Thursday, March 28, 2013

Ibu hamil Anemia


Anemia merupakan keadaan kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen).

Klasifikasi Anemia
Anemia teruk          : Hb < 9gm%
Anemia sederhana  : Hb 9 - < 11gm%
Hb normal              : Hb >= 11gm%

Punca-punca Anemia

  1. Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B12 dalam diet
  2. Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu)
  3. Pendarahan semasa mengandung dan buasir
  4. Kerap mengandung (jarak kehamilan kurang 2 tahun)
  5. Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan
Tanda-tanda Anemia
  1. Pucat
  2. Pitam
  3. Letih, lesu dan mengantuk
  4. Berdebar-debar (palpitation)
  5. Spoon shape nail (koilonychia)
  6. Rambut mudah putus (brittle hair)
  7. Kerap mengalami sakit kepala dan pening
Kesan-kesan Anemia
  - Kesan kepada ibu:
  • Pitam
  • Keguguran
  • Meningkatkan risiko pre-eklampsia/eklampsia
  • Mudah mendapat penyakit berjangkit
  • Boleh berlaku pendarahan semasa dan selepas bersalin
  • Kelesuan
  • Cirit-birit
  - Kesan kepada bayi/janin dalam kandungan:
  • Terbantut pertumbuhan bayi/janin (IUGR)
  • Lahir tak cukup bulan (premature)
  • Anak lemas semasa lahir (Asphysia)
  • Meningkatkan risiko lahir mati (stillbirth)
Bagaimana cara untuk mengatasinya? Entri seterusnya adalah berkenaan sumber zat besi daripada makanan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...