Tuesday, February 18, 2014

Apa itu Healing Crisis

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tapi sebenarnya tak. Ia adalah tindakbalas tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisi pemulihan terjadi. 

Semasa tempoh ini, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh kita suatu masa dulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, tapi, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang dah tertimbun dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang sangat lama - sisa-sisa, makanan berkimia, lemak, stress, ditambah pula dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan untuk detoks serta mengawal organ-organ kita.

Pada waktu detokfikasi ini, ada kemungkinan kita akan pening, lesu, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain lagi. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.

Jangan lupa minum banyak air bersih (sekurang-kurangnya 3L) sehari, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran dan buahan. As long as we understand that this is the healing phase, kita akan laluinya dengan tenang dan mudah. 

Berikut simptom-simptom healing crisis dan penyebabnya. Bertabah ye sebab panjang...




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...