Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Formula pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab, tersembunyi daripada pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Madu
Madu di dalam Al-Quran diiktiraf sebagai "shifa", iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat' kerana dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, pottasium (kalium), kuprum, silika, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dia mana ia boleh menghindarkan kepenatan bekerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
Pantang: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara makan: (i) Menghadap kiblat - (ii) Baca 'bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
                   (iii) Baca doa penerang hati
                   (iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula (tidak berkesan jika dikunyah)
                   (v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 bji setiap hari

Susu segar
Susu berguna untuk keishatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah SAW menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Susu hidup lebih berkhasiat daripada susu debu.

Cara makan: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi.


Artikel dipetik daripada Kalendar Perancangan Eksekutif Islam keluaran Wholesale Mart Business Point Sdn Bhd

Tuesday, March 26, 2013

Tips kuruskan badan dan pecahkan lemak

Tips ni diambil daripada FB Dr. Hamid Arshat. Mudah dan senang untuk dipraktikkan. Jom baca dan amalkan!



Monday, March 11, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 3

SIRI 1 di sini, SIRI 2 di sini

10. Apakah jangkitan yis? Adakah saya perlu terus menyusukan jika saya dijangkiti?
Yis adalah kulat (fungus) yang muncul secara semulajadi di membran mukus dan di kulit. Penggunaan antibiotik menggalakkan pertumbuhan yis dengan membunuh bakteria 'baik' yang biasanya menghalang yis daripada membiak dengan terlalu cepat. Semasa hamil, jangkitan yis adalah biasa kerana tahap estrogen yang tinggi membawa kepada tahap gula yang tinggi, dan yis memakan gula. Jika anda atau bayi baru sahaja mengambil antibiotik, atau anda telah mengalami jangkitan yis di faraj  beberapa bulan sebelum ini (atau pada bila-bila masa semasa hamil), atau jika puting anda merekah, maka anda dan bayi adalah berisiko untuk mendapat jangkitan yis.

Simptom-simptom jangkitan yis pada bayi (juga dipanggil sebagai 'thrush') termasuklah bintik-bintik atau tompok-tompok putih berkrim di membran mukus di dalam mulut (gusi, pipi atau lidah).


Simptom-simptom pada ibu termasuklah rasa seperti sengatan atau sakit di permukaan puting atau boleh dirasai dari dalam payudara. Kesakitan selalunya berterusan sepanjang dan di antara penyusuan, terutamanya sebaik sahaja selepas penyusuan. Puting anda akan kelihatan bengkak, bersisik, berkelupas, atau  lepuh-lepuh (blisters) kecil. Ia juga mungkin gatal. Warnanya selalunya merah jambu gelap. Puting anda mungkin juga akan kelihatan normal tapi terasa sangat menyakitkan.

Jika anda mempunyai jangkitan yis, anda boleh meneruskan penyusuan disamping mengamalkan:

a. Basuh tangan anda selalu (sebelum dan selepas penyusuan, selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menukar lampin bayi)
b. Menyusu kerap dalam jangkawaktu yang singkat. Mulakan penyusuan pada sebelah yang kurang sakit. Kebaskan puting dengan ais yang dibalut dengan kain sebelum mula menyusu.
c. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan/atau yis. (contohnya soda, roti, pastri dan lain-lain).
d. Dapatkan nasihat doktor untuk mengurangkan simptom.

11. Bagaimana saya dapat mengenalpasti jika bayi saya alah dengan makanan yang saya makan? Bagaimana saya dapat memantaunya?
Jika bayi menyusu secara eksklusif, dan belum mula mengambil makanan pejal, tetapi menunjukkan tanda alahan, ini mungkin disebabkan oleh makanan atau bahan (herba, suplemen) yang diambil oleh ibu, yang disalurkan melalui susu ibu. Cuba kurangkan sumber alahan dalam pemakanan ibu, bermula daripada sumber yang paling biasa hingga yang paling kurang. Sumber yang paling biasa ialah hasil tenusu seperti susu lembu, keju, mentega dan yogurt.    


