Showing posts with label anak kita. Show all posts
Showing posts with label anak kita. Show all posts
Tuesday, August 6, 2013
Monday, August 5, 2013
Pemakanan seimbang untuk kanak-kanak 1-6 tahun
Dipetik daripada poster keluaran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Risaukan tentang tabiat pemakanan anak anda? Jom kita baca panduan daripada JKWPKL&P ini.
Risaukan tentang tabiat pemakanan anak anda? Jom kita baca panduan daripada JKWPKL&P ini.
Bersambung pada entri esok...
Thursday, May 30, 2013
Penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan pengambilan vaksinisasi
Entri ini adalah sambungan daripada entri ini: Jadual imunisasi bayi Malaysia
1. Tuberculosis (TB)
Tibi atau batuk kering adalah penyakit yang berjangkit melalui udara apabila kita batuk, bersin atau bernafas. Apabila TB menjangkiti paru-paru, keadaan ini dipanggil pulmonary tuberculosis. Tibi juga boleh menjejaskan tulang dan meninges (tiga lapisan selaput yg membaluti otak dan saraf tunjang). Tanpa rawatan, orang yang mempunyai tibi boleh kehilangan nyawa disebabkan oleh komplikasi.
X-ray dada yang menunjukkan jangkitan tibi pada kedua-dua peparu. Jangkitan ditanda dengan anak panah putih dan pembentukan kaviti ditanda dengan anak panah hitam.

2. Hepatitis B
Ia adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Virus ini merebak melalui sentuhan darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing dan air mani. Komplikasi jangka panjang Hepatitis B ialah akan menyebabkan kerosakan hati yang akan membawa kepada kanser hati.
3. Diptheria
Difteria menjejaskan bahagian atas sistem pernafasan yang disebabkan oleh bakteria yang merebak melalui batuk atau bersin. Difteria boleh menghasilkan toksin yang akan menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan jantung atau kelumpuhan. Dalam kes yang jarang-jarang berlaku, penyakit ini boleh membawa maut. DTP adalah kombinasi vaksin yang melindungi bayi daripada tiga penyakit - difteria, tetanus dan pertussis.
Difteria menyebabkan ciri-ciri tengkuk bengkak, kadang-kala digelar “tengkuk lembu”
4. Tetanus (kancing gigi)
Kancing gigi disebabkan oleh bakteria apabila ia memasuki tubuh melalui luka yang dalam, gigitan haiwan, telinga, jangkitan gigi atau tali pusat dan luka-luka kecil. Tetanus dikenali sebagai kancing gigi (sawan mulut) kerana rahang akan terkunci bersama-sama kerana ia menjejaskan otot yang bersambung ke tulang-tulang. Kemungkinan terdapat kekejangan otot yang menyakitkan seluruh badan dan ini memerlukan rawatan di hospital. Tetanus yang tidak dirawat akan menyebabkan kematian dalam nisbah 1:3 kes.
5. Pertussis
Penyakit ini dicirikan oleh serangan batuk yang berlanjutan sehingga boleh menyebabkan kekurangan oksigen darah. Pertusis mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Ada empat lagi penyakit berbahaya yang boleh dielakkan jika kita mengambil imunisasi untuk anak-anak kita. Nantikan entri seterusnya esok.
Wednesday, May 29, 2013
Jadual imunisasi bayi Malaysia
Artikel daripada BabyBook edisi 2010 dan Kementerian Kesihatan Malaysia
Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Vaksin membantu menghasilkan imuniti kepada bayi terhadap penyakit-penyakit tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.
Ada beberapa vaksin yang diwajibkan diberi kepada bayi oleh Kementerian Kesihatan, tetapi, sebagai ibubapa, kita perlu juga mengambilkira beberapa vaksin tambahan lain untuk bayi iaitu:
Entri seterusnya ialah mengenai jangkitan kuman yang boleh dielakkan dengan vaksinisasi.
Monday, March 11, 2013
Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 3
SIRI 1 di sini, SIRI 2 di sini
10. Apakah jangkitan yis? Adakah saya perlu terus menyusukan jika saya dijangkiti?
Yis adalah kulat (fungus) yang muncul secara semulajadi di membran mukus dan di kulit. Penggunaan antibiotik menggalakkan pertumbuhan yis dengan membunuh bakteria 'baik' yang biasanya menghalang yis daripada membiak dengan terlalu cepat. Semasa hamil, jangkitan yis adalah biasa kerana tahap estrogen yang tinggi membawa kepada tahap gula yang tinggi, dan yis memakan gula. Jika anda atau bayi baru sahaja mengambil antibiotik, atau anda telah mengalami jangkitan yis di faraj beberapa bulan sebelum ini (atau pada bila-bila masa semasa hamil), atau jika puting anda merekah, maka anda dan bayi adalah berisiko untuk mendapat jangkitan yis.
Simptom-simptom jangkitan yis pada bayi (juga dipanggil sebagai 'thrush') termasuklah bintik-bintik atau tompok-tompok putih berkrim di membran mukus di dalam mulut (gusi, pipi atau lidah).
