Friday, May 9, 2014

Buat watermark sendiri dengan mudah

Saya nak perkenalkan satu segmen baru dalam blog empattahun ni. Segmen Tips IT. Dalam segmen ni, saya kongsikan cara-cara mudah untuk buat sesuatu benda dengan menggunakan aplikasi online atau apa-apa sahajalah yang berkaitan IT.

Ok, untuk tips IT yang pertama, saya nak tunjuk macam mana nak buat watermark pada gambar anda. Contoh macam di bawah ni: 

cameron highland

Gambar ni masa percutian ke Cameron Highland tahun 2010 dulu. Lamanya dah  ye. Dah empattahun lepas dah...Ha, ada nampak tak url blog ni kat gambar tu. Ok, macam mana nak buat tu? Jom kita...

Cara-cara membuat watermark sendiri dengan mudah


1. Pergi ke www.picmonkey.com . Tekan pada icon COLLAGE. Akan ada pop-up untuk upload file. Takpe, pilih je mana-mana gambar yang ada dalam komputer anda.



2. Pilih LAYOUTS > Pilih CARDS > Pilih yang gambar 2 segiempat.


3.  Click tanda ‘X’ pada salah satu segiempat untuk menghasilkan hanya satu segiempat besar. Pilih BACKGROUND. Akan ada pilihan Spacing, Corner rounding dan pilih warna. Abaikan. Hanya klik pada petak Transparent background.


4. Tekan pada SAVE di bahagian atas, dan simpan gambar ini di komputer anda.


5. Pergi semula ke muka depan picmonkey. Kali ini, pilih EDIT. Pilih fail yang anda dan simpan sebelum ini dan tekan Open.


6. Akan keluar segiempat berpetak seperti gambar atas. Ok, mulakan kreativiti anda. Pilih jenis tulisan yang anda suka dengan memilih Text (Tt). Anda juga boleh menambah bentuk dengan memilih Overlays (gambar kupu-kupu tu). Kalau tersilap dan tersalah pilih, jangan risau, tekan aje Delete kat keyboard. Pastikan anda hanya memilih dua benda ini sahaja, Text dan Overlays. Oh ye, pastikan anda tak memilih mana-mana jenis tulisan atau elemen atau ikon yang ada gambar crown tu ya. Itu hanya untuk yang berbayar sahaja.


7. Lepas dah puas hati dengan rekaan anda, tukarkan semuanya kepada warna putih (FFFFFF atau F5F5F5) dan Fade kan semuanya kepada 40%. Tekan Save kat atas tu dan simpan. Pastikan ia dalam format .png supaya saiz fail tidak besar dan ia transparent.

OK Siap! Sekarang anda dah ada Transparent Watermark ciptaan anda sendiri! Nak tengok hasilnya? Ok, pergi semula ke muka depan picmonkey dan pilih Edit. Pilih gambar yang anda nak letakkan watermark.


Pilih Overlays (gambar kupu-kupu tu), dan pilih yang atas sekali, Your Own. Pilih fail watermark yang anda dah design tadi dan walah…letaklah watermark tersebut kat mana-mana bahagian gambar dan besarkan atau kecikkan ikut pilihan anda.

Yeay Alhamdulillah anda dah Berjaya buat watermark sendiri. Lepas ni bolehlah letak watermark kat mana-mana gambar yang anda letak kat FB ke, blog ke supaya gambar anda tak dicuri lagi. Selamat mencuba dan semoga berjaya!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...