Friday, March 8, 2013

Petikan kata-kata nasihat Dr. Hamid Arshat


Dr Hamid Arshat Says :  "Semua penyakit datang dari Allah munkin sebagai ujian keimanan kita atau sebagai kifarah atas sesuatu kemunkaran yg telah kita lakukan. Berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat sembuh sambil berusaha untuk mendapat ubat. Tetapi jangan sekali2 mendapat rawatan yang mendorong kita jadi syirik, orang sakit sering berasa desperate dan akan mencuba segala rawatan tanpa sedar kaedah rawatan itu syirik atau menyekutukan Allah SWT?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Hamid Arshat Says :  "Kita perlu bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT anggota dan tubuh badan yg sempurna. Kita bersimpati kpd mereka yang dilahirkan dgn peranakkan yang tidak sempurna saperti tiada rahim dan tiada faraj atau rahim bercabang, bicornuate uterus, double uterus, unicornuate uterus. Bentuk rahim yg luar biasa bolih menyebabkan kemamdulan, kurang subur, keguguran dll."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Hamid Arshat Says : "Nasihat untuk mereka yang berusaha utk dapat zuriat. Selepas buat ujian2 kesuburan utk kedua suami isteri dan selepad buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain2,tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, Vit E C folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat kebekesanan."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Hamid Arshat Says :  "Kurangkan makan khususnya makanan yg mengandungi carborhydrate - nasi,mee, roti canai,dll dan gula serta semua jenis manisan untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan. Ini satu langkah 'Calori Restriction". Makan lebih buah2 dan sayuran2. Resveraterol yang terdapat dari biji dan kulit anggor dikatakan dapat menolong pemulihan / healing tisyu dan sel. Saya ada supplement NuRev yang bahan utamanya ialah resveraterol.Munkin boilh membantu pemulihan penyakit dalaam peranakkan"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Hamid Arshat Says : "Masalah sukar hamil akibat stress, penyakit endometriosis dan PCOS munkin ada faktor yg sama iaitu terlalu banyak 'toxins' dalam badan. Cuba amalkan dua perkara yg mudah. Pertama 'deep breathing' iaiatu sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan mendalam dan kemudian hembus nafas keluar juga perlahan2 melalui mulut. Ulang 5-10 kali setiap sessi, ia bolih dilakukan dimana2 pejabat, rumah, dalam kenderaan dll dan lakukan banyak sessi. Kedua minum ' Teh Hijau' , gunakan green tea dalam uncang atau serbok tek, bukan green tea yg telah siap sebagai minuman dalam kotak atau botol."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Hamid Arshat Says : "Setelah lebih 30 tahun merawat masalah ketidak suburan, saya dapati tidak ada satu kaedah rawatan yg menjamin kejayaan utk hamil termasuk rawatan secara bayi tabung uji(IVF), suntik benih suami(IUI), pembedahan buang cyst atau fibroid, repair fallopian tube, ubat subur clomid atau suntikan subur gonal. Rata2 kadar kehamilan antara 10 hingga 30 %. Untuk meningkatkan kesuburan makanan yang berzat dan berkhasiat serta exercise 30 minit sehari, tenangkan fikiran dengan solat, baca quran dan berzikir"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kredit: suebaharuddin.blogspot.com






Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 2

Sambungan daripada SIRI 1 di sini

4. Semasa lekapan, saya rasa sangat sakit. Bagaimana untuk mengurangkan kesakitan ini?
Sesi penyusuan sepatutnya merupakan satu pengalaman yang menenangkan kepada semua ibu dan bayi. Jika seorang ibu mengalami ketidakselesaan, ia mungkin kerana lekapan yang tidak betul. Sebelum memasukkan payudara anda ke dalam mulut bayi, cuba sentuh bibirnya sedikit, untuk mencetuskan tindakbalasnya (refleks) seterusnya membuatkannya membuka mulutnya seluas-luasnya. Lebih banyak kawasan gelap di tisu payudara (areola) masuk ke dalam mulut bayi, lebih baik sesi penyusuan itu dirasai. Cuba dapatkan seseorang yang berpengalaman untuk melihat cara anda menyusukan. Dengan cara ini, anda akan mendapat lebih keyakinan untuk meneruskan penyusuan bagi tempoh yang lebih lama.

