negara) menyusukan anak pertama beliau semasa hamil anak kedua. Beliau menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil supplemen yang mencukupi untuk meneruskan usaha murni ini untuk kebaikan si manja, ibu dan bayi dalam kandungan.  

Monday, March 11, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 3

SIRI 1 di sini, SIRI 2 di sini

10. Apakah jangkitan yis? Adakah saya perlu terus menyusukan jika saya dijangkiti?
Yis adalah kulat (fungus) yang muncul secara semulajadi di membran mukus dan di kulit. Penggunaan antibiotik menggalakkan pertumbuhan yis dengan membunuh bakteria 'baik' yang biasanya menghalang yis daripada membiak dengan terlalu cepat. Semasa hamil, jangkitan yis adalah biasa kerana tahap estrogen yang tinggi membawa kepada tahap gula yang tinggi, dan yis memakan gula. Jika anda atau bayi baru sahaja mengambil antibiotik, atau anda telah mengalami jangkitan yis di faraj  beberapa bulan sebelum ini (atau pada bila-bila masa semasa hamil), atau jika puting anda merekah, maka anda dan bayi adalah berisiko untuk mendapat jangkitan yis.

Simptom-simptom jangkitan yis pada bayi (juga dipanggil sebagai 'thrush') termasuklah bintik-bintik atau tompok-tompok putih berkrim di membran mukus di dalam mulut (gusi, pipi atau lidah).


Simptom-simptom pada ibu termasuklah rasa seperti sengatan atau sakit di permukaan puting atau boleh dirasai dari dalam payudara. Kesakitan selalunya berterusan sepanjang dan di antara penyusuan, terutamanya sebaik sahaja selepas penyusuan. Puting anda akan kelihatan bengkak, bersisik, berkelupas, atau  lepuh-lepuh (blisters) kecil. Ia juga mungkin gatal. Warnanya selalunya merah jambu gelap. Puting anda mungkin juga akan kelihatan normal tapi terasa sangat menyakitkan.

Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda boleh meneruskan penyusuan disamping mengamalkan:

a. Basuh tangan anda selalu (sebelum dan selepas penyusuan, selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menukar lampin bayi)
b. Menyusu kerap dalam jangkawaktu yang singkat. Mulakan penyusuan pada sebelah yang kurang sakit. Kebaskan puting dengan ais yang dibalut dengan kain sebelum mula menyusu.
c. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan/atau yis. (contohnya soda, roti, pastri dan lain-lain).
d. Dapatkan nasihat doktor untuk mengurangkan simptom.

11. Bagaimana saya dapat mengenalpasti jika bayi saya alah dengan makanan yang saya makan? Bagaimana saya dapat memantaunya?
Jika bayi menyusu secara eksklusif, dan belum mula mengambil makanan pejal, tetapi menunjukkan tanda alahan, ini mungkin disebabkan oleh makanan atau bahan (herba, suplemen) yang diambil oleh ibu, yang disalurkan melalui susu ibu. Cuba kurangkan sumber alahan dalam pemakanan ibu, bermula daripada sumber yang paling biasa hingga yang paling kurang. Sumber yang paling biasa ialah hasil tenusu seperti susu lembu, keju, mentega dan yogurt.    


Friday, March 8, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 2

Sambungan daripada SIRI 1 di sini

4. Semasa lekapan, saya rasa sangat sakit. Bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ini?
Sesi penyusuan sepatutnya merupakan satu pengalaman yang menenangkan kepada semua ibu dan bayi. Jika seorang ibu mengalami ketidakselesaan, ia mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Sebelum memasukkan payudara anda ke dalam mulut bayi, cuba sentuh bibirnya sedikit, untuk mencetuskan tindakbalasnya (refleks) seterusnya membuatkannya membuka mulutnya seluas-luasnya. Lebih banyak kawasan gelap di tisu payudara (areola) masuk ke dalam mulut bayi, lebih baik sesi penyusuan itu dirasai. Cuba dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melihat cara anda menyusukan. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih keyakinan untuk meneruskan penyusuan bagi tempoh yang lebih lama.

