Tuesday, February 26, 2013

6 ancaman buat janin


Perkara yang paling menggembirakan pasangan suami isteri adalah apabila dikhabarkan bakal menimang cahaya mata. Bermula dari saat itu bermacam-macam cara akan diamalkan oleh mereka bagi mendapatkan bayi yang sihat dan comel.

Sungguhpun demikian, terdapat juga beberapa ancaman yang boleh mengganggu keselamatan janin di dalam kandungan. Ketahui jenis ancaman berbahaya itu.




1. Kanser
Pencemaran udara semakin buruk di kota-kota besar. Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa kota besar di luar negara seperti Manhattan dan New York membuktikan asap kenderaan bermotor yang disedut ibu boleh mendorong bayi lahir dengan berat badan yang rendah dan berlakunya malformasi organ jantung (pembentukan jantung yang kurang sempurna).

Kandungan pencemaran yang ditemui oleh penyelidik di ibu kota itu tadi mendapati terdapatnya Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAHs) iaitu bahan tercemar yang diperoleh dari asap kenderaan bermotor, rokok dan asap.

Pendedahan terhadap PAHs sepanjang kehamilan boleh menyebabkan kerosakan DNA dan meningkatkan risiko kanser. Ia juga mungkin boleh menyebabkan bayi besar dua kali ganda dan mengalami perkembangan kecerdasan yang lambat di usia tiga tahun.

2. Penyakit Jantung
Hasil kajian yang dijalankan di luar negara, pengambilan makanan yang tidak seimbang oleh wanita hamil membuatkan janin mengalihkan nutrisi yang diperoleh lalu diserapkan ke bahagian organ yang paling penting iaitu otak.

Sementara itu, perkembangan organ-organ lain sedikit diabaikan antaranya jantung hingga akhirnya tugas jantung menjadi lemah. Apabila ibu kurang mengambil makanan seimbang, janin boleh lahir dengan berat badan berkurangan. Ini kerana pengambilan makanan seimbang yang berkurangan boleh mengganggu perkembangan jantung.

3. Obesiti
Kajian dilakukan oleh penyelidik dari luar negara juga menyatakan semakin banyak pertambahan berat badan bakal ibu sepanjang kehamilan, semakin besar risiko anaknya untuk mengalami obesiti selepas dilahirkan yakni pada usia tiga tahun.

4. Diabetes
Kehamilan turut berhadapan dengan ancaman diabetes. Ia juga berkaitan masalah berat badan bayi yang berkurangan sewaktu dilahirkan. Begitu juga dengan diabetes ketika dewasa yang didorong oleh keperluan gizi yang berkurangan.

Pertambahan berat badan secara berlebihan oleh wanita hamil juga boleh mendorong terjadinya gangguan metabolisme pada janin hingga berisiko mengidap diabetes.

5. Skizofrenia
Kehamilan boleh mempengaruhi seseorang wanita mengawal tahap kemarahan dan kecerdasan ibu. Kajian juga menyatakan wanita hamil yang membiarkan dirinya kelaparan atau berada dalam keadaan tertekan berisiko tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami skizofrenia (gangguan mental yang kompleks) kerana nutrisi yang kurang dan menyebabkan gangguan perkembangan saraf.

6. Tekanan
Kajian mendapati tekanan memberi risiko yang besar terhadap kelahiran pramatang dan bayi kurang berat badan semasa dilahirkan. Para pengkaji juga menyatakan perkaitan kemungkinan mood ibu dengan sensitiviti janin terhadap tekanan dan seterusnya membentuk sikap buruk setelah janin dilahirkan.

Tangani Janin Kurang Berat
Perkembangan janin dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya nutrisi ibu, hormon pertumbuhan janin, penyakit metabolik ibu, faktor genetik dan sistem perpindahan nutrisi daripada ibu ke janin.

Pertumbuhan berat badan janin pada usia kehamilan 36 minggu adalah 2622 gram. Sekiranya berat badan janin rendah, pastikan dahulu beratnya bersesuaian dengan usia perkembangan janin atau disebabkan usia kehamilan masih muda. Komplikasi janin kurang berat mengancam kesejahteraan janin.

Justeru, ibu perlu perbaiki pengambilan nutrisi dengan menambah pengambilan protein dan kalori. Perhatikan juga jika terdapatnya gangguan pada perkembangan janin seperti obesiti atau diabetes.

Sumber: Editorial Pa&Ma, Disember 2012


ESP (Energizing Soy Protein) daripada Shaklee adalah sumber protein berasaskan soya non-GMO yang sangat baik untuk perkembangan janin (sel terbentuk daripada protein) selain untuk tenaga berterusan bagi ibu yang mengandungkan.

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat lanjut.


sms: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
fb: LetsBeBeautifulTogether
Shaklee ID: 888149






Testimoni:
Nur Na ye betul Umi Adawiyah.. lagi 1 saya nak share, esp sgt best la.. selain beri tenaga, ia juga baik utk kulit ibu dan baby.. mcm saya, mmg jelas kulit saya x berminyak, jerawat xde, cuma parut jela takleh hlg kat muka, pastu saya xde gatal2 kat celah peha mcm masa anak sulung.. pastu anak kedua saya lahir dgn kulit putih bersih.. sgt2 bersih la, xde ngelupas ke pape.. sampaai skrg ramai geram dgn kulit dia.. dah la debab


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...