Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Makanan untuk subur dan selepas pembedahan




Maklumat ini dikongsi oleh Dr. Hamid Arshat, pakar bidan dan sakitpuan di FB beliau. 

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih, aiskrim, coklat dan lain-lain  Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buahan dan sayuran. Makan lebih buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain. Saya galakkan makan ulaman, sayuran bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang seleri dan 1/4 buah betik. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buahan atau segenggan campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu madu. Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

IKLAN: Multivitamin: Vitalea
              Vitamin E


Boleh hubungi saya melalui:

sms/Whatsapp/line: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

Thursday, March 7, 2013

Keperluan suplemen bagi ibu mengandung

Berikut ialah petikan status FB Dr. Hamid Arshat, Pakar Bidan dan Sakit Puan yang terkenal di Malaysia:

Kredit gambar: mamailoveu.blogspot.com

Wah, ini nasihat daripada seorang pakar yang telah berkhidmat di dalam bidang ini selama 19 tahun di hospital kerajaan dan sekarang membuka klinik beliau sendiri di Damansara (klinikdrhamidarshat.blogspot.com).

Jadi, ibu-ibu hamil di luar sana, jangan ragu-ragu dan risau bilamana ada antara nasihat-nasihat daripada kawan-kawan atau saudara-mara yang mengatakan kalau makan obimin, anak yang keluar akan besar. Ada sebab mengapa doktor memberikan suplemen-suplemen tersebut kepada kita.

Suplemen daripada Shaklee adalah suplemen yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang bebas daripada bahan-bahan sintetik (boleh rujuk di sini).

Ibu-ibu, mari dapatkan:

Vita-lea (Multivitamin) - mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayuran dan buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting, baca lanjut di sini

Ostematrix - diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron, baca lanjut di sini

B-Complex - merupakan asik folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti, baca lanjut di sini

OmegaGuard - merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi, baca lanjut di sini


Mari dapatkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita dan juga anak yang dikandung sekarang. Jika kita boleh menyediakan keperluan fizikal kepada anak kita, mengapa tidak untuk kesihatan mereka seterusnya untuk kesihatan dan kecergasan diri kita juga.

Seperti yang disarankan oleh Dr. Hamid Arshat, suplemen-suplemen ini penting untuk ibu yang mengandung, seterusnya berpantang selepas melahirkan dan yang menyusukan malah untuk sepanjang hayat seorang wanita. Ayuh! Hubungi saya segera!



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149


Wednesday, February 20, 2013

Keajaiban kentut


Kentut dianggap hina, kurang sopan, tapi bermanfaat besar bagi manusia.

Hidrogen sulfida, adalah salah satu gas penyebab bau kentut, ternyata bermanfaat. Selain sebagai anti-pembengkakan, gas ini turut mengatur tekanan darah.

Kadang-kadang, kemunculannya dianggap memalukan. Kebanyakan orang menganggap tak sopan bila mengeluarkannya sembarangan. Bila ia terlanjur keluar, tak jarang orang berusaha menahan dan menyembunyikan.

Baunya khas seperti kotoran. Ada pula yang mengatakan mirip telur busuk bahkan ada pula macam bau sampah. Gas kentut, atau lebih tepat yang akan dibicarakan adalah gas hidrogen sulfida, sejak dulu memang dipandang sebelah mata.

Tak ramai yang memikirkan hikmah di sebalik ciptaanNya. Bahkan, di antara manusia ada yang berpaling setelah diperlihatkan tanda kekuasaan Allah.

Oleh yang demikian, Allah telah mengingatkan manusia agar tidak berpaling dari tanda kekuasaanNya, walaupun berbau dan dianggap hina seperti hidrogen sulfida.

“Dan banyak sekali tanda-tanda (kekuasaan Allah) di langit dan di bumi yang mereka melaluinya, sedang mereka berpaling daripadanya.” (QS. Yusuf [12]:105)

Hidrogen sulfida dan kehidupan

Hidrogen sulfida merupakan gas alami yang sering dijumpai manusia. Di alam bebas, gas dengan rumus kimia H2S ini dihasilkan oleh longgokan sampah dan gunung berapi. Tak hanya berbau busuk, gas tersebut juga berbahaya dan dapat menyebabkan keracunan jika dihirup dalam jumlah tertentu.

