Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Testimoni pelbagai produk Shaklee

Assalammualaikum semua...hari ini saya nak kongsikan pelbagai kisah kejayaan pelanggan-pelanggan Shaklee yang Alhamdulillah telah berjaya mencapai impian dan target masing-masing. Kadang-kadang dalam mengamalkan satu-satu produk, ada orang yang berjaya mendapat hasilnya dalam masa yang singkat, ada yang mengambil masa. Ini bergantung kepada bagaimana badan kita bertindak terhadap supplemen yang kita ambil itu. Yang penting kita kena yakin, dan bertawakal pada Allah. Supplemen yang diambil adalah sebagai medium, yang mengizinkannya hanyalah Allah.

InsyaAllah, berkat usaha, doa dan tawakal, kita pasti akan beroleh kejayaan yang diimpikan.


   

GLA Complex dan set subur


Mealshake dan OmegaGuard

 Set berpantang

Zinc Complex



 ESP


Mealshakes

Monday, May 27, 2013

Tips tingkatkan susu ibu daripada Shaklee

Dipetik daripada majalah iSihat keluaran Mei 2013

Klik gambar untuk baca artikel ini

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi, boleh hubungi saya di

sms/Whatsapp/Line: 012-2923994
email: adzah.adam@gmail.com
Fanpage: Let's Be Beautiful Together


Tuesday, March 26, 2013

Menyusukan anak ketika hamil. Boleh atau tidak?

Jawapan oleh Heidi Eisenberg Murkoff, pengarang buku bersiri kehamilan dan keibubapaan yang terkenal dan 'best selling', What to Expect.



Soalan: "Saya baru mendapat tahu bahawa saya hamil lapan minggu bayi kedua. Tetapi saya masih menyusukan bayi pertama saya. Adakah ia OK untuk meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan saya, atau adakah saya perlu bercerai susu (weaning)? Jika saya teruskan, adakah keperluan nutrisi salah seorang bayi saya akan terganggu atau berisiko?




Jawapan: Jika anda bimbang anda perlu memberhentikan penyusuan si manja, tak usah risau. Selagi anda merasakan mahu menyusukan si manja, teruskan! walaupun anda sedang hamil anak kedua.

Tetapi anda perlu ingat bahawa menyusukan anak ketika hamil tidaklah semudah itu. Satu perkara yang anda semestinya masih ingat, semasa hamil (terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga), adalah waktu yang sukar. Tambahan pula dengan penghasilan susu dan tahap tenaga anda, mungkin anda akan keletihan. Puting anda juga akan lebih sensitif di awal kehamilan dan menyusukan si manja yang kelaparan mungkin akan menyebabkan puting anda berasa sakit. Selain itu, penyusuan akan merangsang hormon oksitoksin (hormon yang menyebabkan rasa untuk bersalin - contraction), jadi jangan terkejut jika anda merasa Braxton Hicks yang lebih kuat daripada kebiasaannya di akhir-akhir kehamilan nanti. Jika anda rasa menyusukan dan hamil adalah amat berat untuk diri anda dan bercerai susu adalah penyelesaiannya, janganlah rasa bersalah mengenainya.  

Satu perkara yang perlu anda perhatikan jika menyusukan si manja ketika anda hamil ialah pengurangan dalam penghasilan susu. Pada mulanya, anda perlu perhatikan pengeluaran susu anda dan seterusnya berat si manja anda - untuk memastikan jika anda masih menghasilkan susu yang mencukupi atau perlu ditambah dengan susu formula. Jika si manja anda telah mula makan, ia mungkin tidak menjadi isu. Untuk menghasilkan kuantiti susu yang berkekalan tidaklah susah selagi anda pastikan anda mendapatkan kalori tambahan. Dapatkan jumlah kalori tambahan sebanyak 500 ke 800 (300 untuk anak yang dikandung dan 200 ke 500 untuk penghasilan susu), empat hidangan protein dan enam hidangan kalsium setiap hari. Dan jangan lupa untuk minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

Untuk lebih keyakinan, dapatkan nasihat daripada pakar penyusuan anda dan pakar kanak-kanak sepanjang progres kehamilan anda.  


P/S: Dr. Halina (isteri angkasawan Negara) menyusukan anak pertama beliau semasa hamil anak kedua. Beliau menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil supplemen yang mencukupi untuk meneruskan usaha murni ini untuk kebaikan si manja, ibu dan bayi dalam kandungan.  