Simptom-simptom pada ibu termasuklah rasa seperti sengatan atau sakit di permukaan puting atau boleh dirasai dari dalam payudara. Kesakitan selalunya berterusan sepanjang dan di antara penyusuan, terutamanya sebaik sahaja selepas penyusuan. Puting anda akan kelihatan bengkak, bersisik, berkelupas, atau lepuh-lepuh (blisters) kecil. Ia juga mungkin gatal. Warnanya selalunya merah jambu gelap. Puting anda mungkin juga akan kelihatan normal tapi terasa sangat menyakitkan.
Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda boleh meneruskan penyusuan disamping mengamalkan:
a. Basuh tangan anda selalu (sebelum dan selepas penyusuan, selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menukar lampin bayi)
b. Menyusu kerap dalam jangkawaktu yang singkat. Mulakan penyusuan pada sebelah yang kurang sakit. Kebaskan puting dengan ais yang dibalut dengan kain sebelum mula menyusu.
c. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan/atau yis. (contohnya soda, roti, pastri dan lain-lain).
d. Dapatkan nasihat doktor untuk mengurangkan simptom.
11. Bagaimana saya dapat mengenalpasti jika bayi saya alah dengan makanan yang saya makan? Bagaimana saya dapat memantaunya?
Jika bayi menyusu secara eksklusif, dan belum mula mengambil makanan pejal, tetapi menunjukkan tanda alahan, ini mungkin disebabkan oleh makanan atau bahan (herba, suplemen) yang diambil oleh ibu, yang disalurkan melalui susu ibu. Cuba kurangkan sumber alahan dalam pemakanan ibu, bermula daripada sumber yang paling biasa hingga yang paling kurang. Sumber yang paling biasa ialah hasil tenusu seperti susu lembu, keju, mentega dan yogurt.
10. Apakah jangkitan yis? Adakah saya perlu terus menyusukan jika saya dijangkiti?Yis adalah kulat (fungus) yang muncul secara semulajadi di membran mukus dan di kulit. Penggunaan antibiotik menggalakkan pertumbuhan yis dengan membunuh bakteria 'baik' yang biasanya menghalang yis daripada membiak dengan terlalu cepat. Semasa hamil, jangkitan yis adalah biasa kerana tahap estrogen yang tinggi membawa kepada tahap gula yang tinggi, dan yis memakan gula. Jika anda atau bayi baru sahaja mengambil antibiotik, atau anda telah mengalami jangkitan yis di faraj beberapa bulan sebelum ini (atau pada bila-bila masa semasa hamil), atau jika puting anda merekah, maka anda dan bayi adalah berisiko untuk mendapat jangkitan yis.
Simptom-simptom jangkitan yis pada bayi (juga dipanggil sebagai 'thrush') termasuklah bintik-bintik atau tompok-tompok putih berkrim di membran mukus di dalam mulut (gusi, pipi atau lidah).
Simptom-simptom pada ibu termasuklah rasa seperti sengatan atau sakit di permukaan puting atau boleh dirasai dari dalam payudara. Kesakitan selalunya berterusan sepanjang dan di antara penyusuan, terutamanya sebaik sahaja selepas penyusuan. Puting anda akan kelihatan bengkak, bersisik, berkelupas, atau lepuh-lepuh (blisters) kecil. Ia juga mungkin gatal. Warnanya selalunya merah jambu gelap. Puting anda mungkin juga akan kelihatan normal tapi terasa sangat menyakitkan.
Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda boleh meneruskan penyusuan disamping mengamalkan:
a. Basuh tangan anda selalu (sebelum dan selepas penyusuan, selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menukar lampin bayi)
b. Menyusu kerap dalam jangkawaktu yang singkat. Mulakan penyusuan pada sebelah yang kurang sakit. Kebaskan puting dengan ais yang dibalut dengan kain sebelum mula menyusu.
c. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan/atau yis. (contohnya soda, roti, pastri dan lain-lain).
d. Dapatkan nasihat doktor untuk mengurangkan simptom.
11. Bagaimana saya dapat mengenalpasti jika bayi saya alah dengan makanan yang saya makan? Bagaimana saya dapat memantaunya?
Jika bayi menyusu secara eksklusif, dan belum mula mengambil makanan pejal, tetapi menunjukkan tanda alahan, ini mungkin disebabkan oleh makanan atau bahan (herba, suplemen) yang diambil oleh ibu, yang disalurkan melalui susu ibu. Cuba kurangkan sumber alahan dalam pemakanan ibu, bermula daripada sumber yang paling biasa hingga yang paling kurang. Sumber yang paling biasa ialah hasil tenusu seperti susu lembu, keju, mentega dan yogurt.
Friday, March 8, 2013
Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 2
Sambungan daripada SIRI 1 di sini
4. Semasa lekapan, saya rasa sangat sakit. Bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ini?
Sesi penyusuan sepatutnya merupakan satu pengalaman yang menenangkan kepada semua ibu dan bayi. Jika seorang ibu mengalami ketidakselesaan, ia mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Sebelum memasukkan payudara anda ke dalam mulut bayi, cuba sentuh bibirnya sedikit, untuk mencetuskan tindakbalasnya (refleks) seterusnya membuatkannya membuka mulutnya seluas-luasnya. Lebih banyak kawasan gelap di tisu payudara (areola) masuk ke dalam mulut bayi, lebih baik sesi penyusuan itu dirasai. Cuba dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melihat cara anda menyusukan. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih keyakinan untuk meneruskan penyusuan bagi tempoh yang lebih lama.
