Kami beli barang basah untuk seminggu terus. Sejak naik keje ni, senang beli barang basah untuk stok seminggu sebab boleh pek kan sesiap ikan, ayam dan sayur untuk masak hari-hari lepas balik keje. Harga ikan, ayam, sayur dan barang kering (ikan bilis, bebawang, ikan masin) agak murah lah juga. Tengok kat gambar atas tu, kain baju, benih bunga, benih pokok pun ada dijual.
Selain tu, ada juga jualan makanan-makanan yang sedap-sedap juga. Nasi lemak, nasi dagang, nasi kukus, mee sup, satay, nasi kerabu, kuih-muih dan macam-macam lagi lah. Tapi bagi saya a bit pricey la harga makanan kat sini. Kerusi meja untuk menjamu selera juga ada disediakan, jangan risau. Tapi jangan lupa buang semua sisa makanan dan bekas-bekas makanan kita dalam plastik hitam yang telah disediakan lepas kita habis jamu selera.
Lagi satu, yang saya suka beli barang kat sini ialah tempat parkingnya luas, kawasan untuk kita jalan-jalan pun luas, bertar, tak lecak dan kalau yang ada baby tu, boleh tolak stroller baby dengan senang hatinya. Gerenti tak ada langgar-langgar orang atau barang-barang sebab...kawasannya luas!
No comments:
Post a Comment