SIRI 1 di sini, SIRI 2 di sini
10. Apakah jangkitan yis? Adakah saya perlu terus menyusukan jika saya dijangkiti?
Yis adalah kulat (fungus) yang muncul secara semulajadi di membran mukus dan di kulit. Penggunaan antibiotik menggalakkan pertumbuhan yis dengan membunuh bakteria 'baik' yang biasanya menghalang yis daripada membiak dengan terlalu cepat. Semasa hamil, jangkitan yis adalah biasa kerana tahap estrogen yang tinggi membawa kepada tahap gula yang tinggi, dan yis memakan gula. Jika anda atau bayi baru sahaja mengambil antibiotik, atau anda telah mengalami jangkitan yis di faraj beberapa bulan sebelum ini (atau pada bila-bila masa semasa hamil), atau jika puting anda merekah, maka anda dan bayi adalah berisiko untuk mendapat jangkitan yis.
Simptom-simptom jangkitan yis pada bayi (juga dipanggil sebagai 'thrush') termasuklah bintik-bintik atau tompok-tompok putih berkrim di membran mukus di dalam mulut (gusi, pipi atau lidah).
Simptom-simptom pada ibu termasuklah rasa seperti sengatan atau sakit di permukaan puting atau boleh dirasai dari dalam payudara. Kesakitan selalunya berterusan sepanjang dan di antara penyusuan, terutamanya sebaik sahaja selepas penyusuan. Puting anda akan kelihatan bengkak, bersisik, berkelupas, atau lepuh-lepuh (blisters) kecil. Ia juga mungkin gatal. Warnanya selalunya merah jambu gelap. Puting anda mungkin juga akan kelihatan normal tapi terasa sangat menyakitkan.
Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda boleh meneruskan penyusuan disamping mengamalkan:
a. Basuh tangan anda selalu (sebelum dan selepas penyusuan, selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menukar lampin bayi)
b. Menyusu kerap dalam jangkawaktu yang singkat. Mulakan penyusuan pada sebelah yang kurang sakit. Kebaskan puting dengan ais yang dibalut dengan kain sebelum mula menyusu.
c. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan/atau yis. (contohnya soda, roti, pastri dan lain-lain).
d. Dapatkan nasihat doktor untuk mengurangkan simptom.
11. Bagaimana saya dapat mengenalpasti jika bayi saya alah dengan makanan yang saya makan? Bagaimana saya dapat memantaunya?
Jika bayi menyusu secara eksklusif, dan belum mula mengambil makanan pejal, tetapi menunjukkan tanda alahan, ini mungkin disebabkan oleh makanan atau bahan (herba, suplemen) yang diambil oleh ibu, yang disalurkan melalui susu ibu. Cuba kurangkan sumber alahan dalam pemakanan ibu, bermula daripada sumber yang paling biasa hingga yang paling kurang. Sumber yang paling biasa ialah hasil tenusu seperti susu lembu, keju, mentega dan yogurt.
No comments:
Post a Comment