Tuesday, September 17, 2013

Makanan untuk subur dan selepas pembedahan




Maklumat ini dikongsi oleh Dr. Hamid Arshat, pakar bidan dan sakitpuan di FB beliau. 

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunti untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir, baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih, aiskrim, coklat dan lain-lain  Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buahan dan sayuran. Makan lebih buahan tempatan seperti betik, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain. Saya galakkan makan ulaman, sayuran bayam, bendi, terung, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 lobak merah, 2 batang seleri dan 1/4 buah betik. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus, lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buahan atau segenggan campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu madu. Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

IKLAN: Multivitamin: Vitalea
              Vitamin E


Boleh hubungi saya melalui:

sms/Whatsapp/line: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...