Monday, March 11, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 3

SIRI 1 di sini, SIRI 2 di sini

10. Apakah jangkitan yis? Adakah saya perlu terus menyusukan jika saya dijangkiti?
Yis adalah kulat (fungus) yang muncul secara semulajadi di membran mukus dan di kulit. Penggunaan antibiotik menggalakkan pertumbuhan yis dengan membunuh bakteria 'baik' yang biasanya menghalang yis daripada membiak dengan terlalu cepat. Semasa hamil, jangkitan yis adalah biasa kerana tahap estrogen yang tinggi membawa kepada tahap gula yang tinggi, dan yis memakan gula. Jika anda atau bayi baru sahaja mengambil antibiotik, atau anda telah mengalami jangkitan yis di faraj  beberapa bulan sebelum ini (atau pada bila-bila masa semasa hamil), atau jika puting anda merekah, maka anda dan bayi adalah berisiko untuk mendapat jangkitan yis.

Simptom-simptom jangkitan yis pada bayi (juga dipanggil sebagai 'thrush') termasuklah bintik-bintik atau tompok-tompok putih berkrim di membran mukus di dalam mulut (gusi, pipi atau lidah).


Simptom-simptom pada ibu termasuklah rasa seperti sengatan atau sakit di permukaan puting atau boleh dirasai dari dalam payudara. Kesakitan selalunya berterusan sepanjang dan di antara penyusuan, terutamanya sebaik sahaja selepas penyusuan. Puting anda akan kelihatan bengkak, bersisik, berkelupas, atau  lepuh-lepuh (blisters) kecil. Ia juga mungkin gatal. Warnanya selalunya merah jambu gelap. Puting anda mungkin juga akan kelihatan normal tapi terasa sangat menyakitkan.

Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda boleh meneruskan penyusuan disamping mengamalkan:

a. Basuh tangan anda selalu (sebelum dan selepas penyusuan, selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menukar lampin bayi)
b. Menyusu kerap dalam jangkawaktu yang singkat. Mulakan penyusuan pada sebelah yang kurang sakit. Kebaskan puting dengan ais yang dibalut dengan kain sebelum mula menyusu.
c. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan/atau yis. (contohnya soda, roti, pastri dan lain-lain).
d. Dapatkan nasihat doktor untuk mengurangkan simptom.

11. Bagaimana saya dapat mengenalpasti jika bayi saya alah dengan makanan yang saya makan? Bagaimana saya dapat memantaunya?
Jika bayi menyusu secara eksklusif, dan belum mula mengambil makanan pejal, tetapi menunjukkan tanda alahan, ini mungkin disebabkan oleh makanan atau bahan (herba, suplemen) yang diambil oleh ibu, yang disalurkan melalui susu ibu. Cuba kurangkan sumber alahan dalam pemakanan ibu, bermula daripada sumber yang paling biasa hingga yang paling kurang. Sumber yang paling biasa ialah hasil tenusu seperti susu lembu, keju, mentega dan yogurt.    


Friday, March 8, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 2

Sambungan daripada SIRI 1 di sini

4. Semasa lekapan, saya rasa sangat sakit. Bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ini?
Sesi penyusuan sepatutnya merupakan satu pengalaman yang menenangkan kepada semua ibu dan bayi. Jika seorang ibu mengalami ketidakselesaan, ia mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Sebelum memasukkan payudara anda ke dalam mulut bayi, cuba sentuh bibirnya sedikit, untuk mencetuskan tindakbalasnya (refleks) seterusnya membuatkannya membuka mulutnya seluas-luasnya. Lebih banyak kawasan gelap di tisu payudara (areola) masuk ke dalam mulut bayi, lebih baik sesi penyusuan itu dirasai. Cuba dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melihat cara anda menyusukan. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih keyakinan untuk meneruskan penyusuan bagi tempoh yang lebih lama.

5. Bayi saya mula untuk tumbuh gigi dan air liurnya mengjengkelkan, kadang-kadang bayi saya menggigit puting.
Secara amnya, bayi akan mula untuk tumbuh gigi sekitar 6 bulan. Waktu ini juga merupakan waktu di mana bayi mudah terganggu dengan keadaan persekitrannya. Kadangkala, gangguan ketika sesi penyusuan mungkin akan menyebabkan bayi menyentap keluar puting ibu daripada mulutnya. Ini akan menyebabkan kesakitan kepada puting ibu. Dengan lekapan yang baik walau bayi sudah mempunyai gigi, tidak akan menyebabkan ibu merasa tidak menyenangkan ketika penyusuan. Juga cuba elakkan gangguan ketika menyusu (contohnya bunyi tv yang kuat).