5. Bayi saya mula untuk tumbuh gigi dan air liurnya mengjengkelkan, kadang-kadang bayi saya menggigit puting.
Secara amnya, bayi akan mula untuk tumbuh gigi sekitar 6 bulan. Waktu ini juga merupakan waktu di mana bayi mudah terganggu dengan keadaan persekitrannya. Kadangkala, gangguan ketika sesi penyusuan mungkin akan menyebabkan bayi menyentap keluar puting ibu daripada mulutnya. Ini akan menyebabkan kesakitan kepada puting ibu. Dengan lekapan yang baik walau bayi sudah mempunyai gigi, tidak akan menyebabkan ibu merasa tidak menyenangkan ketika penyusuan. Juga cuba elakkan gangguan ketika menyusu (contohnya bunyi tv yang kuat).
6. Saya sudah menyusukan anak saya selama berbulan-bulan, adakah penghasilan susu akan terhenti jika saya ingin berhenti seketika selama 2 minggu?
Ya, bekalan susu akan mula berkurangan jika ibu mengurangkan kekerapan rangsangan (stimulasi) dan pengosongan payudara. Jika ibu berada jauh daripada bayi untuk beberapa ketika, sangat penting untuk ibu terus mengosongkan payudara sekerapnya untuk memastikan bekalan susu dikekalkan.
7. Saya mempunyai bayi kembar. Bagaimana caranya saya perlu menyusukan mereka dan memastikan mereka mendapat susu yang secukupnya?
Untuk bayi kembar, ada antara ibu yang memilih untuk menyusukan kedua-dua bayi serentak. Cara pegangan 'football' mungkin membantu untuk sesi penyusuan serentak. Tidak perlu bimbang tentang adakah kembar anda mendapat susu yang secukupnya selagi mereka disusukan bila diperlukan (on demand).
8. Bolehkah saya meneruskan untuk menyusukan bayi saya jika saya sakit (demam atau selesema)?
Ya, selalunya ibu-ibu disarankan untuk meneruskan penyusuan walaupun ketika sakit. Sementara ibu menghidapi demam atau selesema, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit itu. Antibodi tersebut akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diberi supaya bayi anda akan dilindungi. Walau bagaimanapun, jika ibu terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri, anda boleh meneruskan penyusuan sebaik sahaja anda pulih daripada kesakitan tersebut.
9. Jika saya sedang berpantang dan mengambil makanan campuran herba, adakah ia akan memberi kesan kepada bayi saya?
Secara amnya, ibu boleh makan apa sahaja makanan atau herba yang anda mahu. Tetapi, sesetengah herba atau makanan mungkin akan menyebabkan kontraindikasi terhadap penyusuan. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan memakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada apa-apa tindak balas berlaku, anda bolehlah meneruskan untuk mengambil makanan tersebut.
Nantikan SIRI 3 esok pula ya.
4. Semasa lekapan, saya rasa sangat sakit. Bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ini?
Sesi penyusuan sepatutnya merupakan satu pengalaman yang menenangkan kepada semua ibu dan bayi. Jika seorang ibu mengalami ketidakselesaan, ia mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Sebelum memasukkan payudara anda ke dalam mulut bayi, cuba sentuh bibirnya sedikit, untuk mencetuskan tindakbalasnya (refleks) seterusnya membuatkannya membuka mulutnya seluas-luasnya. Lebih banyak kawasan gelap di tisu payudara (areola) masuk ke dalam mulut bayi, lebih baik sesi penyusuan itu dirasai. Cuba dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melihat cara anda menyusukan. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih keyakinan untuk meneruskan penyusuan bagi tempoh yang lebih lama.
5. Bayi saya mula untuk tumbuh gigi dan air liurnya mengjengkelkan, kadang-kadang bayi saya menggigit puting.
Secara amnya, bayi akan mula untuk tumbuh gigi sekitar 6 bulan. Waktu ini juga merupakan waktu di mana bayi mudah terganggu dengan keadaan persekitrannya. Kadangkala, gangguan ketika sesi penyusuan mungkin akan menyebabkan bayi menyentap keluar puting ibu daripada mulutnya. Ini akan menyebabkan kesakitan kepada puting ibu. Dengan lekapan yang baik walau bayi sudah mempunyai gigi, tidak akan menyebabkan ibu merasa tidak menyenangkan ketika penyusuan. Juga cuba elakkan gangguan ketika menyusu (contohnya bunyi tv yang kuat).
6. Saya sudah menyusukan anak saya selama berbulan-bulan, adakah penghasilan susu akan terhenti jika saya ingin berhenti seketika selama 2 minggu?
Ya, bekalan susu akan mula berkurangan jika ibu mengurangkan kekerapan rangsangan (stimulasi) dan pengosongan payudara. Jika ibu berada jauh daripada bayi untuk beberapa ketika, sangat penting untuk ibu terus mengosongkan payudara sekerapnya untuk memastikan bekalan susu dikekalkan.