5. Bayi saya mula untuk tumbuh gigi dan air liurnya mengjengkelkan, kadang-kadang bayi saya menggigit puting.
Secara amnya, bayi akan mula untuk tumbuh gigi sekitar 6 bulan. Waktu ini juga merupakan waktu di mana bayi mudah terganggu dengan keadaan persekitrannya. Kadangkala, gangguan ketika sesi penyusuan mungkin akan menyebabkan bayi menyentap keluar puting ibu daripada mulutnya. Ini akan menyebabkan kesakitan kepada puting ibu. Dengan lekapan yang baik walau bayi sudah mempunyai gigi, tidak akan menyebabkan ibu merasa tidak menyenangkan ketika penyusuan. Juga cuba elakkan gangguan ketika menyusu (contohnya bunyi tv yang kuat).

6. Saya sudah menyusukan anak saya selama berbulan-bulan, adakah penghasilan susu akan terhenti jika saya ingin berhenti seketika selama 2 minggu?
Ya, bekalan susu akan mula berkurangan jika ibu mengurangkan kekerapan rangsangan (stimulasi) dan pengosongan payudara. Jika ibu berada jauh daripada bayi untuk beberapa ketika, sangat penting untuk ibu terus mengosongkan payudara sekerapnya untuk memastikan bekalan susu dikekalkan.

7. Saya mempunyai bayi kembar. Bagaimana caranya saya perlu menyusukan mereka dan memastikan mereka mendapat susu yang secukupnya?
Untuk bayi kembar, ada antara ibu yang memilih untuk menyusukan kedua-dua bayi serentak. Cara pegangan 'football' mungkin membantu untuk sesi penyusuan serentak. Tidak perlu bimbang tentang adakah kembar anda mendapat susu yang secukupnya selagi mereka disusukan bila diperlukan (on demand).



8. Bolehkah saya meneruskan untuk menyusukan bayi saya jika saya sakit (demam atau selesema)?
Ya, selalunya ibu-ibu disarankan untuk meneruskan penyusuan walaupun ketika sakit. Sementara ibu menghidapi demam atau selesema, tubuh anda akan menghasilkan antibodi untuk menentang penyakit itu. Antibodi tersebut akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu yang diberi supaya bayi anda akan dilindungi.  Walau bagaimanapun, jika ibu terlalu lemah dan tidak dapat menjaga dirinya sendiri, anda boleh meneruskan penyusuan sebaik sahaja anda pulih daripada kesakitan tersebut.

9. Jika saya sedang berpantang dan mengambil makanan campuran herba, adakah ia akan memberi kesan kepada bayi saya?
Secara amnya, ibu boleh makan apa sahaja makanan atau herba yang anda mahu. Tetapi, sesetengah herba atau makanan mungkin akan menyebabkan kontraindikasi terhadap penyusuan. Cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan memakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu. Jika tiada apa-apa tindak balas berlaku, anda bolehlah meneruskan untuk mengambil makanan tersebut.



Nantikan SIRI 3 esok pula ya.

Thursday, March 7, 2013

Soal jawab penyusuan susu ibu (Breastfeeding FAQ) SIRI 1



Kebaikan dan manfaat susu ibu kepada anak kita memanglah tak boleh dipertikaikan lagi...kalau disenaraikan, tak akan habis! Penyusuan susu ibu adalah satu proses semulajadi yang memerlukan latihan dan kesabaran. Jangan mudah putus asa untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Di sini saya kongsikan beberapa FAQ (frequently asked questions) mengenai penyusuan susu ibu melalui pengalaman Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi, Konsultan Laktasi daripada susuibu.com.

1. Bayi saya seperti ingin disusui pada setiap masa. Adakah ini normal?
Penyusuan susu ibu adalah sepatutnya bila diperlukan oleh bayi (on demand). Adalah normal bagi bayi menyusu dalam lingkungan 8 ke 12 kali dalam masa 24 jam. Pada awal kelahirannya, seorang bayi akan menyusu dengan lebih kerap, kerana dia sedang mengasah kemahiran penyusuannya, disamping mendapatkan keselesaan dan keyakinan daripada ibunya selepas baru dilahirkan ke dunia yang serba baharu baginya ini. Kadangkala kerana proses pembelajaran ini, seorang ibu mempunyai salah tanggapan bahawa sesi penyusuan memakan masa yang lama atau hampir setiap masa.

