Alahan adalah reaksi terhadap sistem imunisasi seseorang kepada sesuatu yang selalunya tidak mengganggu kebanyakan orang lain.Orang yang mempunyai alergi sensitif kepada lebih daripada satu perkara seperti habuk, makanan, ubat-ubatan, sengatan dan gigitan serangga, bulu haiwan peliharaan dan hama. Bagaimana kita mendapat alahan? Genetik dan keadaan persekitaran memainkan peranan utama. Gambarajah di bawah menunjukkan peratus alahan yang mungkin dihidapi oleh bayi yang baru lahir disebabkan oleh keturunan (sumber daripada Nestle Nutrition).
Pernah tak kita perasan kadang-kadang di kalangan kawan-kawan atau keluarga kita yang mengalami hidung berair, bersin (bersin yang berulang pada masa-masa tertentu), gatal, ruam, bengkak (selalunya selepas makan makanan yang mungkin dia alah atau selepas terkena gigitan serangga atau kulit bersentuhan dengan hama) atau asma? Ini semua adalah gejala alahan.
Saya akan kongsikan lebih lagi berkenaan alahan ini mengikut pengalaman saya sendiri di entri lain nanti...Stay tuned!
No comments:
Post a Comment