7. Saya mempunyai bayi kembar. Bagaimana caranya saya perlu menyusukan mereka dan memastikan mereka mendapat susu yang secukupnya?Untuk bayi kembar, ada antara ibu yang memilih untuk menyusukan kedua-dua bayi serentak. Cara pegangan 'football' mungkin membantu untuk sesi penyusuan serentak. Tidak perlu bimbang tentang adakah kembar anda mendapat susu yang secukupnya selagi mereka disusukan bila diperlukan (on demand).
8. Bolehkah saya meneruskan untuk menyusukan bayi saya jika saya sakit (demam atau selesema)?
Ya, selalunya ibu-ibu disarankan untuk meneruskan penyusuan walaupun ketika sakit. Sementara ibu menghidapi demam atau selesema, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit itu. Antibodi tersebut akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diberi supaya bayi anda akan dilindungi. Walau bagaimanapun, jika ibu terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri, anda boleh meneruskan penyusuan sebaik sahaja anda pulih daripada kesakitan tersebut.
9. Jika saya sedang berpantang dan mengambil makanan campuran herba, adakah ia akan memberi kesan kepada bayi saya?
Secara amnya, ibu boleh makan apa sahaja makanan atau herba yang anda mahu. Tetapi, sesetengah herba atau makanan mungkin akan menyebabkan kontraindikasi terhadap penyusuan. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan memakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada apa-apa tindak balas berlaku, anda bolehlah meneruskan untuk mengambil makanan tersebut.
Nantikan SIRI 3 esok pula ya.
Thursday, February 28, 2013
Menangani anak memilih makan - picky eaters
Anak anda sering memalingkan muka apabila dihidangkan/disuakan makanan? Menolak tangan anda jauh-jauh? Lari daripada anda?
Kadangkala amat sukar untuk memberi anak kita makan apa yang sahaja terutamanya makanan yang sihat dan baik untuk perkembangannya. Kadangkala juga anak kita akan makan hidangan yang sama setiap hari untuk beberapa hari/minggu, tetapi tiba-tiba keesokannya, dia menolaknya!
Beberapa tips untuk menjadikan waktu makan sebagai waktu yang menggembirakan:
Dah cuba buat semua tips di atas? Tak berjaya juga? Hmmm...mungkin anda perlu cuba alternatif lain. Salah satu daripadanya ialah memberi anak anda vitamin untuk menambahkan selera makan.
Meal Shakes daripada Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa).
Manfaat utama Meal Shakes daripada Shaklee:
Testimoni:
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149
Kadangkala amat sukar untuk memberi anak kita makan apa yang sahaja terutamanya makanan yang sihat dan baik untuk perkembangannya. Kadangkala juga anak kita akan makan hidangan yang sama setiap hari untuk beberapa hari/minggu, tetapi tiba-tiba keesokannya, dia menolaknya!
Beberapa tips untuk menjadikan waktu makan sebagai waktu yang menggembirakan:
- Pastikan persekitaran tempat makan menenangkan. Ini membantu sikap positif dalam diri anak anda tentang makanan.
- Tawarkan anak anda kepelbagaian makanan dan berikan kuasa kepadanya untuk memilih makanan yang dia mahu makan. Asalkan pilihan makanan tersebut berkhasiat, biarkan anak anda membuat pilihannya sendiri. Dengan cara ini, anak akan menjadi sedikit berdikari dan dalam masa yang sama anda dapat memastikan pemakanannya adalah sihat dan betul.
- Jika anda menyuapnya dan dia makan tetapi beberapa suapan selepas itu dia menolaknya, jangan paksa makan. Biarkan anak anda menentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk berhenti makan.
- Hidangkan dalam kuantiti yang kecil.
- Sediakan makanan yang nampak menyelerakan. Kanak-kanak sukakan warna yang terang dan lebih gemar mencuba makanan yang nampak menarik.
Meal Shakes daripada Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya dan lactalbumin (bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa).
Manfaat utama Meal Shakes daripada Shaklee:
- Nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat penting.
- Membekal nutrisi kepada sel tubuh kerana kaya dengan protein yang tidak mengandungi laktosa, membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imunisasi - sangat membantu untuk anak-anak yang sering diserang demam dan selsema.
- Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
- Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yang lebih cantik.
- Kaya dengan serat larut yang membantu menyuingkirkan lemak berlebihan daripada usus dan perut.
- Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan, berperisa vanila
Testimoni:
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149
Wednesday, February 27, 2013
Nutrisi bagi ibu mengandung dan bayi dalam kandungan
Kehamilan adalah waktu bermakna dan pengambilan nutrien tambahan yang seimbang adalah penting untuk tumbesaran dan kesihatan anda dan bayi. Mengambil makanan yang sihat dan seimbang sepatutnya bermula awal sebelum anda mengandung. Ia membantu anda dan bayi memulakan perjalanan kehamilan dengan nutrien yang diperlukan. Apakah nutrien-nutrien tambahan itu? Mari kita semak.