2. Saya tidak menghasilkan susu yang mencukupi. Apakah kemungkinan masalahnya?
Penghasilan susu yang kurang mungkin berpunca daripada pelbagai sebab. Selalunya, punca utamanya ialah payudara ibu tidak mendapat rangsangan yang cukup dalam usaha untuk ia bersedia menghasilkan jumlah susu yang diperlukan. Oleh itu, amat penting untuk ibu membiarkan bayi menyusu (suckle) dengan kerap dan berterusan pada awal kelahirannya supaya rangsangan yang mencukupi dapat diperolehi seterusnya payudara ibu dapat menghasilkan susu yang cukup. Sebaik sahaja bekalan susu yang dihasilkan mencapai tahap optimum, ia perlu dikosongkan daripada payudara secara efektif (sekosong-kosong yang boleh) kerana kegagalan melakukannya akan menyebabkan isyarat dihantar ke otak ibu supaya menghalang penghasilan susu yang seterusnya.

Tetapi ada juga beberapa kes ibu-ibu yang mengalami masalah lain yang perlu diambil perhatian. Anda perlu menghubungi kaunselor laktasi berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat dan bantuan serta mengenalpasti masalah anda.

Antaranya anda boleh menghubungi:

a. Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM)
b. susuibu.com

3. Bayi saya tidur sewaktu menyusu. Adakah ini normal?
Kebanyakan bayi yang puas akan tertidur selepas tamat sesi penyusuannya. Ini disebabkan oleh hormon oksitoksin yang mengalir daripada ibu kepada susu ibu. Antara fungsinya ialah supaya ibu dan bayi 'relax' dan mendapat rehat yang lebih baik.


4. Puting payudara saya sakit dan merekah. Bagaimana untuk menyembuhkannnya dan meneruskan penyusuan?
Puting sakit dan merekah biasa berlaku kerana lekapan yang tidak betul. Sangat penting untuk membetulkan kedudukan bayi ketika menyusu untuk memperbaiki keadaan ini. Sementara itu, untuk memulihkan puting yang sakit, sapukan susu ibu sendiri ke atasnya setiap kali selepas penyusuan. Biarkan ia kering sebelum memakai coli. Jika perlu, sapukan krim puting.




















Kredit gambar theleakyboob.com


Kita sambung ke SIRI 2 pada esok hari.

Tuesday, February 5, 2013

[Tanya Dr] Air liur bayi


Selalu kita dengar orang tua-tua (orang muda pun ada yang kata ;)) kalau bayi/anak kecil kita meleleh air liurnya atau main sembur-sembur air liur...ha siaplah, nanti gugur rambut ibunya. Mungkin selalunya dua perkara ini (anak air liur meleleh, ibu gugur rambut) berlaku serentak, itu yang orang-orang tua kita kaitkan kedua-dua perkara ini. Tapi entri hari ini saya nak kongsikan jawapan daripada pakar kanak-kanak, Dr. William Sears tentang kejadian air liur meleleh di kalangan bayi. Jika banyak, adakah perlu kita risaukan?


Air liur anak saya meleleh dengan banyaknya (berlebihan) sejak lahir. Dia kini berusia 20 bulan, mempunyai satu set gigi lengkap, dan kami masih menggantikan bibnya setiap tiga puluh minit atau lebih. Satu lagi kebimbangan: dia masih belum mula bercakap lagi. Adakah Dr. fikir kedua-dua masalah ini berkaitan?






Selagi perkembangan keseluruhan anak anda adalah normal (berjalan, berlari, bermain dan memberi isyarat), ia tidak mungkin ada hubungan antara air liur yang meleleh berlebihan dan kelewatan dalam bercakap. Bayi dan kanak-kanak kadang-kadang mempamerkan tingkah laku tertentu yang normal dan tidak berbahaya tetapi mungkin mengganggu - saya merujuk ini sebagai "sifat-sifat aneh" (quirks). Air liur yang meleleh berlebihan adalah quirk yang sangat biasa, dan pada hakikatnya, pengeluaran air liur yang berlebihan boleh menjadi sihat.