6. Saya sudah menyusukan anak saya selama berbulan-bulan, adakah penghasilan susu akan terhenti jika saya ingin berhenti seketika selama 2 minggu?
Ya, bekalan susu akan mula berkurangan jika ibu mengurangkan kekerapan rangsangan (stimulasi) dan pengosongan payudara. Jika ibu berada jauh daripada bayi untuk beberapa ketika, sangat penting untuk ibu terus mengosongkan payudara sekerapnya untuk memastikan bekalan susu dikekalkan.

7. Saya mempunyai bayi kembar. Bagaimana caranya saya perlu menyusukan mereka dan memastikan mereka mendapat susu yang secukupnya?
Untuk bayi kembar, ada antara ibu yang memilih untuk menyusukan kedua-dua bayi serentak. Cara pegangan 'football' mungkin membantu untuk sesi penyusuan serentak. Tidak perlu bimbang tentang adakah kembar anda mendapat susu yang secukupnya selagi mereka disusukan bila diperlukan (on demand).



8. Bolehkah saya meneruskan untuk menyusukan bayi saya jika saya sakit (demam atau selesema)?
Ya, selalunya ibu-ibu disarankan untuk meneruskan penyusuan walaupun ketika sakit. Sementara ibu menghidapi demam atau selesema, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit itu. Antibodi tersebut akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diberi supaya bayi anda akan dilindungi.  Walau bagaimanapun, jika ibu terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri, anda boleh meneruskan penyusuan sebaik sahaja anda pulih daripada kesakitan tersebut.

9. Jika saya sedang berpantang dan mengambil makanan campuran herba, adakah ia akan memberi kesan kepada bayi saya?
Secara amnya, ibu boleh makan apa sahaja makanan atau herba yang anda mahu. Tetapi, sesetengah herba atau makanan mungkin akan menyebabkan kontraindikasi terhadap penyusuan. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan memakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada apa-apa tindak balas berlaku, anda bolehlah meneruskan untuk mengambil makanan tersebut.



Nantikan SIRI 3 esok pula ya.

Thursday, March 7, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 1



Kebaikan dan manfaat susu ibu kepada anak kita memanglah tak boleh dipertikaikan lagi...kalau disenaraikan, tak akan habis! Penyusuan susu ibu adalah satu proses semulajadi yang memerlukan latihan dan kesabaran. Jangan mudah putus asa untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Di sini saya kongsikan beberapa FAQ (frequently asked questions) mengenai penyusuan susu ibu melalui pengalaman Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Konsultan Laktasi daripada susuibu.com.

1. Bayi saya seperti ingin disusui pada setiap masa. Adakah ini normal?
Penyusuan susu ibu adalah sepatutnya bila diperlukan oleh bayi (on demand). Adalah normal bagi bayi menyusu dalam lingkungan 8 ke 12 kali dalam masa 24 jam. Pada awal kelahirannya, seorang bayi akan menyusu dengan lebih kerap, kerana dia sedang mengasah kemahiran penyusuannya, disamping mendapatkan keselesaan dan keyakinan daripada ibunya selepas baru dilahirkan ke dunia yang serba baharu baginya ini. Kadangkala kerana proses pembelajaran ini, seorang ibu mempunyai salah tanggapan bahawa sesi penyusuan memakan masa yang lama atau hampir setiap masa.

2. Saya tidak menghasilkan susu yang mencukupi. Apakah kemungkinan masalahnya?
Penghasilan susu yang kurang mungkin berpunca daripada pelbagai sebab. Selalunya, punca utamanya ialah payudara ibu tidak mendapat rangsangan yang cukup dalam usaha untuk ia bersedia menghasilkan jumlah susu yang diperlukan. Oleh itu, amat penting untuk ibu membiarkan bayi menyusu (suckle) dengan kerap dan berterusan pada awal kelahirannya supaya rangsangan yang mencukupi dapat diperolehi seterusnya payudara ibu dapat menghasilkan susu yang cukup. Sebaik sahaja bekalan susu yang dihasilkan mencapai tahap optimum, ia perlu dikosongkan daripada payudara secara efektif (sekosong-kosong yang boleh) kerana kegagalan melakukannya akan menyebabkan isyarat dihantar ke otak ibu supaya menghalang penghasilan susu yang seterusnya.

Tetapi ada juga beberapa kes ibu-ibu yang mengalami masalah lain yang perlu diambil perhatian. Anda perlu menghubungi kaunselor laktasi berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat dan bantuan serta mengenalpasti masalah anda.