Bagi manusia, gas ini juga tak asing didengar telinga. Di dalam tubuh, hidrogen sulfida secara alami dihasilkan oleh bakteria penghuni usus besar manusia. Gas tersebut adalah hasil sampingan pembusukan makanan yang dicerna. Seperti gas lain yang dihasilkan tubuh, ketidakseimbangan penghasilan H2S menimbulkan pelbagai penyakit.

Kita tak pernah terfikir untuk mengetahui hikmah di sebalik kentut. Sebagaimana hasil penelitian yang akan dipaparkan, gas tersebut ternyata bermanfaat bagi kesihatan.

Penelitian gas kentut

Berdasarkan penelitian, ada beberapa kegunaan H2S di dalam tubuh. Di antaranya, gas tersebut berperanan dalam mengatur tekanan darah dan mencegah terjadinya pembengkakan (anti-pembengkakan/ anti-inflamasi). Para peneliti dari Peninsula Medical School dan Kings College di London telah berjaya mengetahui mekanisma peranan gas H2S dalam pengaturan tekanan darah. Gas tersebut bekerja dengan melonggarkan jaringan pembuluh darah serta meningkatkan kelenturan pembuluh vena dan arteri. Akibatnya, peredaran darah dalam tubuh lebih lancar.

Hasil penelitian juga mendapati perkaitan fungsi H2S dengan gas-gas lainnya, seperti oksida nitrat (NO), dopamin, dan asetilkolin. Gas-gas tersebut sangat berperanan dalam penyampaian isyarat antara sel saraf serta dapat meningkatkan atau mengurangkan aktiviti berfikir di otak. Penemuan ini dapat menjadi inspirasi kepada penghasilan ubatan yang dapat berfungsi dengan lebih tepat kepada permasalahan di dalam tubuh manusia di samping mengurangkan kesan sampingan ubat kepada tubuh manusia.

“Sekarang kita tahu peranan hidrogen sulfida dalam pengaturan tekanan darah. Adalah mungkin untuk merancang terapi ubat yang meningkatkan pembentukan [pengaturan tekanan darah] itu sebagai alternatif cara menangani tekanan darah tinggi yang ada pada masa ini,” kata Solomon H. Snyder, MD dari John Hopkins Medical Institutions.

Selain berperanan dalam pengaturan tekanan darah, gas hidrogen sulfida juga terbukti efektif sebagai ubat anti pembengkakan (anti-inflamamation). Perkara ini merupakan penemuan terbaharu penyelidik daripada Peninsula Medical School. Mereka juga menemui bahawa H2S juga berperanan tak hanya dalam sistem jantung-pembuluh darah, tetapi juga peranannya dalam pelemahan saraf, diabetes, serta perananya dalam kesihatan.

Dianggap hina, tapi berguna

Demikianlah Allah menciptakan sesuatu dengan rancangan dan fungsi yang tepat. Tak satu pun di dunia ini yang Dia ciptakan tanpa manfaat. Bahkan, barang yang dianggap hina seperti gas kentut, ternyata membawa kebaikan.

Bayangkan, jika tak ada hidrogen sulfida dalam tubuh. Boleh jadi sistem peredaran darah tidak akan sebaik sebagaimana seharusnya. Proses anti pembengkakan juga tidak akan terjadi sesempurna sekarang, serta berkemungkinaan membawa masalah kesihatan.

Oleh kerana tidak ada kesia-siaan dalam ciptaan Allah mana pun, termasuk seremeh gas kentut, maka seharusnya manusia berupaya memikirkan penciptaan Allah ini. Hal ini senada dengan firman Allah dalam Al-Quran yang menjelaskan ciri orang berakal: “(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imran [3]:191)


Dari mana asal kentut?

Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

Apa komposisi kentut?

Macam-macam. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Perkadaran gas masing-masing bergantung kepada apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar perkadaran nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen. (Makanya jangan suka menahan kentut!)

Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida dan mercaptan. Kedua gabungan ini mengandungi sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida dan mercaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut serta makin busuklah kentut anda. Telur dan daging punya peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kekacang berperanan dalam menghasilkan kelantangan kentut, bukan dalam kebusukannya.

Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya getaran lubang anus bila kentut terhasil. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas (dan diameter lubang anus, haha)

Kenapa kentut yang busuk itu hangat dan tidak bersuara?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan haba panas, hasil sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat dan penuh dengan produk metabolisma bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil bunyinya, tapi SBD (Silent But Deadly).

Kredit: Ustaz Mohd Izhar Ariff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...