Sambungan daripada SIRI 1 di sini
4. Semasa lekapan, saya rasa sangat sakit. Bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ini?
Sesi penyusuan sepatutnya merupakan satu pengalaman yang menenangkan kepada semua ibu dan bayi. Jika seorang ibu mengalami ketidakselesaan, ia mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Sebelum memasukkan payudara anda ke dalam mulut bayi, cuba sentuh bibirnya sedikit, untuk mencetuskan tindakbalasnya (refleks) seterusnya membuatkannya membuka mulutnya seluas-luasnya. Lebih banyak kawasan gelap di tisu payudara (areola) masuk ke dalam mulut bayi, lebih baik sesi penyusuan itu dirasai. Cuba dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melihat cara anda menyusukan. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih keyakinan untuk meneruskan penyusuan bagi tempoh yang lebih lama.
5. Bayi saya mula untuk tumbuh gigi dan air liurnya mengjengkelkan, kadang-kadang bayi saya menggigit puting.
Secara amnya, bayi akan mula untuk tumbuh gigi sekitar 6 bulan. Waktu ini juga merupakan waktu di mana bayi mudah terganggu dengan keadaan persekitrannya. Kadangkala, gangguan ketika sesi penyusuan mungkin akan menyebabkan bayi menyentap keluar puting ibu daripada mulutnya. Ini akan menyebabkan kesakitan kepada puting ibu. Dengan lekapan yang baik walau bayi sudah mempunyai gigi, tidak akan menyebabkan ibu merasa tidak menyenangkan ketika penyusuan. Juga cuba elakkan gangguan ketika menyusu (contohnya bunyi tv yang kuat).
6. Saya sudah menyusukan anak saya selama berbulan-bulan, adakah penghasilan susu akan terhenti jika saya ingin berhenti seketika selama 2 minggu?
Ya, bekalan susu akan mula berkurangan jika ibu mengurangkan kekerapan rangsangan (stimulasi) dan pengosongan payudara. Jika ibu berada jauh daripada bayi untuk beberapa ketika, sangat penting untuk ibu terus mengosongkan payudara sekerapnya untuk memastikan bekalan susu dikekalkan.
7. Saya mempunyai bayi kembar. Bagaimana caranya saya perlu menyusukan mereka dan memastikan mereka mendapat susu yang secukupnya?
Untuk bayi kembar, ada antara ibu yang memilih untuk menyusukan kedua-dua bayi serentak. Cara pegangan 'football' mungkin membantu untuk sesi penyusuan serentak. Tidak perlu bimbang tentang adakah kembar anda mendapat susu yang secukupnya selagi mereka disusukan bila diperlukan (on demand).
8. Bolehkah saya meneruskan untuk menyusukan bayi saya jika saya sakit (demam atau selesema)?
Ya, selalunya ibu-ibu disarankan untuk meneruskan penyusuan walaupun ketika sakit. Sementara ibu menghidapi demam atau selesema, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit itu. Antibodi tersebut akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diberi supaya bayi anda akan dilindungi. Walau bagaimanapun, jika ibu terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri, anda boleh meneruskan penyusuan sebaik sahaja anda pulih daripada kesakitan tersebut.
9. Jika saya sedang berpantang dan mengambil makanan campuran herba, adakah ia akan memberi kesan kepada bayi saya?
Secara amnya, ibu boleh makan apa sahaja makanan atau herba yang anda mahu. Tetapi, sesetengah herba atau makanan mungkin akan menyebabkan kontraindikasi terhadap penyusuan. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan memakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada apa-apa tindak balas berlaku, anda bolehlah meneruskan untuk mengambil makanan tersebut.
Nantikan SIRI 3 esok pula ya.
No comments:
Post a Comment