5. Bayi saya mula untuk tumbuh gigi dan air liurnya mengjengkelkan, kadang-kadang bayi saya menggigit puting.
Secara amnya, bayi akan mula untuk tumbuh gigi sekitar 6 bulan. Waktu ini juga merupakan waktu di mana bayi mudah terganggu dengan keadaan persekitrannya. Kadangkala, gangguan ketika sesi penyusuan mungkin akan menyebabkan bayi menyentap keluar puting ibu daripada mulutnya. Ini akan menyebabkan kesakitan kepada puting ibu. Dengan lekapan yang baik walau bayi sudah mempunyai gigi, tidak akan menyebabkan ibu merasa tidak menyenangkan ketika penyusuan. Juga cuba elakkan gangguan ketika menyusu (contohnya bunyi tv yang kuat).

6. Saya sudah menyusukan anak saya selama berbulan-bulan, adakah penghasilan susu akan terhenti jika saya ingin berhenti seketika selama 2 minggu?
Ya, bekalan susu akan mula berkurangan jika ibu mengurangkan kekerapan rangsangan (stimulasi) dan pengosongan payudara. Jika ibu berada jauh daripada bayi untuk beberapa ketika, sangat penting untuk ibu terus mengosongkan payudara sekerapnya untuk memastikan bekalan susu dikekalkan.

7. Saya mempunyai bayi kembar. Bagaimana caranya saya perlu menyusukan mereka dan memastikan mereka mendapat susu yang secukupnya?
Untuk bayi kembar, ada antara ibu yang memilih untuk menyusukan kedua-dua bayi serentak. Cara pegangan 'football' mungkin membantu untuk sesi penyusuan serentak. Tidak perlu bimbang tentang adakah kembar anda mendapat susu yang secukupnya selagi mereka disusukan bila diperlukan (on demand).



8. Bolehkah saya meneruskan untuk menyusukan bayi saya jika saya sakit (demam atau selesema)?
Ya, selalunya ibu-ibu disarankan untuk meneruskan penyusuan walaupun ketika sakit. Sementara ibu menghidapi demam atau selesema, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit itu. Antibodi tersebut akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diberi supaya bayi anda akan dilindungi.  Walau bagaimanapun, jika ibu terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri, anda boleh meneruskan penyusuan sebaik sahaja anda pulih daripada kesakitan tersebut.

9. Jika saya sedang berpantang dan mengambil makanan campuran herba, adakah ia akan memberi kesan kepada bayi saya?
Secara amnya, ibu boleh makan apa sahaja makanan atau herba yang anda mahu. Tetapi, sesetengah herba atau makanan mungkin akan menyebabkan kontraindikasi terhadap penyusuan. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan memakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada apa-apa tindak balas berlaku, anda bolehlah meneruskan untuk mengambil makanan tersebut.



Nantikan SIRI 3 esok pula ya.

Thursday, March 7, 2013

Keperluan suplemen bagi ibu mengandung

Berikut ialah petikan status FB Dr. Hamid Arshat, Pakar Bidan dan Sakit Puan yang terkenal di Malaysia:

Kredit gambar: mamailoveu.blogspot.com

Wah, ini nasihat daripada seorang pakar yang telah berkhidmat di dalam bidang ini selama 19 tahun di hospital kerajaan dan sekarang membuka klinik beliau sendiri di Damansara (klinikdrhamidarshat.blogspot.com).

Jadi, ibu-ibu hamil di luar sana, jangan ragu-ragu dan risau bilamana ada antara nasihat-nasihat daripada kawan-kawan atau saudara-mara yang mengatakan kalau makan obimin, anak yang keluar akan besar. Ada sebab mengapa doktor memberikan suplemen-suplemen tersebut kepada kita.

Suplemen daripada Shaklee adalah suplemen yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang bebas daripada bahan-bahan sintetik (boleh rujuk di sini).

Ibu-ibu, mari dapatkan:

Vita-lea (Multivitamin) - mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting, baca lanjut di sini

Ostematrix - diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron, baca lanjut di sini

B-Complex - merupakan asik folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti, baca lanjut di sini

OmegaGuard - merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi, baca lanjut di sini


Mari dapatkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita dan juga anak yang dikandung sekarang. Jika kita boleh menyediakan keperluan fizikal kepada anak kita, mengapa tidak untuk kesihatan mereka seterusnya untuk kesihatan dan kecergasan diri kita juga.

