Tuesday, June 3, 2014

Formula pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab, tersembunyi daripada pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Madu
Madu di dalam Al-Quran diiktiraf sebagai "shifa", iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'Raja Ubat' kerana dapat menyembuhkan kebanyakan penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, pottasium (kalium), kuprum, silika, klorin, manganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dia mana ia boleh menghindarkan kepenatan bekerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
Pantang: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

Cara makan: (i) Menghadap kiblat - (ii) Baca 'bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
                   (iii) Baca doa penerang hati
                   (iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula (tidak berkesan jika dikunyah)
                   (v) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 bji setiap hari

Susu segar
Susu berguna untuk keishatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi 6 kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah SAW menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Susu hidup lebih berkhasiat daripada susu debu.

Cara makan: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi.


Artikel dipetik daripada Kalendar Perancangan Eksekutif Islam keluaran Wholesale Mart Business Point Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...