Friday, March 22, 2013

Resdung dan penawarnya


Sakit di dahi atau di antara mata? Sakit di bahagian atas gigi ? Rasa berat pada bahagian muka? Hidung tersumbat dan sesak?

Salah satu sebab yang paling biasa untuk anda berjumpa doktor jika merasai simptom-simptom di atas ini ialah kerana masalah resdung (sinusitis) dan gejala resdung yang berkaitan.

Resdung adalah salah satu penyakit yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat kita. Ada kawan saya yang mengatakan resdung itu adalah singkatan daripada 'resah hidung'. Apa itu resdung? Macam mana nak mengurangkannya? Jom kita baca lanjut.


Sinusitis adalah ruang udara dalam tengkorak yang dipenuhi dengan membran mukus. Anda mempunyai empat set sinus hidung:

1. Sinus maxillary (sinus terbesar), di tulang pipi
2. Sinus frontal, di bahagian tengah bawah dahi
3. Sinus ethmoid, di antara mata, di antara jambatan hidung
4. Sinus sphenoid, di dalam tulang belakang rongga hidung

Resdung adalah umpama cap jari, semua orang adalah berbeza.

Apa itu resdung?
Kecil, mempunyai struktur seperti rambut dipanggil silia (diperbesarkan di sini) yang membantu lendir bergerak merentasi membran sinus dan ke arah keluar. Semua rongga sinus bersambung ke hidung supaya pertukaran bebas udara dan lendir dapat dilakukan. Jangkitan atau alahan membuatkan radang tisu sinus, merah dan membengkak. Itu dipanggil resdung.

Resdung biasanya bermula dengan keradangan yang dicetuskan oleh kesejukan, serangan alahan atau kerengsaan. Tetapi ia mungkin tidak berakhir di situ. Selsema, alahan, dan kerengsaan akan membuatkan tisu sinus membengkak.

Resdung menyebabkan banyak gejala. Kebanyakan orang mengalami hidung tersumbat dan sakit atau tekanan di beberapa lokasi di seluruh muka atau gigi. Biasanya juga akan ada lelehan cecair (seperti hingus) yang berwarna kuning, hijau, atau tidak berwarna. Gejala-gejala lain mungkin termasuk keletihan, kurang deria rasa atau bau, batuk, sakit tekak, nafas berbau, sakit kepala, sakit jika membongkok ke hadapan dan demam. Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Secara ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. "Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus," kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Bagaimana merawatnya?

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

  1. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  2. Ubat selesema
  3. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  4. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tips menguruskan resdung

  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
  • Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
  • Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  • Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Alternatif rawatan


Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya daripada Shaklee!.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA (Recommended Dietary Allowance, garis panduan pemakanan untuk pengambilan nutrien). Baca lanjut mengenai Vita-Lea di sini.




Salah seorang pelanggan saya mengalami resdung yang agak teruk sehinggakan setiap bulan beliau akan demam. Beliau mendapatkan nasihat doktor dan doktor tersebut menyarankan supaya beliau mencuba Vita-Lea daripada Shaklee.

Harap maaf kualiti gambar. Almaklumla, HP tak canggih. Hehe.

Jika anda sudah bosan dengan pelbagai alternatif yang anda pernah cuba, apa kata anda mencuba Vita-Lea daripada Shaklee. Mungkin ia dapat membantu anda.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149



1 comment:

  1. hp tak canggih...woo woo woo..nnt canggihkan ye...woo woo woo

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...