Asid folik (Vitamin B9)
Kira-kira 1 dalam setiap 1000 kehamilan terjejas oleh kecacatan tiub neural (neural tube defects: NTDs) dengan kebanyakan kes berlaku tanpa sebarang insiden sebelumnya dalam sejarah peribadi atau keluarga. Ibu yang kekurangan folat berkemungkinan melahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat. Fetus juga berkemungkinan menghadapi risiko NTDs seperti spina bifida dan anencephaly (keadaan yang tidak mempunyai otak). Menurut garis panduan FAO/WHO (Food and Agriculture Organisation of the United Nations/World Health Organisation), wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil 0.4-0.8mg folat setiap hari. Wanita yang menghadapi NTDs dalam kehamilannya sebelum ini perlu mengambil 5mg folat setiap hari.
Pengambilan supplemen ini perlu bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.

Di mana folat?
Sayur berdaun yang berwarna hijau gelap, buah-buahan dan kekacang yang dikeringkan (dried legumes) adalah sumber folat yang baik.
Peningkatan keperluan folat
Beberapa masalah kesihatan seperti penyakit hati atau buah pinggang, penyalahgunaan alkohol, sawan dan pesakit anemia yang kurang-folat memerlukan pengambilan folat yang lebih tinggi. Ibu menyusu juga memerlukan pengambilan folat yang lebih tinggi iaitu 0.5mg setiap hari kerana folat hilang dalam susu yang diberi/susu yang diperah.
Terlebih folat?
Terlebih pengambilan folat didapati tidak memudaratkan kesihatan kerana folat adalah larut-air, oleh itu, apa-apa lebihan akan dikumuhkan melalui air kencing.
Kalsium
Seperti folat, kalsium perlu diambil sebelum kehamilan. Bagi kebanyakan dewasa, 1200mg kalsium diperlukan setiap hari untuk pembekuan darah yang normal, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, fungsi otot dan saraf serta perkembangan rangka janin bayi anda. Tulang bayi mula membentuk seawal minggu ke 7 kehamilan. Semasa kehamilan, pengambilan kalsium dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan komplikasi praeklampsia. Tulang dan gigi janin mula membangun pada minggu ke 8. Jika ibu tidak mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium dalam diet harian, kalsium daripada tulang ibu akan disalurkan kepada janin untuk perkembangannya. Ini akan menyebabkan risiko yang tinggi untuk ibu menghidapi osteoporosis (kerapuhan tulang) bila meningkat usia.
Di mana kalsium?
Dalam produk tenusu, ikan, tauhu, kekacang, sayuran berdaun dan gandum.
Zat besi
Zat besi adalah mineral penting dalam pembentukan hemoglobin, mencegah anemia dan keletihan dan membantu tubuh menentang jangkitan. Tidak seperti kalsium yang kebanyakannya ditemui dalam tulang, zat besi disimpan di dalam tubuh badan. Vitamin C membantu tubuh ibu menyerap zat besi dalam makanan. Iron Deficiency Anemia (IDA) adalah kes paling utama dalam kekurangan nutrien.
Tanda-tanda kekurangan zat besi
Zink
Di mana iodin?
Ikan, daging, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acids - EPA)
EFA adalah penting untuk kesihatan otak, yang boleh ditemui dalam minyak ikan. Contohnya, DHA adalah sangat penting untuk perkembangan mata dan otak, manakala EPA diperlukan untuk fungsi otak yang berterusan dan rangsangan saraf. Kedua-dua DHA dan EPA adalah penting terutamanya pada trimester yang terakhir.
Makanan yang perlu dielakkan
Sepanjang kehamilan, adalah dinasihatkan untuk ibu-ibu tidak mengambil makanan seperti produk tenusu, daging, ayam, ikan dan telur mentah, makanan diproses (makanan dalam tin dan sebagainya), susu yang tidak dipasturkan, sayuran dan buahan yang tidak dibasuh, kafein, hati dan merkuri yang selalunya ditemui dalam ikan jerung, ikan tuna dan makerel.
Sumber: Dr. Loo Suat Chin, Pakar O&G
Asid folik (Vitamin B9)
Kira-kira 1 dalam setiap 1000 kehamilan terjejas oleh kecacatan tiub neural (neural tube defects: NTDs) dengan kebanyakan kes berlaku tanpa sebarang insiden sebelumnya dalam sejarah peribadi atau keluarga. Ibu yang kekurangan folat berkemungkinan melahirkan bayi pramatang atau bayi kurang berat. Fetus juga berkemungkinan menghadapi risiko NTDs seperti spina bifida dan anencephaly (keadaan yang tidak mempunyai otak). Menurut garis panduan FAO/WHO (Food and Agriculture Organisation of the United Nations/World Health Organisation), wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil 0.4-0.8mg folat setiap hari. Wanita yang menghadapi NTDs dalam kehamilannya sebelum ini perlu mengambil 5mg folat setiap hari.
Pengambilan supplemen ini perlu bermula sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.

Di mana folat?
Sayur berdaun yang berwarna hijau gelap, buah-buahan dan kekacang yang dikeringkan (dried legumes) adalah sumber folat yang baik.