Seperti yang disarankan oleh Dr. Hamid Arshat, suplemen-suplemen ini penting untuk ibu yang mengandung, seterusnya berpantang selepas melahirkan dan yang menyusukan malah untuk sepanjang hayat seorang wanita. Ayuh! Hubungi saya segera!



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149


Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 1



Kebaikan dan manfaat susu ibu kepada anak kita memanglah tak boleh dipertikaikan lagi...kalau disenaraikan, tak akan habis! Penyusuan susu ibu adalah satu proses semulajadi yang memerlukan latihan dan kesabaran. Jangan mudah putus asa untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Di sini saya kongsikan beberapa FAQ (frequently asked questions) mengenai penyusuan susu ibu melalui pengalaman Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Konsultan Laktasi daripada susuibu.com.

1. Bayi saya seperti ingin disusui pada setiap masa. Adakah ini normal?
Penyusuan susu ibu adalah sepatutnya bila diperlukan oleh bayi (on demand). Adalah normal bagi bayi menyusu dalam lingkungan 8 ke 12 kali dalam masa 24 jam. Pada awal kelahirannya, seorang bayi akan menyusu dengan lebih kerap, kerana dia sedang mengasah kemahiran penyusuannya, disamping mendapatkan keselesaan dan keyakinan daripada ibunya selepas baru dilahirkan ke dunia yang serba baharu baginya ini. Kadangkala kerana proses pembelajaran ini, seorang ibu mempunyai salah tanggapan bahawa sesi penyusuan memakan masa yang lama atau hampir setiap masa.

2. Saya tidak menghasilkan susu yang mencukupi. Apakah kemungkinan masalahnya?
Penghasilan susu yang kurang mungkin berpunca daripada pelbagai sebab. Selalunya, punca utamanya ialah payudara ibu tidak mendapat rangsangan yang cukup dalam usaha untuk ia bersedia menghasilkan jumlah susu yang diperlukan. Oleh itu, amat penting untuk ibu membiarkan bayi menyusu (suckle) dengan kerap dan berterusan pada awal kelahirannya supaya rangsangan yang mencukupi dapat diperolehi seterusnya payudara ibu dapat menghasilkan susu yang cukup. Sebaik sahaja bekalan susu yang dihasilkan mencapai tahap optimum, ia perlu dikosongkan daripada payudara secara efektif (sekosong-kosong yang boleh) kerana kegagalan melakukannya akan menyebabkan isyarat dihantar ke otak ibu supaya menghalang penghasilan susu yang seterusnya.

Tetapi ada juga beberapa kes ibu-ibu yang mengalami masalah lain yang perlu diambil perhatian. Anda perlu menghubungi kaunselor laktasi berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat dan bantuan serta mengenalpasti masalah anda.

Antaranya anda boleh menghubungi:

a. Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM)
b. susuibu.com

3. Bayi saya tidur sewaktu menyusu. Adakah ini normal?
Kebanyakan bayi yang puas akan tertidur selepas tamat sesi penyusuannya. Ini disebabkan oleh hormon oksitoksin yang mengalir daripada ibu kepada susu ibu. Antara fungsinya ialah supaya ibu dan bayi 'relax' dan mendapat rehat yang lebih baik.


4. Puting payudara saya sakit dan merekah. Bagaimana untuk menyembuhkannnya dan meneruskan penyusuan?
Puting sakit dan merekah biasa berlaku kerana lekapan yang tidak betul. Sangat penting untuk membetulkan kedudukan bayi ketika menyusu untuk memperbaiki keadaan ini. Sementara itu, untuk memulihkan puting yang sakit, sapukan susu ibu sendiri ke atasnya setiap kali selepas penyusuan. Biarkan ia kering sebelum memakai coli. Jika perlu, sapukan krim puting.




















Kredit gambar theleakyboob.com


Kita sambung ke SIRI 2 pada esok hari.

Friday, February 22, 2013

Makanan organik jamin kualiti susu


Betty Kamen, pakar pemakanan ada menyebut, “Take food as close to their natural state as possible”. Jadi, teliti apa yang anda makan! Ketahuilah, makanan organik berperanan besar dalam menghasilkan susu berkualiti untuk si manja selain membantu meningkatkan taraf kesihatan anda.

