Monday, June 2, 2014

Keperluan pemeriksaan air kencing semasa hamil

Tentu ibu hamil perasan tentang pentingnya pemeriksaan air kencing dalam setiap kali lawatan pemeriksaan antenatal di klinik. Tahukah anda tentang kepentingan pemeriksaan air kencing tersebut?


Doktor atau jururawat akan menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing ibu hamil. Kehadiran protein dalam air kencing memberikan maklumat penting tentang bagaimana buah pinggang ibu hamil berfungsi.

Kandungan protein yang rendah bermakna buah pinggang ibu sedang bekerja lebih keras daripada sebelum mengandung. Kemungkinan badan ibu hamil juga sedang melawan jangkitan kecil. Bagaimanapun doktor perlu menghantar sampel air kencing tersebut ke makmal bagi dianalisa untuk mengetahui sama ada kemungkinan ibu ada sebarang jangkitan pundi kencing atau tidak.

Sekiranya dalam pemeriksaan seterusnya, air kencing ibu masih ada protein dan kandungannya pula meningkat, ini menunjukkan kemungkinan ibu hamil sedang mengalami praeklampsia, iaitu sejenis komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pemeriksaan seterusnya akan cuba mengenal pasti sebarang tanda lain seperti peningkatan tekanan darah, kandungan protein yang semakin teruk dan berlaku pembengkakan pada kaki, tangan dan muka yang mana ia jelas membuktikan ibu mengalami praeklampsia.

Simptom-simptom lain yang mungkin boleh dialami oleh ibu hamil sebagai petunjuk dia mengalami praeklampsia adalah sakit kepala, masalah penglihatan kabur dan terdapat kilauan cahaya di hadapan mata, sakit yang teruk pada bahagian bawah rusuk dan muntah.

Selain itu, ujian air kencing juga dilakukan untuk mengenalpasti:

Gula
Adalah biasa untuk kadang-kadang mempunyai sedikit gula dalam air kencing anda semasa mengandung, tetapi jika anda mempunyai peningkatan bacaan setiap kali pemeriksaan pranatal atau bacaan yang amat tinggi pada satu pemeriksaan, ia mungkin bermakna anda mempunyai diabetes gestasi.

Ketones
Ketones dihasilkan apabila badan mula memecahkan lemak untuk menghasilkan tenaga. Ini boleh berlaku apabila anda tidak mendapat karbohidrat yang mencukupi (sumber biasa yang diperlukan oleh badan anda untuk menghasilkan tenaga).Jika anda mengalami loya dan muntah-muntah yang teruk atau anda telah kehilangan berat badan, doktor akan menyemak air kencing anda untuk ketones. Jika bacaan ketones anda tinggi dan anda tidak boleh menyimpan sebarang makanan atau minuman, anda mungkin perlu cecair intravena dan ubat. Jika ketones dijumpai bersama kombinasi gula, ia boleh menjadi tanda penyakit kencing manis.

Sel-sel darah atau bakteria
Jika anda mempunyai tanda-tanda UTI, air kencing anda akan periksa untuk enzim tertentu (yang dihasilkan oleh sel-sel darah putih) atau nitrit (yang dihasilkan oleh bakteria tertentu), kedua-duanya menandakan kehadiran UTI. Jika keduanya muncul pada ujian batang celup, sampel air kencing tersebut akan dihantar ke makmal beberapa ujian.
Jika mengalami simptom tersebut, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sumber: PA&MA June 2014 dan Babycenter.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...