Wednesday, February 19, 2014

Mari bantu adik Sofwatul Amani


Bismillahhirrahmanirrahim...ya Allah runtun hati saya tatkala membaca entry daripada INA ni. Nak nak lagi bila tgk gambar dari blog beliau.

Mari kita sama-sama bantu ringankan beban anak ini dan ibubapanya. Moga Allah selamatkanmu, Amani.

Ini saya petik daripada blog INA:

Assalamualaikum w.b.t...

Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil...

Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak. dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection.

dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI.

Untuk sumbangan, bank in ke akaun

CIMB: 7050332235
AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)

Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

#donationformani
[Azlina Hasan, 17.02.14]

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...