Antaranya anda boleh menghubungi:

a. Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM)
b. susuibu.com

3. Bayi saya tidur sewaktu menyusu. Adakah ini normal?
Kebanyakan bayi yang puas akan tertidur selepas tamat sesi penyusuannya. Ini disebabkan oleh hormon oksitoksin yang mengalir daripada ibu kepada susu ibu. Antara fungsinya ialah supaya ibu dan bayi 'relax' dan mendapat rehat yang lebih baik.


4. Puting payudara saya sakit dan merekah. Bagaimana untuk menyembuhkannnya dan meneruskan penyusuan?
Puting sakit dan merekah biasa berlaku kerana lekapan yang tidak betul. Sangat penting untuk membetulkan kedudukan bayi ketika menyusu untuk memperbaiki keadaan ini. Sementara itu, untuk memulihkan puting yang sakit, sapukan susu ibu sendiri ke atasnya setiap kali selepas penyusuan. Biarkan ia kering sebelum memakai coli. Jika perlu, sapukan krim puting.




















Kredit gambar theleakyboob.com


Kita sambung ke SIRI 2 pada esok hari.

Tuesday, February 26, 2013

Testimonial set penyusuan susu ibu

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari produk yang boleh membantu menambah susu badan atau kurang yakin dengan keberkesanan produk ini dalam membantu masalah kurang susu ibu-ibu, mari kita baca testimoni-testimoni daripada ibu-ibu yang telah mendapatkan dan mencuba produk daripada set penyusuan susu ibu daripada Shaklee.






Testimonial 1:

Testimonial 2:

Testimonial 3:

Testimonial 4:

Testimonial 5:

Testimonial 6:

Ibu-ibu, belum cuba, belum tahu. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Friday, February 22, 2013

Makanan organik jamin kualiti susu


Betty Kamen, pakar pemakanan ada menyebut, “Take food as close to their natural state as possible”. Jadi, teliti apa yang anda makan! Ketahuilah, makanan organik berperanan besar dalam menghasilkan susu berkualiti untuk si manja selain membantu meningkatkan taraf kesihatan anda.

Memandangkan terlalu banyak pilihan makanan yang ada ditambah pula dengan kesibukan kerja, anda terleka dan seterusnya tidak peka dalam memilih makanan terbaik untuk diri dan keluarga. Ini terutamanya untuk si manja yang menerima khasiat susu ibu. Ketahuilah, anda seharusnya lebih berhati-hati dan perlu memilih makanan yang bersih dan tidak tercemar oleh racun serangga dan sebagainya.

Masa kini, masyarakat mula menyedari manfaat pemakanan organik. Jadi, mengapa harus anda berlengah lagi? Belum terlambat untuk anda memulakannya dari saat ini! Bukan diri anda sahaja yang akan memperoleh manfaat kebaikan pemakanan organik. Paling penting bayi anda akan merasai tempiasnya.

Dengan memilih untuk bertukar selera kepada makanan yang dihasilkan tanpa penggunaan racun serangga, ia merupakan langkah awal bagi anda mengelakkan diri dan keluarga khususnya si manja daripada terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit yang semakin “ganas” menyerang masyarakat moden yang tidak kisah dengan kualiti dan asal-usul makanan yang diambil setiap hari.

Sebagai makluman, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik mengandungi anti-oksida pelawan kanser lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang melalui kaedah penanaman menggunakan racun serangga. Buktinya, terdapat kajian yang mengesahkan racun serangga dan racun rumpai menghalang penghasilan bahan kimia yang bertindak sebagai pertahanan semula jadi tumbuh-tumbuhan. Sedangkan, bahan kimia itu sangat berguna untuk kesihatan manusia yang bakal memakannya.

Lebih daripada itu, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mengandungi lebih banyak vitamin. Malangnya, melalui kaedah penanaman biasa, khasiat makanan tersebut berkurangan akibat penggunaan racun serangga, rumpai, kulat dan lain-lain. Sebahagian daripada sebabnya ialah baja yang digunakan menggalakkan tumbuh-tumbuhan membesar dengan cepat dan mengandungi banyak air. Dalam pada itu, US Environment Protection Agency (EPA) menganggarkan 60% racun rumpai, 90% racun kulat dan 30% racun serangga yang digunakan pada masa kini berpotensi besar menyebabkan kanser.