Air liur 'memandikan' gigi dan gusi, mencuci makanan dan bakteria yang terkumpul. Enzim dalam air liur juga membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan, iaitu permulaan operasi dalam proses penghadaman. Di samping itu, air liur adalah pelincir usus semulajadi: Bayi biasanya mengalami refluks gastroesophageal (memuntahkan kandungan  berasid perut ke dalam esofagus); air liur melincirkan lapisan esofagus dan membantu meneutralkan keasidan. Ia juga mengandungi bahan yang sihat yang dipanggil faktor pertumbuhan epidural, yang membantu lapisan usus matang.

Memandangkan anak anda masih dalam peringkat tumbuh gigi, anda harus menjangkakan air liur meleleh berlebihan dalam tempoh enam bulan akan datang, atau sehingga semua giginya tumbuh. Berikut adalah beberapa amalan yang anda boleh praktikkan di rumah untuk mencegah kesan-kesan yang kadang-kadang menjengkelkan bila air liur meleleh berlebihan.

Gunakan krim pada kulit. Kerengsaan di sekeliling mulut dan pipi, yang dikenali sebagai ruam lelehan, adalah perkara biasa. Pada waktu malam, bayi akan menggesel pipi montel mereka kepada alas tilam yang telah basah dengan lelehan air liur mereka dan bangun dengan ruam di pipi. Sebelum tidur, sapukan krim kulit bayi di sekitar mulut dan pipi anak anda. Ini akan bertindak sebagai penghalang terhadap kerengsaan.

Percaya atau tidak, lelehan berlebihan juga boleh menyebabkan kerengsaan kepada punggung bayi anda. Air liur adalah julap semulajadi, yang boleh membawa kepada lebih kerap bayi mengeluarkan najis dan mengakibatkan gejala ruam lampin. Sapukan krim kulit bayi yang sama di bahagian punggung bayi.

Tidurkan bayi mengiring. Air liur yang berlebihan boleh menghasilkan lopak di belakang tekak, sering menyebabkan batuk yang berdetar (rattlelike) dan pernafasan yang bising, yang anda mungkin salah tafsir sebagai kesejukan. Ini adalah tidak berbahaya, tetapi boleh mengganggu keupayaan bayi anda untuk tidur lena. Kini bayi anda telah melepasi peringkat bahaya SIDS (Sudden infant death syndrome - selalu berlaku pada bayi di bawah umur setahun), meletakkan dia untuk tidur mengiring atau meniarap boleh mengelakkan air liur daripada terkumpul di belakang tekak dan membolehkannya tidur lena.

Runding dengan doktor bayi. Sesetengah bayi dengan kelewatan perkembangan normal akan menunjukkan satu mekanisme menelan yang berkurangan, menyebabkan air liur yang berlebihan bertakung di dalam mulut dan memberi rupa seakan lelehan air liur yang berterusan. Ini tidak mungkin kes anak anda, tetapi pakar pediatrik perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk melihat perkembangan keseluruhan koordinasi otot bayi. Dalam pengalaman saya, apabila air liur meleleh berlebihan adalah disebabkan oleh kelewatan perkembangan, akan terdapat tanda-tanda lain yang jelas berkaitan perkembangan yang lewat, yang anak anda tidak pamerkan.

Sementara itu, pastikan bib dan tuala sentiasa tersedia untuk mengelap air liur yang berlebihan itu. Sebaik sahaja semua giginya telah tumbuh, peringkat ini sepatutnya berakhir.

Jawapan adalah dari Dr. William Sears daripada parenting.com

Thursday, January 31, 2013

Tidur penting untuk perkembangan otak

Sebagai ibu kepada bayi yang baru lahir setahun tiga bulan yang lalu, tidur adalah salah satu perkara yang agak genting dan penting bagi kami suami isteri. Ye lah, dah biasa tidur nyenyak malam-malam selama empat tahun, tapi bila baby lahir, jadual tidur berubah sekelip mata! Haha..tapi kat sini saya bukan nak ceritakan bagaimana jadual tu berubah. Di sini saya nak berkongsi bahawa tidur itu adalah penting bagi bayi dan kanak-kanak. Di dalam buku "Healthy Sleep Habits, Happy Child" oleh Dr. Weissbluth, beliau membincangkan yang kajian menunjukkan tidur dikaitkan dengan perangai dan perhatian di kalangan kanak-kanak.