Memandangkan terlalu banyak pilihan makanan yang ada ditambah pula dengan kesibukan kerja, anda terleka dan seterusnya tidak peka dalam memilih makanan terbaik untuk diri dan keluarga. Ini terutamanya untuk si manja yang menerima khasiat susu ibu. Ketahuilah, anda seharusnya lebih berhati-hati dan perlu memilih makanan yang bersih dan tidak tercemar oleh racun serangga dan sebagainya.

Masa kini, masyarakat mula menyedari manfaat pemakanan organik. Jadi, mengapa harus anda berlengah lagi? Belum terlambat untuk anda memulakannya dari saat ini! Bukan diri anda sahaja yang akan memperoleh manfaat kebaikan pemakanan organik. Paling penting bayi anda akan merasai tempiasnya.

Dengan memilih untuk bertukar selera kepada makanan yang dihasilkan tanpa penggunaan racun serangga, ia merupakan langkah awal bagi anda mengelakkan diri dan keluarga khususnya si manja daripada terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit yang semakin “ganas” menyerang masyarakat moden yang tidak kisah dengan kualiti dan asal-usul makanan yang diambil setiap hari.

Sebagai makluman, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik mengandungi anti-oksida pelawan kanser lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang melalui kaedah penanaman menggunakan racun serangga. Buktinya, terdapat kajian yang mengesahkan racun serangga dan racun rumpai menghalang penghasilan bahan kimia yang bertindak sebagai pertahanan semula jadi tumbuh-tumbuhan. Sedangkan, bahan kimia itu sangat berguna untuk kesihatan manusia yang bakal memakannya.

Lebih daripada itu, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mengandungi lebih banyak vitamin. Malangnya, melalui kaedah penanaman biasa, khasiat makanan tersebut berkurangan akibat penggunaan racun serangga, rumpai, kulat dan lain-lain. Sebahagian daripada sebabnya ialah baja yang digunakan menggalakkan tumbuh-tumbuhan membesar dengan cepat dan mengandungi banyak air. Dalam pada itu, US Environment Protection Agency (EPA) menganggarkan 60% racun rumpai, 90% racun kulat dan 30% racun serangga yang digunakan pada masa kini berpotensi besar menyebabkan kanser.

Jadi, dengan memilih makanan organik, ia dapat memastikan anda “memindahkan” bahan-bahan semula jadi dan sihat kepada bayi melalui susu ibu. Oleh sebab itu, gaya pemakanan anda penting dalam melindungi bayi daripada “gangguan” bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu. Anda sebenarnya boleh mengelak sesetengah (bukan semua) bahan kimia dengan meneliti apa yang anda makan.

Walaupun masalah pencemaran alam dan makanan berterusan, penyusuan susu ibu tetap pilihan terbaik jika dibandingkan dengan memberi bayi anda susu formula. Bagi mengurangkan masalah kesihatan, anda seharusnya:

1. Tidak merokok atau berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok di kawasan sekeliling anda.
2. Elak minuman beralkohol.
3. Hindari penggunaan racun serangga di rumah, laman atau sewaktu mengendalikan haiwan peliharaan.
4. Jauhi pendedahan kepada bahan-bahan seperti cat, gam bukan berasaskan air, asap petrol, minyak wangi dan pengilat kuku.
5. Elakkan pakaian yang perlu dicuci kering.
6. Makan makanan seimbang yang rendah lemak haiwan dan tinggi lemak produk tenusu.
7. Jika mampu, amalkan makanan yang ditanam secara organik.
8. Hindari makanan yang mengandungi tahap merkuri tinggi seperti tuna.

Penyerapan toksin amat mudah sekali melanda generasi muda. Memandangkan sistem nyah toksin bayi masih belum matang, jadi andalah yang sepatutnya memainkan peranan. Anda adalah tunggak utama pertahanan kesihatan bayi. Jadi, anda perlu mula mengamalkan pemakanan semula jadi!

INFO: Pencemaran dikumuhkan lebih perlahan di dalam susu ibu berbanding di dalam darah.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Keistimewaan Shaklee


SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...