Jadi, dengan memilih makanan organik, ia dapat memastikan anda “memindahkan” bahan-bahan semula jadi dan sihat kepada bayi melalui susu ibu. Oleh sebab itu, gaya pemakanan anda penting dalam melindungi bayi daripada “gangguan” bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu. Anda sebenarnya boleh mengelak sesetengah (bukan semua) bahan kimia dengan meneliti apa yang anda makan.

Walaupun masalah pencemaran alam dan makanan berterusan, penyusuan susu ibu tetap pilihan terbaik jika dibandingkan dengan memberi bayi anda susu formula. Bagi mengurangkan masalah kesihatan, anda seharusnya:

1. Tidak merokok atau berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok di kawasan sekeliling anda.
2. Elak minuman beralkohol.
3. Hindari penggunaan racun serangga di rumah, laman atau sewaktu mengendalikan haiwan peliharaan.
4. Jauhi pendedahan kepada bahan-bahan seperti cat, gam bukan berasaskan air, asap petrol, minyak wangi dan pengilat kuku.
5. Elakkan pakaian yang perlu dicuci kering.
6. Makan makanan seimbang yang rendah lemak haiwan dan tinggi lemak produk tenusu.
7. Jika mampu, amalkan makanan yang ditanam secara organik.
8. Hindari makanan yang mengandungi tahap merkuri tinggi seperti tuna.

Penyerapan toksin amat mudah sekali melanda generasi muda. Memandangkan sistem nyah toksin bayi masih belum matang, jadi andalah yang sepatutnya memainkan peranan. Anda adalah tunggak utama pertahanan kesihatan bayi. Jadi, anda perlu mula mengamalkan pemakanan semula jadi!

INFO: Pencemaran dikumuhkan lebih perlahan di dalam susu ibu berbanding di dalam darah.

Sumber: Majalah Pa&Ma

Keistimewaan Shaklee


SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Wednesday, January 9, 2013

Set menyusu

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Produk yang disarankan di dalam set ini ialah:

1. Energising Soy Protein
Fungsi: menambah dan mengekalkan milk supply; menambah berat badan bayi secara sihat. ESP juga membantu menganjalkan bentuk payudara wanita terutama yang menyusukan anaknya. Semua ibu yang telah mencuba ESP mengakui kebenarannya. Payudara mudah rasa berat jika bayi lambat menyusu atau sesi perahan tertunda. Selain itu payudara tidak mudah lembik atau hilang keanjalan. Namun pengambilan yang konsisten membantu mendapatkan hasil yang terbaik.

2. Vita-Lea
Fungsi: sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

3. B-Complex
Fungsi: sebagai anti stress (penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu supaya sentiasa berfikiran positif. Bila kurangnya stress dan ibu ceria, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.  
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
4. Ostematrix
Fungsi: mengatasi masalah sembelit, memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur, mengekalkan tekanan darah normal, mengelakkan kemurungan, mengatasi masalah "water retention", mengatasi masalah pra-haid, mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang, membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi, mengatasi masalah pereputan tulang, memastikan tulang padat bagi mengampu tubuh yang berat (jika ada masalah berat berlebihan).

5. Alfalfa Complex
Fungsi: sebagai milk booster, membantu mempercepatkan penghasilan susu.

6. Vitamin C
Fungsi: sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. Bagi ibu-ibu yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insyaAllah akan mudah sembuh. Satu lagi kesannya kulit makin bersih, cerah dan cantik. Membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

Nota: Set ini adalah saranan sahaja, anda boleh pilih supplemen yang mana yang anda mahu ambil berdasarkan kepada fungsi masing-masing.


Testimoni:


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Monday, December 31, 2012

Set mengandung trimester kedua dan ketiga

Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Produk yang disarankan di dalam set ini ialah:

1. B-Complex
Fungsi: Memberi tenaga. Suplemen ini lengkap dengan Acid Folic. Vitamin B6 dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness. Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antobodi.

2. Ostematrix

Fungsi: Sebagai sumber kalsium, memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas seterusnya membolehkan ibu mengandung mendapat tidur yang aman dan cukup.

3. Vita-C
Fungsi: Sumber kolagen untuk kulit, merawat selsema ringan, merawat gusi bengkak sepanjang mengandung.

4. Vita-Lea

Fungsi: Pelengkap nutrisi harian ibu. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Membantu membentuk hemaglobin dan mengelakkan keletihan.

5. OmegaGuard

Fungsi:  Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. Mengandungi DHA yang merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.  

Testimoni:


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

Tuesday, September 11, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...