Kanak-kanak perlu tidur untuk membesar.Otak yang tidur bukan sekadar otak yang berehat; tetapi ia adalah otak yang mampu untuk memulihkan, memproses dan melengkapkan tugas-tugas penting yang otak aktif berjaga tidak mampu untuk lakukan. Dr. Weissbluth menerangkan bahawa bayi yang tidur atau hanya tidur sebentar (nap)-(tetapi beberapa kali nap) pada waktu siang dapat membantu keupayaan otak mereka untuk berfikir. Bila kita menjadi dewasa, kesibukan kita menyebabkan kita lupa kepentingan tidur sebentar di siang hari yang dapat memulihkan otak yang penat. Kesibukan kita sebagai dewasa sehari-harian tidak membenarkan kita untuk tidur sebentar di siang hari, tetapi tidur sebentar adalah penting untuk pembesaran bayi dan kanak-kanak yang sihat.

Kepentingan tidur tidak hanya terpakai di kalangan kanak-kanak. Tahukah anda remaja memerlukan tidur yang lebih daripada pra-remaja? (Wah...pernyataan ni tentu menggembirakan remaja-remaja yang suka tidur) Jadi bagi ibubapa yang perasan akan masalah tingkah laku, keresahan, fokus dan perhatian yang menurun atau sebarang perubahan lain dalam perasaan (mood) anak-anak anda, tumpukan kepada tabiat tidur mereka. Beberapa tips daripada Dr. Gariane Gunter di dalam blognya tentang berapa jam tidur yang diperlukan sehari oleh seorang anak mengikut umur adalah seperti berikut:

    Lahir sehingga 6 bulan: 16-20 jam
    6-12 bulan: 14-15 jam
    1-3 tahun: 10-13 jam
    3-10 tahun: 10-12 jam
    11-12 tahun: 9-12 jam
    Remaja perlukan tidur selama 10-12 jam setiap malam

Wednesday, January 23, 2013

[Tips kesihatan] Makan lima warna setiap hari

Setiap hari, kita dikelilingi dengan pelbagai warna yang menambahkan lagi seri dalam kehidupan kita. Kalau tengok TV pun, kita suka tengok yang ada warna kan...kalu hitam dan putih je, bosan pulak rasanya. Makanan yang kita makan pun apa kurangnya. Macam-macam warna yang ada, contohnya sayur, ada yang warna hijau, merah, kuning dan putih. Warna di dalam pemakanan memainkan peranan yang amat penting. Setiap warna memberikan faedah/kebaikan yang berlainan.





Warna Biru/Ungu

Sumber makanan yang mempunyai warna biru/ungu dapat membantu:

1. Meningkatkan daya ingatan
2. Melambatkan proses penuaan
3. Menyihatkan saluran kencing
4. Mengurangkan risiko kanser










Warna Hijau


Sumber makanan yang mempunyai warna hijau dapat membantu:

1. Menguatkan tulang dan gigi
2. Menyihatkan mata
3. Mengurangkan risiko kanser













Warna Kuning

Sumber makanan yang mempunyai warna kuning dapat membantu:

1. Meningkatkan kesihatan jantung
2. Menyihatkan mata
3. Meningkatkan sistem daya imunisasi
4. Mengurangkan risiko kanser









Warna Merah


Sumber makanan yang mempunyai warna merah dapat membantu:

1. Meningkatkan kesihatan jantung
2. Menguatkan daya ingatan
3. Menyihatkan saluran kencing
4. Mengurangkan risiko kanser










Warna Putih/Coklat


Sumber makanan yang mempunyai warna putih/coklat dapat membantu:

1. Meningkatkan kesihatan jantung
2. Meneruskan tahap kolesterol yang sihat
3. Mengurangkan risiko kanser

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...