Tuesday, March 26, 2013

Menyusukan anak ketika hamil. Boleh atau tidak?

Jawapan oleh Heidi Eisenberg Murkoff, pengarang buku bersiri kehamilan dan keibubapaan yang terkenal dan 'best selling', What to Expect.



Soalan: "Saya baru mendapat tahu bahawa saya hamil lapan minggu bayi kedua. Tetapi saya masih menyusukan bayi pertama saya. Adakah ia OK untuk meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan saya, atau adakah saya perlu bercerai susu (weaning)? Jika saya teruskan, adakah keperluan nutrisi salah seorang bayi saya akan terganggu atau berisiko?




Jawapan: Jika anda bimbang anda perlu memberhentikan penyusuan si manja, tak usah risau. Selagi anda merasakan mahu menyusukan si manja, teruskan! walaupun anda sedang hamil anak kedua.

Tetapi anda perlu ingat bahawa menyusukan anak ketika hamil tidaklah semudah itu. Satu perkara yang anda semestinya masih ingat, semasa hamil (terutamanya semasa trimester pertama dan ketiga), adalah waktu yang sukar. Tambahan pula dengan penghasilan susu dan tahap tenaga anda, mungkin anda akan keletihan. Puting anda juga akan lebih sensitif di awal kehamilan dan menyusukan si manja yang kelaparan mungkin akan menyebabkan puting anda berasa sakit. Selain itu, penyusuan akan merangsang hormon oksitoksin (hormon yang menyebabkan rasa untuk bersalin - contraction), jadi jangan terkejut jika anda merasa Braxton Hicks yang lebih kuat daripada kebiasaannya di akhir-akhir kehamilan nanti. Jika anda rasa menyusukan dan hamil adalah amat berat untuk diri anda dan bercerai susu adalah penyelesaiannya, janganlah rasa bersalah mengenainya.  

Satu perkara yang perlu anda perhatikan jika menyusukan si manja ketika anda hamil ialah pengurangan dalam penghasilan susu. Pada mulanya, anda perlu perhatikan pengeluaran susu anda dan seterusnya berat si manja anda - untuk memastikan jika anda masih menghasilkan susu yang mencukupi atau perlu ditambah dengan susu formula. Jika si manja anda telah mula makan, ia mungkin tidak menjadi isu. Untuk menghasilkan kuantiti susu yang berkekalan tidaklah susah selagi anda pastikan anda mendapatkan kalori tambahan. Dapatkan jumlah kalori tambahan sebanyak 500 ke 800 (300 untuk anak yang dikandung dan 200 ke 500 untuk penghasilan susu), empat hidangan protein dan enam hidangan kalsium setiap hari. Dan jangan lupa untuk minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

Untuk lebih keyakinan, dapatkan nasihat daripada pakar penyusuan anda dan pakar kanak-kanak sepanjang progres kehamilan anda.  


P/S: Dr. Halina (isteri angkasawan Negara) menyusukan anak pertama beliau semasa hamil anak kedua. Beliau menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil supplemen yang mencukupi untuk meneruskan usaha murni ini untuk kebaikan si manja, ibu dan bayi dalam kandungan.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...