Tuesday, June 10, 2014

Bantu bayi selsema tersumbat hidung

Sekarang ni musim sakit batuk selsema. Kalau jangkit pada anak-anak, terutama baby, memang kesian kita menengoknya. Nak-nak lagi kalau hingus meleleh, hidung tersumbat, nak menyusu pun tak selesa. Sudahnya tak berapa nak menyusu, berat badan susut, ibu nak bantu bagi supplemen pada baby melalui susu ibu pun terbantut.

Alhamdulillah, masa pergi jumpa paed di klinik, Dr ada sarankan cari 'NOSE CLEANER'. Apa tu? Haa, benda ni sangat bagus. Ni dia rupa parasnya:

Tiub belah kiri tu untuk ibu sedut melalui mulut, yang sebelah kanan tu, masukkan ke dalam hidung baby. Segala mukus yang keluar daripada hidung baby akan terkumpul kat dalam bekas yang bawah tu. Ibu sedut slow-slow dulu, kemudian tingkatkan kekuatan sedutan kalau mukus tu macam susah nak keluar (nanti akan dengar bunyi srutt srutt srutt - bunyi mukus. Nanti automatik ibu akan macam excited nak teruskan sedutan haha). Macam biasa, baby akan nangis skit (atau kuat haha) sebab tak berapa selesa. Lepas hidung dah clear, gerenti dia suka hati gelak ketawa. Senang di bawa ke mana-mana sebab disertakan sekali dengan bekas. Pengalaman saya sedut hingus baby guna nose cleaner ni memang terbaik. Baby yang mulanya susah nak menyusu, tak mau menyusu, bila kita dah keluarkan hingus (atau tahi hidung cair pun boleh!) guna tiub ni, holla! baby tak sabar-sabar nak menyusu lepas tu! Sian adik, lapar ya.


Saya beli nose cleaner ni di Manjaku, Bangi. Harga tak mahal pun dalam lebih kurang RM13-RM15, lupa la pulak. Yang saya beli ni brand Pigeon. Baru-baru ni ada nampak brand Fiffy jugak. Ok, jangan risau, ada arahan penggunaan di belakang paketnya. Cara pembersihan pun ada. Kesimpulannya memang terbaiklah nose cleaner ni.

Thursday, June 5, 2014

Keusahawanan - dari kacamata Saiful Nang

Saiful Nang datang UPM hari ni. Cakap pasal keusahawanan. Saya pun pergi lah. Dia bercakap berdasarkan pengalaman. Tak bercakap pasal format bisnes. Tak cakap yang gah-gah yang baik-baik sahaja dalam dunia bisnes ni.

Dia budak kampung Felda yang biasa hidup susah. Adjusting your lifestyle to what you earn katanya. Dalam bisnes adalah standard jatuh, terduduk, tergolek dan gagal. Jangan risau dan jangan takut. If you are in debt when doing bussines, get out from that bussines and do something else. Jadi, bisnes apa yang kita nak buat? Buat bisnes yang KITA MINAT dan KITA ADA ILMU tentangnya.

Dia rupanya seorang budak Dyslexia. Budak yang dah umur 10 tahun pun masih tak tahu membaca dan menulis. Tapi dia ada satu bakat yang memang dia gunakan sebaiknya untuk berjaya dalam bisnesnya, iaitu bakat melukis. Mula berniaga sejak umur 7 tahun lagi dengan menjual hasil lukisannya. Lukisan lokomotif sebab dia kata dia minat sangat dengan lokomotif.

Apa yang boleh saya simpulkan kat sini ialah, kalau nak berniaga, memang kena buat apa yang kita minat dan ada ilmu. Jangan buat bisnes ikut-ikutan--silap langkah memang tergolek dog dibuatnya. Ha lagi satu ialah amalkan konsep PUASA. Maknanya kat sini ialah: Contoh macam saya ni, suka benar boros, beli itu ini padahal duit ada banyak tu je. So, puasa membeli okay! Kawal nafsu. Kalau tak beli pun ok je kot! Huh!

Okay, itu sahaja untuk hari ni, gambar Saiful Nang tak snap pulak tadi haha. Tapi saya kongsikan sedikit jot down hasil talk Saiful Nang tadi.