Peningkatan keperluan folat
Beberapa masalah kesihatan seperti penyakit hati atau buah pinggang, penyalahgunaan alkohol, sawan dan pesakit anemia yang kurang-folat memerlukan pengambilan folat yang lebih tinggi. Ibu menyusu juga memerlukan pengambilan folat yang lebih tinggi iaitu 0.5mg setiap hari kerana folat hilang dalam susu yang diberi/susu yang diperah.
Terlebih folat?
Terlebih pengambilan folat didapati tidak memudaratkan kesihatan kerana folat adalah larut-air, oleh itu, apa-apa lebihan akan dikumuhkan melalui air kencing.
KalsiumSeperti folat, kalsium perlu diambil sebelum kehamilan. Bagi kebanyakan dewasa, 1200mg kalsium diperlukan setiap hari untuk pembekuan darah yang normal, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, fungsi otot dan saraf serta perkembangan rangka janin bayi anda. Tulang bayi mula membentuk seawal minggu ke 7 kehamilan. Semasa kehamilan, pengambilan kalsium dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan komplikasi praeklampsia. Tulang dan gigi janin mula membangun pada minggu ke 8. Jika ibu tidak mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium dalam diet harian, kalsium daripada tulang ibu akan disalurkan kepada janin untuk perkembangannya. Ini akan menyebabkan risiko yang tinggi untuk ibu menghidapi osteoporosis (kerapuhan tulang) bila meningkat usia.
Di mana kalsium?
Dalam produk tenusu, ikan, tauhu, kekacang, sayuran berdaun dan gandum.
Zat besi
Zat besi adalah mineral penting dalam pembentukan hemoglobin, mencegah anemia dan keletihan dan membantu tubuh menentang jangkitan. Tidak seperti kalsium yang kebanyakannya ditemui dalam tulang, zat besi disimpan di dalam tubuh badan. Vitamin C membantu tubuh ibu menyerap zat besi dalam makanan. Iron Deficiency Anemia (IDA) adalah kes paling utama dalam kekurangan nutrien.
Tanda-tanda kekurangan zat besi
- Merasa sangat letih walaupun telah mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam
- Kelihatan pucat dengan lengkungan hitam di bawah mata
- Susah untuk menumpukan perhatian
- Berdebar-debar
- Pening
- Sakit kepala
Zink
Zink adalah mineral yang diperlukan dalam penghasilan insulin dan enzim-enzim tertentu yang merupakan bahan yang menggalakkan tindak balas biokimia dalam badan ibu. Zink menyokong sistem imunisasi dan diperlukan untuk menyembuhkan luka. Beberapa bukti menunjukkan ibu yang kekurangan zink mempunyai waktu bersalin yang panjang.
Di mana zink?
Makanan tinggi fiber, daging, ayam, makanan laut dan hati.
Iodin
Ibubapa pada hari ini bukan sahaja mahukan bayi yang sihat tetapi juga bayi yang pintar! Iodin adalah nutrien yang penting untuk perkembangan otak janin. Kekurangan iodin menyebabkan cretinism (penyakit kerdil kongenital akibat kekurangan hormon pertumbuhan yang mengakibatkan kelembapan mental, kelambatan gigi dan eksfoliasi gigi desidus, pembesaran lidah, dan pengecilan mandibel) manakala terlebih iodin akan menyebabkan masalah tiroid kepada ibu dan janin. 150mcg (mikrogram) iodin sudah cukup untuk keperluan harian.Di mana iodin?
Ikan, daging, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Asid Lemak Penting (Essential Fatty Acids - EPA)
EFA adalah penting untuk kesihatan otak, yang boleh ditemui dalam minyak ikan. Contohnya, DHA adalah sangat penting untuk perkembangan mata dan otak, manakala EPA diperlukan untuk fungsi otak yang berterusan dan rangsangan saraf. Kedua-dua DHA dan EPA adalah penting terutamanya pada trimester yang terakhir.
Makanan yang perlu dielakkan
Sepanjang kehamilan, adalah dinasihatkan untuk ibu-ibu tidak mengambil makanan seperti produk tenusu, daging, ayam, ikan dan telur mentah, makanan diproses (makanan dalam tin dan sebagainya), susu yang tidak dipasturkan, sayuran dan buahan yang tidak dibasuh, kafein, hati dan merkuri yang selalunya ditemui dalam ikan jerung, ikan tuna dan makerel.
Sumber: Dr. Loo Suat Chin, Pakar O&G
Tuesday, February 26, 2013
Testimonial set penyusuan susu ibu
Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari produk yang boleh membantu menambah susu badan atau kurang yakin dengan keberkesanan produk ini dalam membantu masalah kurang susu ibu-ibu, mari kita baca testimoni-testimoni daripada ibu-ibu yang telah mendapatkan dan mencuba produk daripada set penyusuan susu ibu daripada Shaklee.Testimonial 1:
Testimonial 2:
Testimonial 3:
Testimonial 4:
Testimonial 5:
Testimonial 6:
Ibu-ibu, belum cuba, belum tahu. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat
nasihat dari pakar perubatan.
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149
Tuesday, February 19, 2013
60 sebab kita perlu sayang bayi
Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. NORHASLIZA YUSOFF menyediakan 60 sebab anda sayang kepada bayi.
- Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
- Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
- Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
- Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
- Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
- Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
- Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
- Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
- Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
- Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
- Anda tetap hebat di hati bayi anda!
- Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
- Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
- Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
- Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
- Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
- Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
- Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
- Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
- Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
- Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
- Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
- Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
- Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
- Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
- Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
- Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
- Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
- Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
- Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
- Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda.
- Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
- Tangan kecilnya juga comel!
- Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
- Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
- Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
- Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
- Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang hampir anda lupa.
- Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
- Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
- Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
- Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
- Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
- Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
- Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
- Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
- Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
- Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
- Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya.
- Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
- Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
- Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
- Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
- Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
- Wajah bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
- Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi. Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini.
- Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
- Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
- Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
- Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Februari 2013)
Wednesday, February 13, 2013
Set kanak-kanak
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dah lama tak menulis di blog ni. Maaflah ye. OK, hari ni saya nak perkenalkan set untuk kanak-kanak. Peringkat kanak-kanak adalah masa yang penting dan genting untuk kita sebagai ibu bapa membekalkan nutrien yang secukupnya dan selengkapnya kepada mereka.
Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi, kognitif dan sosio-emosi (Santrock, 2008).
Secara ringkas, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui peringkat-peringkat seperti berikut:
Peringkat bayi (0-2 tahun)
Pada peringkat ini kadar pertumbuhan bayi agak cepat. Sifat-sifat asas manusia seperti bahasa, kebolehan fizikal, kebolehan menjalin perhubungan emosi mula kelihatan
Peringkat awal kanak-kanak (3-8 tahun)
Kanak-kanak dapat bermain menggunakan imaginasi, perkembangan bahasa yang cepat, penggunaan otot-otot halus dan kebolehan bersosial
Peringkat kanak-kanak (9-11 tahun)
Kanak-kanak mula belajar tugas dan aktiviti yang akan digunakan dalam alam dewasa. Mula menjalin hubungan dengan rakan sebaya dan memahami peraturan
Peringkat awal remaja (12-15 tahun)
Sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik
Peringkat remaja
Perhubungan yang rapat dengan rakan sebaya dan keinginan berdikari
- dipetik daripada rujuknota
Shaklee memperkenalkan 4 makanan kesihatan yang boleh diberi kepada anak-anak anda:
Chewable Vita-Lea for Children
Fungsi: Sumber multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk perkembangan IQ dan kesihatan kanak-kanak
Chewable Vita C
Fungsi: Mengukuhkan dan menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan badan) kanak-kanak yang sering terdedah kepada kuman, membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan turut penting untuk gusi dan gigi.Omegaguard
Fungsi: Membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina (mata)
Mealshake
Fungsi: Multivitamin dalam bentuk serbuk bagi kanak-kanak yang tidak gemar kepada tablet. Ia merupakan makanan pelengkap kanak-kanak yang susah makan dan tiada selera makan. Rasa vanillanya menjadi penarik untuk kanak-kanak menggemarinya.
Berikan yang terbaik kepada anak-anak kita!
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149
Tuesday, February 5, 2013
[Tanya Dr] Air liur bayi
Selalu kita dengar orang tua-tua (orang muda pun ada yang kata ;)) kalau bayi/anak kecil kita meleleh air liurnya atau main sembur-sembur air liur...ha siaplah, nanti gugur rambut ibunya. Mungkin selalunya dua perkara ini (anak air liur meleleh, ibu gugur rambut) berlaku serentak, itu yang orang-orang tua kita kaitkan kedua-dua perkara ini. Tapi entri hari ini saya nak kongsikan jawapan daripada pakar kanak-kanak, Dr. William Sears tentang kejadian air liur meleleh di kalangan bayi. Jika banyak, adakah perlu kita risaukan?
Air liur anak saya meleleh dengan banyaknya (berlebihan) sejak lahir. Dia kini berusia 20 bulan, mempunyai satu set gigi lengkap, dan kami masih menggantikan bibnya setiap tiga puluh minit atau lebih. Satu lagi kebimbangan: dia masih belum mula bercakap lagi. Adakah Dr. fikir kedua-dua masalah ini berkaitan?

Selagi perkembangan keseluruhan anak anda adalah normal (berjalan, berlari, bermain dan memberi isyarat), ia tidak mungkin ada hubungan antara air liur yang meleleh berlebihan dan kelewatan dalam bercakap. Bayi dan kanak-kanak kadang-kadang mempamerkan tingkah laku tertentu yang normal dan tidak berbahaya tetapi mungkin mengganggu - saya merujuk ini sebagai "sifat-sifat aneh" (quirks). Air liur yang meleleh berlebihan adalah quirk yang sangat biasa, dan pada hakikatnya, pengeluaran air liur yang berlebihan boleh menjadi sihat.
Air liur 'memandikan' gigi dan gusi, mencuci makanan dan bakteria yang terkumpul. Enzim dalam air liur juga membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan, iaitu permulaan operasi dalam proses penghadaman. Di samping itu, air liur adalah pelincir usus semulajadi: Bayi biasanya mengalami refluks gastroesophageal (memuntahkan kandungan berasid perut ke dalam esofagus); air liur melincirkan lapisan esofagus dan membantu meneutralkan keasidan. Ia juga mengandungi bahan yang sihat yang dipanggil faktor pertumbuhan epidural, yang membantu lapisan usus matang.
