Tuesday, January 8, 2013

[Jom!] Kenali plastik yang kita guna melalui nombor



Mungkin kebanyakan daripada kita (termasuk saya) tak pernah perasan, yang di bawah setiap bekas plastik yang kita ada/guna terdapat nombor seperti dalam gambar yang kat atas tu. Nombor tersebut merujuk kepada komposisi bekas, yang juga menentukan sama ada bekas-bekas tu boleh dikitar semula atau tak. Ada juga war-war yang mengatakan plastik-plastik ini melarutresapkan (leach) toksik kimia kepada apa sahaja yang bersentuhan dengannya. Ngerinya…
       
Jadi, jom kita cek bekas plastik yang kita ada/guna tu diperbuat daripada apa:

 #1 – PET atau PETE: polyethylene terephthalate – dihasilkan dengan mengabungkan dua monomer iaitu kombinasi ethylene glycol yang diubahsuai dan asid terephthalic tulen. #1 biasanya digunakan untuk mengepek minuman ringan, air, jus, mentega kacang, makanan sejuk beku dan barang-barang kosmetik. #1 sering digunakan untuk botol plastik yang jernih (transparent). Ianya tidak melarutresapkan dan boleh dikitar semula. 


#2 – HDPE: high-density polyethylene - mempunyai kekuatan yang berimpak tinggi, tahan lelas dan rendah geseran. Bahan ini juga tahan kelembapan, noda (stain) dan bau, dan diluluskan oleh FDA untuk digunakan dalam industri pemprosesan makanan. Ia banyak digunakan dalam jag susu, botol detergen dan syampu. Botol jenis ini biasanya berwarna (tidak jernih)Ianya tidak melarutresapkan dan boleh dikitar semula.


#3 - PVC: vinyl atau polyvinyl chloride - adalah jenis plastik yang sangat bahaya! PVC yang lembut sering mengandungi dan boleh melarutresapkan toksik phthalates serta boleh melepaskan bahan kimia ke udara. #3 selalu digunakan dalam plastik pembungkus (cling wrap), kebanyakan mainan kanak-kanak, aksesori, langsir mandi, botol-botol detergen dan semburan. #3 tidak boleh dikitar semula.


#4 - LDPE: low-density polyethylene -  adalah PE yang berketumpatan rendah (low density). #4 adalah kurang keras dan kuat berbanding HDPE tetapi lebih mulur (mempunyai sifat yang boleh memanjang). #4 digunakan pada kebanyakan beg plastik, beberapa plastik pembungkus, botol susu bayi dan bekas makanan dan minuman yang boleh diguna semula. #4 setakat ini adalah bahan yang tidak melarutresapkan dan boleh dikitar semula.


#5 - PP: polypropylene - boleh ditemui pada botol susu bayi, kebanyakan bekas yogurt dan makanan bawa-pulang (take-out foods), dan bekas makanan dan minuman yang boleh diguna semula (contohnya Tupperware, Elianware). Ia tidak melarutresap dan boleh dikitar semula.




#6 - PS: polystyrene digunakan secara meluas dalam bekas makanan bawa-pulang, bekas telur, beberapa pisau-sudu-garpu (cutlery) plastik, dan pelbagai lagi. #6 didapati melarutresapkan styrene-a neurotoxin dan memungkinkan karsinogen (bahan yang mampu menyebabkan kanser dalam tisu hidup). Polyestrene boleh melarutresapkan toksin ke dalam makanan. Tidak boleh dikitar semula.



#7 - lain-lain (biasanya polikarbonat dan pelbagai): Digunakan untuk membuat botol bayi dan perkakas makan, juga untuk cermin mata hitam, DVD, iPod, dan bekas komputer. Adalah jenis plastik yang berbahaya. Beberapa resin plastik wujud dalam kategori ini, tetapi yang utama - polikarbonat telah ditunjukkan dalam kajian boleh melarutresapkan penganggu hormon yang berpotensi ke dalam makanan. #7 adalah plastik yang dibuat dengan biphenyl-A (BPA).

Oleh itu, plastik yang selamat untuk digunakan berdasarkan penyelidikan yang terkini ialah:


  • #1 PET
  • #2 HDPE
  • #4 LDPE
  • #5 PP   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...