Kekurangan Vitamin E dalam badan kita boleh menyebabkan:


Dapatkan konsultasi kesihatan dan supplemen yang anda perlukan dengan saya melalui:

SMS/Call/Whatsapp: 012-2923994 Adzah Adam
Email: adzah.adam@gmail.com

Wednesday, June 4, 2014

Syoknya ambil gambar dengan GoPro

Assalammualaikum, fenomena selfie sekarang makin menjadi-jadi ya. Haha. Tapi saya takde la suka pun berselfie ni. Ini hanya cubaan aje. Cubaan pertama kali guna kamera GoPro katanya. Ha...GoPro ni pun fenomena jugak ni. Memang dah lama dah aim dan mengidam nak beli kamera ni. Bukan apa, senang nak ambil gambar satu family. Hala je kamera, pose, pose, klik, setel. Kalau pergi mana-mana takyah dah nak setup tripod la, pastu minta tolong orang ambilkan gambar la atau kita ambil gambar sendiri tapi tu lah, salah seorang mesti tak ada, jadinya tak lengkap la gambar family.


Inilah set GoPro yang saya beli. Tiga-tiga penting. Apa yang best GoPro ni, kameranya ialah Wide Angle, jadi kita tak perlu risau gambar kita dan pemandangan yang kita nak ambil tu masuk atau tak. Ia juga disertakan dengan remote control yang kita hanya perlu tekan bila dah bersedia. Monopod tu pulak kita boleh panjang dan pendekkan ikut keperluan. Spesifikasi utama model yang saya ada ini ialah:

 1080p60 / 960p100 / 720p120 fps
 12MP / 30 fps Burst
 GoPro App + Remote Compatible
 4Kp15 / 2.7Kp30 / 1440p48 fps
 SuperView Mode
 Auto Low Light Mode

Mula-mula guna GoPro ni, saya rasa janggal juga sebab kita tak boleh cek gambar yang kita baru snap tu ok ke tak, masuk semua ke tak sebab kamera GoPro tak ada aplikasi view picture. Tapi jangan risau, pengguna-pengguna smartphone boleh download applikasi GoPro di smartphone dan kita boleh lihat gambar yang kita hendak ambil menerusi smartphone kita seterusnya smartphone kita juga boleh berfungi sebagai remote control juga!

Kita hanya perlu sambungkan kedua-dua kamera dan smartphone melalui wifi dan hola! Gambar kiri tu adalah screenshot aplikasi GoPro daripada smartphone saya. Jadi, melalui aplikasi ni, kita boleh terus download gambar yang kita ambil dengan kamera GoPro ke smartphone kita, dan bolehlah kita terus kongsi gambar kita tu ke Instagram ke, Facebook ke.

Penerangan lanjut mengenai aplikasi ini akan saya kongsikan pada entri Tips IT yang seterusnya ya.

Oh ya! Satu tips penting bila guna GoPro ni ialah kita perlu jaga pengcahayaan sebab kamera ni tak ada flash. Jadi setiap kali ambil gambar, kita kena pastikan tak menghalang pengcahayaan supaya gambar yang kita ambil tu cantik menarik tertarik.





Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas:


Dapatkan konsultasi kesihatan dan supplemen yang anda perlukan dengan saya melalui:

SMS/Call/Whatsapp: 012-2923994 Adzah Adam
Email: adzah.adam@gmail.com

Tuesday, June 3, 2014

Formula pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab, tersembunyi daripada pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Madu
Madu di dalam Al-Quran diiktiraf sebagai "shifa", iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat' kerana dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, pottasium (kalium), kuprum, silika, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dia mana ia boleh menghindarkan kepenatan bekerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
Pantang: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara makan: (i) Menghadap kiblat - (ii) Baca 'bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
                   (iii) Baca doa penerang hati
                   (iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula (tidak berkesan jika dikunyah)
                   (v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 bji setiap hari

Susu segar
Susu berguna untuk keishatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah SAW menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Susu hidup lebih berkhasiat daripada susu debu.

Cara makan: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi.


Artikel dipetik daripada Kalendar Perancangan Eksekutif Islam keluaran Wholesale Mart Business Point Sdn Bhd

Monday, June 2, 2014

Keperluan pemeriksaan air kencing semasa hamil

Tentu ibu hamil perasan tentang pentingnya pemeriksaan air kencing dalam setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal di klinik. Tahukah anda tentang kepentingan pemeriksaan air kencing tersebut?


