Tuesday, February 5, 2013

[Tanya Dr] Air liur bayi


Selalu kita dengar orang tua-tua (orang muda pun ada yang kata ;)) kalau bayi/anak kecil kita meleleh air liurnya atau main sembur-sembur air liur...ha siaplah, nanti gugur rambut ibunya. Mungkin selalunya dua perkara ini (anak air liur meleleh, ibu gugur rambut) berlaku serentak, itu yang orang-orang tua kita kaitkan kedua-dua perkara ini. Tapi entri hari ini saya nak kongsikan jawapan daripada pakar kanak-kanak, Dr. William Sears tentang kejadian air liur meleleh di kalangan bayi. Jika banyak, adakah perlu kita risaukan?


Air liur anak saya meleleh dengan banyaknya (berlebihan) sejak lahir. Dia kini berusia 20 bulan, mempunyai satu set gigi lengkap, dan kami masih menggantikan bibnya setiap tiga puluh minit atau lebih. Satu lagi kebimbangan: dia masih belum mula bercakap lagi. Adakah Dr. fikir kedua-dua masalah ini berkaitan?






Selagi perkembangan keseluruhan anak anda adalah normal (berjalan, berlari, bermain dan memberi isyarat), ia tidak mungkin ada hubungan antara air liur yang meleleh berlebihan dan kelewatan dalam bercakap. Bayi dan kanak-kanak kadang-kadang mempamerkan tingkah laku tertentu yang normal dan tidak berbahaya tetapi mungkin mengganggu - saya merujuk ini sebagai "sifat-sifat aneh" (quirks). Air liur yang meleleh berlebihan adalah quirk yang sangat biasa, dan pada hakikatnya, pengeluaran air liur yang berlebihan boleh menjadi sihat.

Air liur 'memandikan' gigi dan gusi, mencuci makanan dan bakteria yang terkumpul. Enzim dalam air liur juga membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan, iaitu permulaan operasi dalam proses penghadaman. Di samping itu, air liur adalah pelincir usus semulajadi: Bayi biasanya mengalami refluks gastroesophageal (memuntahkan kandungan  berasid perut ke dalam esofagus); air liur melincirkan lapisan esofagus dan membantu meneutralkan keasidan. Ia juga mengandungi bahan yang sihat yang dipanggil faktor pertumbuhan epidural, yang membantu lapisan usus matang.

Memandangkan anak anda masih dalam peringkat tumbuh gigi, anda harus menjangkakan air liur meleleh berlebihan dalam tempoh enam bulan akan datang, atau sehingga semua giginya tumbuh. Berikut adalah beberapa amalan yang anda boleh praktikkan di rumah untuk mencegah kesan-kesan yang kadang-kadang menjengkelkan bila air liur meleleh berlebihan.

Gunakan krim pada kulit. Kerengsaan di sekeliling mulut dan pipi, yang dikenali sebagai ruam lelehan, adalah perkara biasa. Pada waktu malam, bayi akan menggesel pipi montel mereka kepada alas tilam yang telah basah dengan lelehan air liur mereka dan bangun dengan ruam di pipi. Sebelum tidur, sapukan krim kulit bayi di sekitar mulut dan pipi anak anda. Ini akan bertindak sebagai penghalang terhadap kerengsaan.

Percaya atau tidak, lelehan berlebihan juga boleh menyebabkan kerengsaan kepada punggung bayi anda. Air liur adalah julap semulajadi, yang boleh membawa kepada lebih kerap bayi mengeluarkan najis dan mengakibatkan gejala ruam lampin. Sapukan krim kulit bayi yang sama di bahagian punggung bayi.

Tidurkan bayi mengiring. Air liur yang berlebihan boleh menghasilkan lopak di belakang tekak, sering menyebabkan batuk yang berdetar (rattlelike) dan pernafasan yang bising, yang anda mungkin salah tafsir sebagai kesejukan. Ini adalah tidak berbahaya, tetapi boleh mengganggu keupayaan bayi anda untuk tidur lena. Kini bayi anda telah melepasi peringkat bahaya SIDS (Sudden infant death syndrome - selalu berlaku pada bayi di bawah umur setahun), meletakkan dia untuk tidur mengiring atau meniarap boleh mengelakkan air liur daripada terkumpul di belakang tekak dan membolehkannya tidur lena.

Runding dengan doktor bayi. Sesetengah bayi dengan kelewatan perkembangan normal akan menunjukkan satu mekanisme menelan yang berkurangan, menyebabkan air liur yang berlebihan bertakung di dalam mulut dan memberi rupa seakan lelehan air liur yang berterusan. Ini tidak mungkin kes anak anda, tetapi pakar pediatrik perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk melihat perkembangan keseluruhan koordinasi otot bayi. Dalam pengalaman saya, apabila air liur meleleh berlebihan adalah disebabkan oleh kelewatan perkembangan, akan terdapat tanda-tanda lain yang jelas berkaitan perkembangan yang lewat, yang anak anda tidak pamerkan.

Sementara itu, pastikan bib dan tuala sentiasa tersedia untuk mengelap air liur yang berlebihan itu. Sebaik sahaja semua giginya telah tumbuh, peringkat ini sepatutnya berakhir.

Jawapan adalah dari Dr. William Sears daripada parenting.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...