Memandangkan anak anda masih dalam peringkat tumbuh gigi, anda harus menjangkakan air liur meleleh berlebihan dalam tempoh enam bulan akan datang, atau sehingga semua giginya tumbuh. Berikut adalah beberapa amalan yang anda boleh praktikkan di rumah untuk mencegah kesan-kesan yang kadang-kadang menjengkelkan bila air liur meleleh berlebihan.
Gunakan krim pada kulit. Kerengsaan di sekeliling mulut dan pipi, yang dikenali sebagai ruam lelehan, adalah perkara biasa. Pada waktu malam, bayi akan menggesel pipi montel mereka kepada alas tilam yang telah basah dengan lelehan air liur mereka dan bangun dengan ruam di pipi. Sebelum tidur, sapukan krim kulit bayi di sekitar mulut dan pipi anak anda. Ini akan bertindak sebagai penghalang terhadap kerengsaan.
Percaya atau tidak, lelehan berlebihan juga boleh menyebabkan kerengsaan kepada punggung bayi anda. Air liur adalah julap semulajadi, yang boleh membawa kepada lebih kerap bayi mengeluarkan najis dan mengakibatkan gejala ruam lampin. Sapukan krim kulit bayi yang sama di bahagian punggung bayi.
Tidurkan bayi mengiring. Air liur yang berlebihan boleh menghasilkan lopak di belakang tekak, sering menyebabkan batuk yang berdetar (rattlelike) dan pernafasan yang bising, yang anda mungkin salah tafsir sebagai kesejukan. Ini adalah tidak berbahaya, tetapi boleh mengganggu keupayaan bayi anda untuk tidur lena. Kini bayi anda telah melepasi peringkat bahaya SIDS (Sudden infant death syndrome - selalu berlaku pada bayi di bawah umur setahun), meletakkan dia untuk tidur mengiring atau meniarap boleh mengelakkan air liur daripada terkumpul di belakang tekak dan membolehkannya tidur lena.
Runding dengan doktor bayi. Sesetengah bayi dengan kelewatan perkembangan normal akan menunjukkan satu mekanisme menelan yang berkurangan, menyebabkan air liur yang berlebihan bertakung di dalam mulut dan memberi rupa seakan lelehan air liur yang berterusan. Ini tidak mungkin kes anak anda, tetapi pakar pediatrik perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk melihat perkembangan keseluruhan koordinasi otot bayi. Dalam pengalaman saya, apabila air liur meleleh berlebihan adalah disebabkan oleh kelewatan perkembangan, akan terdapat tanda-tanda lain yang jelas berkaitan perkembangan yang lewat, yang anak anda tidak pamerkan.
Sementara itu, pastikan bib dan tuala sentiasa tersedia untuk mengelap air liur yang berlebihan itu. Sebaik sahaja semua giginya telah tumbuh, peringkat ini sepatutnya berakhir.
Jawapan adalah dari Dr. William Sears daripada parenting.com
Friday, January 18, 2013
Set kesuburan/fertiliti
Comelnya baby kat atas ni kan...Anugerah anak kepada pasangan suami isteri adalah satu anugerah yang tiada tolok bandingnya. Melihat wajahnya saja tak kisahlah semasa dia sedang tidur ke, gelak ke malahan mungkin semasa dia menangis hendakkan belaian kita...cukup menenangkan.
Tiada pasangan suami isteri yang tak mahukan anak kan. Saya sendiri selepas empat tahun baru dapat merasa nikmat mengandung dan melahirkan seterusnya membesarkan anak. Melihat proses pembesaran seorang anak daripada dari dalam perut sehingga dilahirkan, daripada hanya berbaring seterusnya bergolek, meniarap, merangkak sehingga berjalan, daripada tiada daya untuk bergerak sehingga boleh bergerak bebas mencapai apa sahaja....amatlah mengujakan saya. Sungguh seronok!
Selain berdoa kepadaNya, usaha demi usaha mesti telah anda lakukan. Mungkin salah satu daripada usaha itu bolehlah anda pertimbangkan set kesuburan daripada Shaklee ini. Jangan bimbang, item-item di dalam set ini adalah saranan daripada kami sahaja untuk anda dapatkan hasil yang optimum. Jika anda merasakan ianya tak perlu anda ambil atau kurang berkemampuan, anda boleh pilih supplemen yang anda mahu sahaja.
Mari kita cek satu-satu fungsi setiap supplemen:
Untuk wanita:
- B-complex: Penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
- Vita-C: Penting untuk pembinaan dan pemulihan sel
- Vita-E Complex: Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
- GLA Complex: Wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.
Untuk lelaki:
- Zinc Complex: Sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.
- Vita-E Complex: Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
Beberapa testimoni daripada mereka yang telah mencuba set ini:
Bolehlah anda suami isteri mencuba rangkaian supplemen ini. Kita mencuba dan merancang, Allah jua yang menentukanNya.
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149
Boleh hubungi saya melalui:
sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149
Friday, December 7, 2012
Monday, October 22, 2012
Saturday, October 20, 2012
Thursday, October 18, 2012
[Anak kita] Tekstur makanan pelengkap untuk bayi
Sumber daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Tuesday, September 18, 2012
Friday, September 14, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)