Doktor atau jururawat akan menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing ibu hamil. Kehadiran protein dalam air kencing memberikan maklumat penting tentang bagaimana buah pinggang ibu hamil berfungsi.

Kandungan protein yang rendah bermakna buah pinggang ibu sedang bekerja lebih keras daripada sebelum mengandung. Kemungkinan badan ibu hamil juga sedang melawan jangkitan kecil. Bagaimanapun doktor perlu menghantar sampel air kencing tersebut ke makmal bagi dianalisa untuk mengetahui sama ada kemungkinan ibu ada sebarang jangkitan pundi kencing atau tidak.

Sekiranya dalam pemeriksaan seterusnya, air kencing ibu masih ada protein dan kandungannya pula meningkat, ini menunjukkan kemungkinan ibu hamil sedang mengalami praeklampsia, iaitu sejenis komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan seterusnya akan cuba mengenal pasti sebarang tanda lain seperti peningkatan tekanan darah, kandungan protein yang semakin teruk dan berlaku pembengkakan pada kaki, tangan dan muka yang mana ia jelas membuktikan ibu mengalami praeklampsia.

Simptom-simptom lain yang mungkin boleh dialami oleh ibu hamil sebagai petunjuk dia mengalami praeklampsia adalah sakit kepala, masalah penglihatan kabur dan terdapat kilauan cahaya di hadapan mata, sakit yang teruk pada bahagian bawah rusuk dan muntah.

Selain itu, ujian air kencing juga dilakukan untuk mengenalpasti:

Gula
Adalah biasa untuk kadang-kadang mempunyai sedikit gula dalam air kencing anda semasa mengandung, tetapi jika anda mempunyai peningkatan bacaan setiap kali pemeriksaan pranatal atau bacaan yang amat tinggi pada satu pemeriksaan, ia mungkin bermakna anda mempunyai diabetes gestasi.

Ketones
Ketones dihasilkan apabila badan mula memecahkan lemak untuk menghasilkan tenaga. Ini boleh berlaku apabila anda tidak mendapat karbohidrat yang mencukupi (sumber biasa yang diperlukan oleh badan anda untuk menghasilkan tenaga).Jika anda mengalami loya dan muntah-muntah yang teruk atau anda telah kehilangan berat badan, doktor akan menyemak air kencing anda untuk ketones. Jika bacaan ketones anda tinggi dan anda tidak boleh menyimpan sebarang makanan atau minuman, anda mungkin perlu cecair intravena dan ubat. Jika ketones dijumpai bersama kombinasi gula, ia boleh menjadi tanda penyakit kencing manis.

Sel-sel darah atau bakteria
Jika anda mempunyai tanda-tanda UTI, air kencing anda akan periksa untuk enzim tertentu (yang dihasilkan oleh sel-sel darah putih) atau nitrit (yang dihasilkan oleh bakteria tertentu), kedua-duanya menandakan kehadiran UTI. Jika keduanya muncul pada ujian batang celup, sampel air kencing tersebut akan dihantar ke makmal beberapa ujian.
Jika mengalami simptom tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sumber: PA&MA June 2014 dan Babycenter.com

Tuesday, May 13, 2014

Kelebihan dan manfaat pisang

Ada antara kita yang tak suka makan pisang. Saya salah seorang daripadanya. Tak tau kenapa. Tapi, lepas tahu kebaikan pisang ni, saya paksa diri saya untuk suka makan pisang. Hmmm not bad...ok juga pisang ni.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian, oleh itu, ia memberi tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlet terkenal dunia.

Pisang juga mampu untuk merawat:

Tekanan:
Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protien yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan tekanan kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan rokok dan tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Stroke:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain penyakit kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Monday, May 12, 2014

Dua beradik: Ameer Syahmi dan Azeem Hadi

Alhamdulillah, dua beradik ni get along well orang putih kata. Abangnya selalu nak cium-cium adik ketat-ketat (haha) dan adik pulak suka sangat tengok gelagat abangnya. Abang buatlah apa pun, mesti dia akan tergelak. Abang pulak kadang-kadang main kasar juga dengan adik, tapi dia budak lagi kan, dia mana tau yang sebenarnya perbuatan dia tu menyakitkan adik dia.

Ameer Syahmi, 2 tahun 6 bulan 17 hari
Azeem Hadi, 6 bulan 12 hari

Tengoklah gelagat dua beradik ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...