Friday, January 18, 2013

Set kesuburan/fertiliti


Comelnya baby kat atas ni kan...Anugerah anak kepada pasangan suami isteri adalah satu anugerah yang tiada tolok bandingnya. Melihat wajahnya saja tak kisahlah semasa dia sedang tidur ke, gelak ke malahan mungkin semasa dia menangis hendakkan belaian kita...cukup menenangkan.

Tiada pasangan suami isteri yang tak mahukan anak kan. Saya sendiri selepas empat tahun baru dapat merasa nikmat mengandung dan melahirkan seterusnya membesarkan anak. Melihat proses pembesaran seorang anak daripada dari dalam perut sehingga dilahirkan, daripada hanya berbaring seterusnya bergolek, meniarap, merangkak sehingga berjalan, daripada tiada daya untuk bergerak sehingga boleh bergerak bebas mencapai apa sahaja....amatlah mengujakan saya. Sungguh seronok!

Selain berdoa kepadaNya, usaha demi usaha mesti telah anda lakukan. Mungkin salah satu daripada usaha itu bolehlah anda pertimbangkan set kesuburan daripada Shaklee ini. Jangan bimbang, item-item di dalam set ini adalah saranan daripada kami sahaja untuk anda dapatkan hasil yang optimum. Jika anda merasakan ianya tak perlu anda ambil atau kurang berkemampuan, anda boleh pilih supplemen yang anda mahu sahaja.

Mari kita cek satu-satu fungsi setiap supplemen:

Untuk wanita:

  1. B-complex: Penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
  2. Vita-C: Penting untuk pembinaan dan pemulihan sel
  3. Vita-E Complex: Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
  4. GLA Complex: Wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.
Untuk lelaki:

  1. Zinc Complex: Sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.
  2. Vita-E Complex: Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.

Beberapa testimoni daripada mereka yang telah mencuba set ini:




Bolehlah anda suami isteri mencuba rangkaian supplemen ini. Kita mencuba dan merancang, Allah jua yang menentukanNya.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Boleh hubungi saya melalui:

sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: Adzah Adam
ID Shaklee: 888149

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...