Assalamualaikum,
Dalam mencari-cari produk yang sesuai untuk menambah kuantiti susu badan yang saya niatkan untuk saya beri pada anak pertama saya selama mana yang boleh, saya tertarik dengan produk Shaklee. Ini kerana bagi saya produk ini terbukti status HALAL nya disamping harga yang berpatutan.
Alhamdulillah, cubaan saya tidak sia-sia, susu badan saya bertambah kuantiti dan saya berjaya menyimpan stok susu ibu untuk saya bekalkan pada anak saya bila dia ke nurseri. Satu lagi perkara yang menggembirakan saya ialah kualiti susu badan saya juga saya dapati lebih baik iaitu lebih pekat bila saya bandingkan dengan stok susu ibu-ibu lain (ini saya perasan bila saya simpan sendiri stok susu bekalan anak saya di peti ais nurseri). Alhamdulillah sekali lagi, tidak sia-sia duit yang saya laburkan. Bukan saja saya yang mendapat khasiat vitaminnya, anak saya tumpang sekaki juga. Sekarang anak saya sudah berumur setahun 2 bulan, Alhamdulillah, susu badan saya ini masih dapat lagi saya beri padanya.
Kini, saya suka berkongsi kebaikan Shaklee dengan semua, sepertimana yang telah saya rasakan. Saya percaya kita adalah apa yang kita makan. Jika anda berminat untuk mencuba Shaklee, jangan segan-silu untuk hubungi saya. Saya sudi membantu.
Saya menyediakan perkhidmatan COD di kawasan BALAKONG, SERDANG, BANGI dan KAJANG. Namun, penghantaran melalui pos juga disediakan ke seluruh Malaysia ;)
If there is a will, there is a way!
ADZAH ADAM
Shaklee Independent Distributor
ID: 888149
sms/call: 012-2923 994
emel: adzah.adam[at]gmail.com
No comments:
Post a Comment