Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi  yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. NORHASLIZA YUSOFF menyediakan 60 sebab anda sayang kepada bayi.  
- Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
 - Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
 - Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
 - Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
 - Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
 - Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
 - Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
 - Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
 - Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
 - Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
 - Anda tetap hebat di hati bayi anda!
 - Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
 - Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
 - Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
 - Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
 - Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
 - Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
 - Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
 - Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
 - Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
 - Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
 - Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
 - Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
 - Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
 - Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
 - Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
 - Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
 - Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
 - Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
 - Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
 - Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda.
 - Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
 - Tangan kecilnya juga comel!
 - Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
 - Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
 - Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
 - Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
 - Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang hampir anda lupa.
 - Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
 - Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
 - Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
 - Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
 - Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
 - Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
 - Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
 - Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
 - Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
 - Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
 - Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya.
 - Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
 - Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
 - Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
 - Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
 - Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
 - Wajah bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
 - Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi. Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini.
 - Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
 - Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
 - Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
 - Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.
 
(Sumber: Majalah Pa&Ma Februari 2013)

Alhamdulillah ada baby, yang best bila travel, dukung dia dgn carrier rasa dekat sangat mcm sebahagian dari diri :)
ReplyDeleteyelah...perasaannya tu tak tergambar dengan kata-kata
Delete